Wednesday 1 October 2014

W.o.r.k.P.l.a.n

Bismillah. Assalamualaikum.

Now, i'm officially a 3rd Year Student with my own Final Year Project (FYP). The topic that i've suppose to work on it is "Antibacterial activity of plant extracts against different strains of Pseudomonas aeruginosa" under Prof Madya Dr Shaida. Now, i've becoming a microbiologist. It's okay. I'm BIOLOGIST right. Anything that related to living things no matter it is plant or animal or microbes, it is also biology.



See, my timetable for this semester is quite free. Ehh wait. That schedule is exclude my FYP part. I decide to work on my FYP on around 4-5pm on tuesday, 1-5pm on wednesday and 10-12pm on thursday. That's mean that i'm free at everynight and every weekend. So, i've decided to find a part-time job that is convenient with my time. Alhamdulillah i got one which is to be part of the crew of Golden Screen Cinema, Queensbay Mall. Wohohoh *excited shout* Ehhh waitt, i'm not a crew of it yet, I've to attend the interview first. The worker there asked me to go to the interview by 1pm tomorrow. Ehh not tomorrow, it's today. Yeahhh, Just around 12 hours to go. *nervous* Wish me luck guys.



Not only that, i also had already registered to become a Tone Excel user (TuneTalk). In the same time, it is also a business opportunity platform, especially for all the prepaid mobile users. We can generate a recurring passive income just by get a new simcard cost RM90 and automatically you are a Tone Excel user and you just make your first step to do business. It easy right. You can click on the link above to understand more about this. If you are interested, pm me. Hehe

I'm actually planning to do top-up business. I mean i'm just an agent but my father is doing this business and he recommend me to join this first. So, i've decided to join this and use the simcard as my platform to do the top-up business. InshaAllah i'll become an agent for this top-up business by tomorrow. After that, if your prepaid is low or already expired, you know who to find. *promote* Hehe

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam said that 9 over 10 of the rizq(rezeki) came from business. No matter if it is a small or big business, it is sources of our rizq. Believe and work on it. InshaAllah you will be succeed on it.

I think that's all i want to share with you guys. I hope that i can manage my time properly and wisely. #Pray4me #Pray4FYP #Pray4myWork
You help me, I'll help you and of course, HE will help us. Smile <3

Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
1 October 2014
1.22 am


Monday 22 September 2014

20 Facts About Me

Bismillah. Assalamualaikum.

Aku tak tahu siapa yang cipta game nie sampai aku sendiri terjebak. Ehh bukan terjebak tapi terhasut. Ehh bukan terhasut tapi terpaksa. Ehh bukan terpaksa tapi janji. Hehhh malas nak tulis panjang-panjang utk mukadimah nie so, here we go the 20 facts about me.

*Tengok cermin*

  1. Keturunan Syed Jamalullail.
  2. Anak sulung dari 2 adik beradik. Ada adik perempuan sorang.  
  3. Mungkin kacak, comel, muka kebudak-budakan. Ditambah pula dengan lesum pipit. Haha perasan jap.
  4. Peramah kottt. Hehe
  5. Pendengar yg setia kott. Hehe
  6. Suka tengok senyuman orang. Lagi-lagi kalau orang tuh cantik. Opsss
  7. Susah nak marah orang. Rasa berat hati sangat. 
  8. Orang yang agak pengemas. Tak suka benda selerak dan serabut. 
  9. Banyak sifat, perangai dari ibu. Orang panggil anak mak larh. 
  10. Ada tattoo dan besi (bukan besi sebenar) kat tangan kiri. Ada orang cakap macam udang, ada yg cakap macam lipan bentuk tattoo tuh. Besi nie kalau nak rasa skru dia pon bole. Nak try ?? Jumpa aku. Free je aku bagi pegang. Hehe
  11. Bab makan mmg aku jenis yg makan byk kott tapi badan masih maintain. *metabolism tinggi*
  12. Tak cerewet pasal makanan. Asalkan boleh makan, makan je. Sedap ke tak sedap belakang kira. Kalau makan kat luar, harga tuh penting. Hehe
  13. Tak makan pedas-pedas sgt. Dari 1 sampai 10, boleh tahan sampai 6,7 cemtu je tahap kepedasan tuh.
  14. Gatal jugak larh tapi masih terkawal. 
  15. Suka main game tapi masih terkawal.
  16. Aktif bersukan terutamanya badminton. 
  17. Suka duduk sengsorang kalau stress pastu layan lagu sambil menyanyi sekali.  
  18. Suka lagu cover dari original. Boyce Avenue, Kurt & Max Schneider, Sam Tsui, Madilyn Bailey dan seangkatan dengannya. 
  19. Lebih suka berdikari dari mengharapkan orang. 
  20. Takde lesen kereta lagi. Pernah bawak kereta sekali je. Tuh pon jalan lurus. Baru bercadang nak amek lesen kereta hujung tahun nie. InshaAllah. Doakan yee.
Bila fikir balik, bila baca balik org-org lain punya fakta ttg diri diorang, kita boleh tgk dari sudut apa diorg nilai diri sendiri. Ada yg aku tak berapa setuju macam ada yg dedahkan kelemahan diorg. Aib orang pon kita patut tutup, nie kan lagi aib sendiri. Memang tak patut. Sekadar peringatan. 

"Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi dan berdiri atas bakat sendiri" *curi dari melodi hehe

Kadang-kadang apa yg kita nampak kat diri sendiri tak serupa dengan apa yg orang nampak kat diri kita. Jadi, apa kata kita buat game baru. 20 facts about you !! Amacam, ada bran?? hehe

Nie ada satu video yg menunjukkan perbezaan nilaian kita terhadap diri kita sendiri dengan pandangan orang lain terhadap kita. 


Enjoy !!

Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
22 September 2014

Pilihan

Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap saat, minit, jam, detik yg berlalu dlm hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Tapi sejauh mana kita ambil iktibarnya ?? Tanya diri sendiri. Masa depan pula bergantung pada pilihan kita terhadap sesuatu perkara. Kalau betul pilihan kita, semua yg berlaku selepas itu akan memberi kebahagiaan kpd kita. Kita semakin yakin dgn pilihan kita. Tapi, tidak selalu pilihan kita tepat. Kadang-kadang kita tersalah pilih. Sesal rasa di dada. Rasa macam nak patah balik masa dan buat pilihan lain tapi itu sesuatu yg mustahil. Ya, mustahil. Masa tidak akan boleh berpatah balik walaupun sesaat. Rezeki, jodoh, ajal maut semuanya telah ditetapkan. Semuanya akan terjadi tepat pada masanya, di mana dan bagaimana caranya.

Aku dilema sekarang dlm membuat pilihan. Pilihan yg sgt bermakna bagi diriku. Pilihan yg bermain dgn waktu dan masa. Sama ada cepat atau lambat. Kedua-dua pilihan ada baik buruknya. Aku sudah hampir genap duapuluhsatu tahun.  Ya, hampir. Rasanya dah cukup matang, celik akal nak buat pilihan tepat. Tapi kena ingat, setiap keputusan yg akan kita buat, kena minta izin dan restu dari ibubapa terutamanya kalau pilihan yg akan kita buat itu melibatkan mereka.

Pilihan ini akan menambah tanggungjawab aku. Pilihan ini akan membuat aku lebih berusaha utk mencari rezeki tambahan. Tapi yg penting, pilihan ini sudah pasti menggembirakan aku. Walaupun terdapat sedikit pertelingkahan manja, kata-kata kiasan, nasihat org tua kita tetap kena dengar. Mereka lebih berpengalaman. Lebih masamnya, lebih masinnya, lebih pahitnya.

Dalam membuat pilihan, kadang-kadang nafsu yg lebih mengawal diri. Membuat pilihan secara terburu-buru tanpa memikirkan kesannya terhadap dirinya sendiri. Lebih teruk lagi kalau pilihan itu juga memberi kesan kpd orang sekeliling kita. Sebagai seorang lelaki, kita bakal memimpin sebuah keluarga, kita yg akan memimpin sesuatu organisasi, semua keputusan terletak dlm tapak tgn kita. Baik buruknya perlu dinilai sedalam-dalamnya utk memuaskan sebanyak hati yg boleh. Bukan senang taw nak jadi laki.

InshaAllah aku akan membuat keputusan dgn sebaik-baiknya dan Alhamdulillah, keputusan kini aku telah fikirkan setelah memikirkannya serangup-rangupnya. Cepat atau lambat, tetap juga ia akan menjadi milikku. Doakan aku :)

Asif jiddan wa Assalamualaikum.
13 Julai 2014
MARDI Alor Star.

