Friday 2 May 2014

Nota Hati Seorang Lelaki

Bismillah. Assalamualaikum.

1 MEI 2014.
Kalau ikut hati memang dah balik dah minggu nie. Mana edaknye, khamis cuti, jumaat kelas batal, sabtu ahad mmg cuti. 4 hari cuti tuh. Rugi woo tak balik tapi bila fikir balik pasal herbarium, projek, assignment, lab report yg menunggu dengan penuh pengharapan utk disiapkan, jadi terbantut niat aku nak balik minggu nie. Dengan ada meeting persatuan lagi. Memang tak balik larh. Ditambah lagi budak-budak junior ajak main badminton jumaat nie, mengukuhkan lagi sebab aku tak jadi balik. Dah azam minggu nie nak siapkan apa yg perlu disiapkan dan ulangkaji sikit apa yg dah belajar. Minggu nie je aku free. Lpas nie mmg dah takde cuti minggu dah. Nie buktinye.

Nampak tak betapa busynye aku sem nie. hehe


Alhamdulillah. Harapan cuti hari nie nak jahit herbarium tercapai. Walaupun tak bubuh bunga dan buat 'Identification' utk setiap spesis lagi, tetap rasa lega dah jahit semua. Sebanyak mana pon kerja yg kita ada, jangan lupa utk terus istiqomah dlm beribadah pada-Nya. :)

Di petang yg cerah lagi nyaman nie mari kita bedah buku jap. Hehe. Alhamdulillah dah habis baca buku Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi. Memang bermanfaat beli buku nie. Pelbagai kisah tarbiah yg secara tak langsung kena dgn keadaan semasa kita, kena dgn hati kita sebagai seorang lelaki. Bermula dengan kisah seorang anak, berpindah kepada kisah seorang suami, ayah dan seterusnya seorang daie. Setiap kisah yg diceritakan ada maksud tersiratnya. Tak boleh nak baca sambil-sambil lewa je. Kena baca sambil berfikir. Baru maksud penceritaan tuh sampai.

Bahagian 1 : Nota Hati Seorang Anak 
Sudah cukupkah kita menghargai ibu bapa kita ? Sudah cukupkah kita membalas jasa ibu bapa kita ? Sudah cukupkah kita menghormati mereka ? Meh nak kongsi salah satu pengajaran dari sebuah kisah yg diceritakan.

Nota 1 : Dialog di pusara ayahanda
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yg bertakwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai.
*lirik lagu Iman Adalah Mutiara oleh Raihan
Saja taruk lirik lagu nie sbb mcm ada kaitan dgn nota 1 dlm buku nie. Berdasarkan kat lirik tuh, iman semestinya tidak boleh diwarisi, tidak boleh dijual beli, tidak ada di mana-mana tempat. Iman itu perlu dicari. Walaupun kita anak ustaz yg paling tersohor sekalipun, iman itu takkan berpindah kepada kita jika kita sendiri tidak mencarinya.

Dalam nota nie, Ramli merupakan anak kepada Pak Hamid yg terkenal dgn buruk perangainya. Tidak solat, tidak puasa, minum arak dan berjudi sudah menjadi kebiasaan. Ramli sering dipukul, didera oleh ayahnya itu sehinggalah ayahnya itu meninggal dunia. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia. Dalam serba kekurangan dan cabaran yg begitu sukar itu, Ramli rajin belajar dan bijak dalam pelajaran. Dia berjaya masuk ke asrama penuh dan menyambung pelajarannya ke luar negara. Kini, Ramli sudah bergelar jurutera dan seorang hafiz. Sejak dia pulang ke kampungnya, dia sangat dikagumi dan dihormati oleh penduduk kampungnya. Dia dijadikan imam di masjid kampungnya. Dengan cara ini, nama baik bapanya dapat diharumkan semula. Benar, seringkali kita melihat anak yg hebat lahir dari keluarga yg serba kekurangan. Cabaran yg dihadapi dilalui dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Yakin akan takdir yg telah ditetapkan oleh Allah. Berusaha utk mencari keredhaan-Nya. Kita bagaimana pula ? Adakah kita dibesarkan dgn sedemikian rupa dan menghadapi liku-liku hidup yg serupa dgn penceritaan di atas ? Jika ya, tabahkan hati. Jika tidak, bersyukurlah kerana kita diberikan jalan yg mudah dlm hidup dalam mencari rahmat-Nya. Gunakanlah segala kemampuan dan nikmat yg dikurniakan sebaik mungkin. Mulakan setiap perbuatan dgn Bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah.

