Monday 22 September 2014

20 Facts About Me

Bismillah. Assalamualaikum.

Aku tak tahu siapa yang cipta game nie sampai aku sendiri terjebak. Ehh bukan terjebak tapi terhasut. Ehh bukan terhasut tapi terpaksa. Ehh bukan terpaksa tapi janji. Hehhh malas nak tulis panjang-panjang utk mukadimah nie so, here we go the 20 facts about me.

*Tengok cermin*

  1. Keturunan Syed Jamalullail.
  2. Anak sulung dari 2 adik beradik. Ada adik perempuan sorang.  
  3. Mungkin kacak, comel, muka kebudak-budakan. Ditambah pula dengan lesum pipit. Haha perasan jap.
  4. Peramah kottt. Hehe
  5. Pendengar yg setia kott. Hehe
  6. Suka tengok senyuman orang. Lagi-lagi kalau orang tuh cantik. Opsss
  7. Susah nak marah orang. Rasa berat hati sangat. 
  8. Orang yang agak pengemas. Tak suka benda selerak dan serabut. 
  9. Banyak sifat, perangai dari ibu. Orang panggil anak mak larh. 
  10. Ada tattoo dan besi (bukan besi sebenar) kat tangan kiri. Ada orang cakap macam udang, ada yg cakap macam lipan bentuk tattoo tuh. Besi nie kalau nak rasa skru dia pon bole. Nak try ?? Jumpa aku. Free je aku bagi pegang. Hehe
  11. Bab makan mmg aku jenis yg makan byk kott tapi badan masih maintain. *metabolism tinggi*
  12. Tak cerewet pasal makanan. Asalkan boleh makan, makan je. Sedap ke tak sedap belakang kira. Kalau makan kat luar, harga tuh penting. Hehe
  13. Tak makan pedas-pedas sgt. Dari 1 sampai 10, boleh tahan sampai 6,7 cemtu je tahap kepedasan tuh.
  14. Gatal jugak larh tapi masih terkawal. 
  15. Suka main game tapi masih terkawal.
  16. Aktif bersukan terutamanya badminton. 
  17. Suka duduk sengsorang kalau stress pastu layan lagu sambil menyanyi sekali.  
  18. Suka lagu cover dari original. Boyce Avenue, Kurt & Max Schneider, Sam Tsui, Madilyn Bailey dan seangkatan dengannya. 
  19. Lebih suka berdikari dari mengharapkan orang. 
  20. Takde lesen kereta lagi. Pernah bawak kereta sekali je. Tuh pon jalan lurus. Baru bercadang nak amek lesen kereta hujung tahun nie. InshaAllah. Doakan yee.
Bila fikir balik, bila baca balik org-org lain punya fakta ttg diri diorang, kita boleh tgk dari sudut apa diorg nilai diri sendiri. Ada yg aku tak berapa setuju macam ada yg dedahkan kelemahan diorg. Aib orang pon kita patut tutup, nie kan lagi aib sendiri. Memang tak patut. Sekadar peringatan. 

"Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi dan berdiri atas bakat sendiri" *curi dari melodi hehe

Kadang-kadang apa yg kita nampak kat diri sendiri tak serupa dengan apa yg orang nampak kat diri kita. Jadi, apa kata kita buat game baru. 20 facts about you !! Amacam, ada bran?? hehe

Nie ada satu video yg menunjukkan perbezaan nilaian kita terhadap diri kita sendiri dengan pandangan orang lain terhadap kita. 


Enjoy !!

Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
22 September 2014

Pilihan

Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap saat, minit, jam, detik yg berlalu dlm hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Tapi sejauh mana kita ambil iktibarnya ?? Tanya diri sendiri. Masa depan pula bergantung pada pilihan kita terhadap sesuatu perkara. Kalau betul pilihan kita, semua yg berlaku selepas itu akan memberi kebahagiaan kpd kita. Kita semakin yakin dgn pilihan kita. Tapi, tidak selalu pilihan kita tepat. Kadang-kadang kita tersalah pilih. Sesal rasa di dada. Rasa macam nak patah balik masa dan buat pilihan lain tapi itu sesuatu yg mustahil. Ya, mustahil. Masa tidak akan boleh berpatah balik walaupun sesaat. Rezeki, jodoh, ajal maut semuanya telah ditetapkan. Semuanya akan terjadi tepat pada masanya, di mana dan bagaimana caranya.

Aku dilema sekarang dlm membuat pilihan. Pilihan yg sgt bermakna bagi diriku. Pilihan yg bermain dgn waktu dan masa. Sama ada cepat atau lambat. Kedua-dua pilihan ada baik buruknya. Aku sudah hampir genap duapuluhsatu tahun.  Ya, hampir. Rasanya dah cukup matang, celik akal nak buat pilihan tepat. Tapi kena ingat, setiap keputusan yg akan kita buat, kena minta izin dan restu dari ibubapa terutamanya kalau pilihan yg akan kita buat itu melibatkan mereka.

Pilihan ini akan menambah tanggungjawab aku. Pilihan ini akan membuat aku lebih berusaha utk mencari rezeki tambahan. Tapi yg penting, pilihan ini sudah pasti menggembirakan aku. Walaupun terdapat sedikit pertelingkahan manja, kata-kata kiasan, nasihat org tua kita tetap kena dengar. Mereka lebih berpengalaman. Lebih masamnya, lebih masinnya, lebih pahitnya.

Dalam membuat pilihan, kadang-kadang nafsu yg lebih mengawal diri. Membuat pilihan secara terburu-buru tanpa memikirkan kesannya terhadap dirinya sendiri. Lebih teruk lagi kalau pilihan itu juga memberi kesan kpd orang sekeliling kita. Sebagai seorang lelaki, kita bakal memimpin sebuah keluarga, kita yg akan memimpin sesuatu organisasi, semua keputusan terletak dlm tapak tgn kita. Baik buruknya perlu dinilai sedalam-dalamnya utk memuaskan sebanyak hati yg boleh. Bukan senang taw nak jadi laki.

InshaAllah aku akan membuat keputusan dgn sebaik-baiknya dan Alhamdulillah, keputusan kini aku telah fikirkan setelah memikirkannya serangup-rangupnya. Cepat atau lambat, tetap juga ia akan menjadi milikku. Doakan aku :)

Asif jiddan wa Assalamualaikum.
13 Julai 2014
MARDI Alor Star.

Ini yang aku tulis 2 bulan yg lalu semasa praktikal di MARDI Alor Star. Belek-belek file, nampak notepad nie. Baru nak post hari nie. Hehe. Inilah hasil keputusan yang telah aku buat dan kini, ia bersama denganku di USM. Menemani aku di sini. Menjaga aku di sini. Membawa aku ke mana saja yg aku ingini.

Yaaa, inilah bini pertama aku. Keke
Sekarang, kena usaha cari duit lebih nak bagi nafkah kat dia nie tiap bulan. Seratus enam puluh tujuh ringgit sebulan. Lepas larh kalau ada gaji dari keje part time.  InshaAllah akan hantar borang kat Golden Screen Cinema di Queensbay dalam masa terdekat nie. Mohon doa supaya diterima dan dipermudahkan segala urusan. Juga mohon doa supaya dipermudahkan urusan Final Year Project aku tahun nie. Ameen. 

Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
22 September 2014
Bilik no 6,
Tingkat 8,
Desasiswa Tekun, USM