Ini yang aku tulis 2 bulan yg lalu semasa praktikal di MARDI Alor Star. Belek-belek file, nampak notepad nie. Baru nak post hari nie. Hehe. Inilah hasil keputusan yang telah aku buat dan kini, ia bersama denganku di USM. Menemani aku di sini. Menjaga aku di sini. Membawa aku ke mana saja yg aku ingini.

Yaaa, inilah bini pertama aku. Keke
Sekarang, kena usaha cari duit lebih nak bagi nafkah kat dia nie tiap bulan. Seratus enam puluh tujuh ringgit sebulan. Lepas larh kalau ada gaji dari keje part time.  InshaAllah akan hantar borang kat Golden Screen Cinema di Queensbay dalam masa terdekat nie. Mohon doa supaya diterima dan dipermudahkan segala urusan. Juga mohon doa supaya dipermudahkan urusan Final Year Project aku tahun nie. Ameen. 

Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
22 September 2014
Bilik no 6,
Tingkat 8,
Desasiswa Tekun, USM


Wednesday 25 June 2014

Mimpi.Rindu.Doa


Bismillah. Assalamualaikum.

Rindu.                              
Mimpi.

Ya, kedua-duanya saling berkait. Bila kita terlalu merindui seseorang, dia akan muncul dalam mimpi kita. Berjumpa dalam mimpi. Bersembang dalam mimpi. Nampak macam betul je tapi hakikatnya itu hanyalah mimpi semata-mata. Ulang semula. Mimpi semata-mata. It will never be true.

Lain lah kalau orang yg dirindui itu masih hidup. Boleh je jumpa, lepak kat kedai makan mana-mana, sembang itu sembang ini gelak tuh gelak nie. Hilanglah rasa rindu tuh utk sementara waktu. Bila dah berpisah, rindu balik. Kemudian, buat benda yg sama lagi dan jadilah satu kitaran rindu.

Tapiiiii kalau orang yg dirindui tuh sudah pergi utk selama-lamanya. Tiada lagi pertemuan, tiada lagi masa terluang bersama, tiada lagi percakapan, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi senyuman, tiada lagi kitaran rindu.

Doa.

Ya doa. Doa itu penghubung rindu antara 2 orang disaksikan oleh Allah. Jika kita rindu pada seseorang tak kisah larh orang tuh masih hidup atau sudah mati, mudah je caranya. DOA. Luahkan perasaan rindu itu pada-Nya. Berdoa pada-Nya agar diberi kesejahteraan utk dia yg dirindui. Mohon dia sentiasa dlm rahmat-Nya. Mohon dipertemukan dgn si dia yg dirindui pada waktu dan masa yg tepat. Allah kan sebaik-baik perancang. Jika tidak diizinkan berjumpa lagi di dunia, berdoa lah agar pertemuan itu terjadi bila di Syurga sana. Bukankah lebih indah jika sama-sama berjumpa, lepak, sembang-sembang, gelak tuh gelak nie kat dalam Syurga. Allahu.

That smile :')

Insan ini yg ku temui ketika tidur tadi. Senyumannya, suaranya masih lagi terngiang-ngiang dalam mindaku. Semoga dia berada dlm perlindungan, rahmat dan berada dgn orang-orang yg soleh di sana. Ameen. I know you miss me because I miss you too Atuk. See you there, in Jannah. InshaAllah :')

Al-fatihah.
Assalamualaikum.

Friday 2 May 2014

Nota Hati Seorang Lelaki

Bismillah. Assalamualaikum.

1 MEI 2014.
Kalau ikut hati memang dah balik dah minggu nie. Mana edaknye, khamis cuti, jumaat kelas batal, sabtu ahad mmg cuti. 4 hari cuti tuh. Rugi woo tak balik tapi bila fikir balik pasal herbarium, projek, assignment, lab report yg menunggu dengan penuh pengharapan utk disiapkan, jadi terbantut niat aku nak balik minggu nie. Dengan ada meeting persatuan lagi. Memang tak balik larh. Ditambah lagi budak-budak junior ajak main badminton jumaat nie, mengukuhkan lagi sebab aku tak jadi balik. Dah azam minggu nie nak siapkan apa yg perlu disiapkan dan ulangkaji sikit apa yg dah belajar. Minggu nie je aku free. Lpas nie mmg dah takde cuti minggu dah. Nie buktinye.