Kesimpulannya, iman itu bukan diwarisi atau didapati secara automatik. Iman ialah sistem manual. Kita perlu cari dan tingkatkannya sendiri. Bayangkan jika kita terpaksa menanggung segala dosa ayah kita tanpa ada peluang utk mengubah diri kita. Pasti semua orang tidak kisah berbuat dosa kerana yakin seksaannya tidak dikenakan ke atas mereka. Allah itu Maha Adil kannn. Dosa pahala kita, kita tanggung sendiri.
Jom jadi soleh !! :)

Bahagian 2 : Nota Hati Seorang Suami
Dalam bahagian nie, penulis byk menceritakan kisah tentang hubungan suami isteri. Sebagai suami, apa peranan terbaik kita utk memimpin isteri dan keluarga dan apa yg diperlukan utk membahagiakan rumah tangga.

Nota 9 : Apabila Bisikan Jadi Jeritan
Bisikan di sini ialah luahan perasaan dan jeritan di sini bermaksud luahan perasaan yg sudah lama dipendam dan di luahkan dengan nada marah. Jika kita lihat pada zaman ini, semakin byk kes cerai terutamanya dlm kalangan orang Islam. Agak-agak apa punca runtuhnya sebuah masjid yg dibina itu ? Sebenarnya semuanya disebabkan kelemahan komunikasi antara suami dan isteri. Bukan sahaja komunikasi melalui percakapan, tetapi melalui bahasa badan. Bukan sahaja mendengar tetapi melihat dan menilai. Itulah komunikasi tahap tinggi yg diperlukan dlm rumah tangga.

Lelaki dan ego sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kita sering kali ingin pasangan kita mendengar segala luahan hati tanpa suara (bahasa badan) kita tetapi sering terlupa akan luahan hati pasangan kita itu. Kita perlu sedar yg kita seharusnya memberi terlebih dahulu sebelum menerima. Ya, kita perlu mendengar utk didengari. Cuba fahami bahasa badan pasangan kita. Cuba fahami kemahuan pasangan kita. Bukan sahaja kemahuan dari segi fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan yg lebih penting.

Apa bezanya hidup & kehidupan ?
Kita membina hidup atau kehidupan ?
Yg mana lebih penting antara hidup & kehidupan ?
Pasangan kita teman hidup atau kehidupan ?

Haaa fikir jawapannye dulu !!
......  5 minit ......
......  4 minit ......
......  3 minit ......
......  2 minit ......
......  1 minit ......

Ok, anda tahu skrol saja dan tidak berfikir. Mohon terasa hehe. Nah jawapannye.

Kita hidup dgn keperluan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
Kita membina kehidupan dgn kasih sayang, cinta dan kemesraan.
Kita memerlukan kedua-duanya tetapi kehidupan itu lebih penting.
Pasangan kita itu teman hidup dlm kehidupan. Jadi pasangan kita memerlukan kasih syg, kemesraan, keadilan, kemaafan, perhatian, layanan kerana itulah kehidupannya.
Jika kita lihat pasangan-pasangan zaman ini, kebanyakannya hanya mengutamakan keperluan hidup pasangan mereka. Bukan utk kehidupan. Kita perlu saling memberi dan saling menerima kerana kita hidup dengan apa yg kita dapat tetapi kita membina kehidupan dgn apa yg kita beri.

Kesimpulannya, memberilah sebelum menerima. Utk dicintai, mencintailah terlebih dahulu. Ini hukum kasih sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan. Penuhilah kemahuan Allah iaitu suami sebagai pelindung isteri dan isteri taat kepada suami. Sesungguhnya kemahuan Allah itu utk kebaikan kita juga. Allah sedikit pon tidak mahu balasan drpd kita kerana Allah itu Maha Kaya. Segala kemahuan-Nya utk manfaat hamba-hamba-Nya. Baikkann Allah :)

Bahagian 3 : Nota Hati Seorang Ayah
Selepas bergelar suami, kita pasti akan menjadi seorang ayah. Tanggungjawab semakin bertambah. Rambut semakin memutih dan berkurang dan akhirnya botak tengah. Mulut semakin senyap. Kulit muka semakin mengerut. Senyuman semakin kurang. Itulah pengorbanan seorang ketua keluarga.

Nota 21 : Juara yang Ingin Jadi No. 2
"Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek."
Bentuk mengikut fungsi. Ya, itu maksud perumapaan di atas. Kita sebagai manusia sememangnya dicipta utk berjaya. Sejak jadi sperma lg kita dah berjaya meng'conquer' dan paling pantas utk masuk dan bercantum dgn ovum ibu kita yg sejauh dari US ke Jepun. Juara kan kita. Tak perlu minum milo pon hehe.

Ada satu persoalan yg sering bermain di fikiran kita sebagai seorang mahasiswa/i. Betul tak course yg aku pilih nie sesuai dgn aku ? Ada ke kerja utk aku nanti bila dah grad ? Dari tahun pertama ada persoalan nie takpe lagi, nie yg dah masuk tahun akhir pon masih lagi berlegar-legar lagi persoalan ini kat kepala. Acano tuh ? Haaa kita kan juara. Setiap juara ada kelebihan masing-masing. Allah dah tetapkan semuanya utk kita. Allah dan tentukan kerjaya yg sesuai dengan minat, bakat dan kecenderungan kita. Jadi, kita sepatutnya yg berusaha mencari, mengorek, mengenal potensi, bakat yg ada dlm diri kita. Kembangkan potensi tuh. Secara semula jadinya kita akan dekat dgn kerjaya yg sesuai dgn diri kita.

Dalam dunia nie, tidak ada manusia bodoh, yg ada cuma org yg bijaksana. Cuma majoriti org yg bijaksana nie MALAS. Ya, malas. *sentap wooo. Ada org yg bijaksana, tahu dia bijak tapi tak pernah usaha mengembangkan dan gunakan kebijaksanaan tuh pada jalan yg betul. Ada yg bijak dan rajin tapi ingin jadi org lain pon takde guna juga. Maksud jadi org lain nie org yg masih tercari-cari kerjaya yg sesuai dgn dirinya. Org yg masih belum kenal potensi diri. Inilah yg dikatakan juara no.2. Dia cuba menjadi org lain dan menjadi klon. Bukan lagi menjadi juara no.1.

Kesimpulannya, kenalilah diri.  Kadang-kadang pilihan itu byk, kadang-kadang sikit, kadang-kadang tiada pilihan. Kita sebagai hamba Allah perlu yakin akan pilihan Dia utk kita lebih tepat drpd pilihan kita utk kita. Jadi diri sendiri. Cari ketenangan dlm setiap pekerjaan kita. Jika kita tenang dlm keputusan kita, maka tepat pilihan kita. Perlu diingat. Ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi.  :)

Bahagian 4 : Nota Hati Seorang Daie
Bahagian nie paling tebal dlm buku nie. Nampak tak bertapa pentingnya seorang lelaki itu menjadi seorang pendakwah. Kita pemimpin, kita ketua, kita pelindung, kita hero, kita kacak, kita awesome. Ehh lebih-lebih sudah. Kita mendidik org lain dgn ilmu-Nya, kita dididik dgn cabaran oleh-Nya.

Nota 35 : Kau Murabbi Bukan Selebriti
Apa itu murabbi ? Aku sendiri tidak pasti definisi yg sebetul-betulnya. Bagi aku, murabbi merupakan guru yg mendidik hati, bukan setakat mengajar dan memberi, dia seorang yg membuat kita menghayati dan cuba beramal dgn ilmu yg dicurahkan kpd kita khususnya ilmu agama. *Correct me if i'm wrong.

Ramai di antara kita yg lebih suka menjadi 'Keyboard Warrior'. Hanya berdakwah secara virtual. Tidak salah menjadi penyampai seperti itu tetapi harus diingat adakah kita sendiri sudah beramal dgn setiap perkara yg kita kongsikan itu. Kita tidak boleh berharap yg kita akan amalkan. Berusahalah utk beramal.

Orang yg bijaksana, menulis ttg ilmu. Orang cerdik menulis ttg peristiwa. Orang pandai menulis ttg orang lain. Hanya orang bodoh menulis ttg dirinya sendiri. *deep. Tidak salah berkongsi ttg diri sendiri cuma jgn keterlaluan. Kekuatan ilmu lebih ampuh drpd kekuatan peribadi. Biar pembaca bersandar pada kekuatan ilmu yg diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis itu sendiri. Jika kita lihat sekarang mmg ramai yg sudah ingin berdakwah tetapi personalitinya byk kekurangannya. Sekurang-kurangnya biarlah pendakwah lebih sempurna sikit drpd golongan yg diserunya. *headshot.

Kesimpulannya, pendakwah atau penulis haruslah mengutamakan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personaliti. Kita nak bawa org dekat pada Islam, dekat dgn Allah, bukan dekat pada kita atau kumpulan kita.

Alhamdulillah. Setakat itu sahaja yg boleh saya kongsikan pada anda yg sudi membaca blog nie.
Banyak yg dapat saya belajar dri buku yg nampak biasa-biasa nie. Pesanan akhir saya, belajarlah dari universiti kehidupan. Kaitkan setiap perkara yg terjadi di sekeliling kita dgn kebesaran dan kekuasaan Allah. Saya sedang mencuba dan saya pasti anda juga sedang mencuba. Semoga kita dibukakan hati dan dipermudahkan segala urusan. Ameen :)

Moga bermanfaat.
Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
2 Mei 2014.