Nampak tak betapa busynye aku sem nie. hehe


Alhamdulillah. Harapan cuti hari nie nak jahit herbarium tercapai. Walaupun tak bubuh bunga dan buat 'Identification' utk setiap spesis lagi, tetap rasa lega dah jahit semua. Sebanyak mana pon kerja yg kita ada, jangan lupa utk terus istiqomah dlm beribadah pada-Nya. :)

Di petang yg cerah lagi nyaman nie mari kita bedah buku jap. Hehe. Alhamdulillah dah habis baca buku Nota Hati Seorang Lelaki karya Pahrol Mohd Juoi. Memang bermanfaat beli buku nie. Pelbagai kisah tarbiah yg secara tak langsung kena dgn keadaan semasa kita, kena dgn hati kita sebagai seorang lelaki. Bermula dengan kisah seorang anak, berpindah kepada kisah seorang suami, ayah dan seterusnya seorang daie. Setiap kisah yg diceritakan ada maksud tersiratnya. Tak boleh nak baca sambil-sambil lewa je. Kena baca sambil berfikir. Baru maksud penceritaan tuh sampai.

Bahagian 1 : Nota Hati Seorang Anak 
Sudah cukupkah kita menghargai ibu bapa kita ? Sudah cukupkah kita membalas jasa ibu bapa kita ? Sudah cukupkah kita menghormati mereka ? Meh nak kongsi salah satu pengajaran dari sebuah kisah yg diceritakan.

Nota 1 : Dialog di pusara ayahanda
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yg bertakwa,
Ia tak dapat dijual beli,
Ia tiada di tepian pantai.
*lirik lagu Iman Adalah Mutiara oleh Raihan
Saja taruk lirik lagu nie sbb mcm ada kaitan dgn nota 1 dlm buku nie. Berdasarkan kat lirik tuh, iman semestinya tidak boleh diwarisi, tidak boleh dijual beli, tidak ada di mana-mana tempat. Iman itu perlu dicari. Walaupun kita anak ustaz yg paling tersohor sekalipun, iman itu takkan berpindah kepada kita jika kita sendiri tidak mencarinya.

Dalam nota nie, Ramli merupakan anak kepada Pak Hamid yg terkenal dgn buruk perangainya. Tidak solat, tidak puasa, minum arak dan berjudi sudah menjadi kebiasaan. Ramli sering dipukul, didera oleh ayahnya itu sehinggalah ayahnya itu meninggal dunia. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia. Dalam serba kekurangan dan cabaran yg begitu sukar itu, Ramli rajin belajar dan bijak dalam pelajaran. Dia berjaya masuk ke asrama penuh dan menyambung pelajarannya ke luar negara. Kini, Ramli sudah bergelar jurutera dan seorang hafiz. Sejak dia pulang ke kampungnya, dia sangat dikagumi dan dihormati oleh penduduk kampungnya. Dia dijadikan imam di masjid kampungnya. Dengan cara ini, nama baik bapanya dapat diharumkan semula. Benar, seringkali kita melihat anak yg hebat lahir dari keluarga yg serba kekurangan. Cabaran yg dihadapi dilalui dgn penuh kesabaran dan ketabahan. Yakin akan takdir yg telah ditetapkan oleh Allah. Berusaha utk mencari keredhaan-Nya. Kita bagaimana pula ? Adakah kita dibesarkan dgn sedemikian rupa dan menghadapi liku-liku hidup yg serupa dgn penceritaan di atas ? Jika ya, tabahkan hati. Jika tidak, bersyukurlah kerana kita diberikan jalan yg mudah dlm hidup dalam mencari rahmat-Nya. Gunakanlah segala kemampuan dan nikmat yg dikurniakan sebaik mungkin. Mulakan setiap perbuatan dgn Bismillah dan sudahi dgn Alhamdulillah.

Kesimpulannya, iman itu bukan diwarisi atau didapati secara automatik. Iman ialah sistem manual. Kita perlu cari dan tingkatkannya sendiri. Bayangkan jika kita terpaksa menanggung segala dosa ayah kita tanpa ada peluang utk mengubah diri kita. Pasti semua orang tidak kisah berbuat dosa kerana yakin seksaannya tidak dikenakan ke atas mereka. Allah itu Maha Adil kannn. Dosa pahala kita, kita tanggung sendiri.
Jom jadi soleh !! :)

Bahagian 2 : Nota Hati Seorang Suami
Dalam bahagian nie, penulis byk menceritakan kisah tentang hubungan suami isteri. Sebagai suami, apa peranan terbaik kita utk memimpin isteri dan keluarga dan apa yg diperlukan utk membahagiakan rumah tangga.

Nota 9 : Apabila Bisikan Jadi Jeritan
Bisikan di sini ialah luahan perasaan dan jeritan di sini bermaksud luahan perasaan yg sudah lama dipendam dan di luahkan dengan nada marah. Jika kita lihat pada zaman ini, semakin byk kes cerai terutamanya dlm kalangan orang Islam. Agak-agak apa punca runtuhnya sebuah masjid yg dibina itu ? Sebenarnya semuanya disebabkan kelemahan komunikasi antara suami dan isteri. Bukan sahaja komunikasi melalui percakapan, tetapi melalui bahasa badan. Bukan sahaja mendengar tetapi melihat dan menilai. Itulah komunikasi tahap tinggi yg diperlukan dlm rumah tangga.

Lelaki dan ego sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kita sering kali ingin pasangan kita mendengar segala luahan hati tanpa suara (bahasa badan) kita tetapi sering terlupa akan luahan hati pasangan kita itu. Kita perlu sedar yg kita seharusnya memberi terlebih dahulu sebelum menerima. Ya, kita perlu mendengar utk didengari. Cuba fahami bahasa badan pasangan kita. Cuba fahami kemahuan pasangan kita. Bukan sahaja kemahuan dari segi fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan yg lebih penting.

Apa bezanya hidup & kehidupan ?
Kita membina hidup atau kehidupan ?
Yg mana lebih penting antara hidup & kehidupan ?
Pasangan kita teman hidup atau kehidupan ?

Haaa fikir jawapannye dulu !!
......  5 minit ......
......  4 minit ......
......  3 minit ......
......  2 minit ......
......  1 minit ......

Ok, anda tahu skrol saja dan tidak berfikir. Mohon terasa hehe. Nah jawapannye.

Kita hidup dgn keperluan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal.
Kita membina kehidupan dgn kasih sayang, cinta dan kemesraan.
Kita memerlukan kedua-duanya tetapi kehidupan itu lebih penting.
Pasangan kita itu teman hidup dlm kehidupan. Jadi pasangan kita memerlukan kasih syg, kemesraan, keadilan, kemaafan, perhatian, layanan kerana itulah kehidupannya.
Jika kita lihat pasangan-pasangan zaman ini, kebanyakannya hanya mengutamakan keperluan hidup pasangan mereka. Bukan utk kehidupan. Kita perlu saling memberi dan saling menerima kerana kita hidup dengan apa yg kita dapat tetapi kita membina kehidupan dgn apa yg kita beri.

Kesimpulannya, memberilah sebelum menerima. Utk dicintai, mencintailah terlebih dahulu. Ini hukum kasih sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan. Penuhilah kemahuan Allah iaitu suami sebagai pelindung isteri dan isteri taat kepada suami. Sesungguhnya kemahuan Allah itu utk kebaikan kita juga. Allah sedikit pon tidak mahu balasan drpd kita kerana Allah itu Maha Kaya. Segala kemahuan-Nya utk manfaat hamba-hamba-Nya. Baikkann Allah :)

Bahagian 3 : Nota Hati Seorang Ayah
Selepas bergelar suami, kita pasti akan menjadi seorang ayah. Tanggungjawab semakin bertambah. Rambut semakin memutih dan berkurang dan akhirnya botak tengah. Mulut semakin senyap. Kulit muka semakin mengerut. Senyuman semakin kurang. Itulah pengorbanan seorang ketua keluarga.

Nota 21 : Juara yang Ingin Jadi No. 2
"Yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek."
Bentuk mengikut fungsi. Ya, itu maksud perumapaan di atas. Kita sebagai manusia sememangnya dicipta utk berjaya. Sejak jadi sperma lg kita dah berjaya meng'conquer' dan paling pantas utk masuk dan bercantum dgn ovum ibu kita yg sejauh dari US ke Jepun. Juara kan kita. Tak perlu minum milo pon hehe.

Ada satu persoalan yg sering bermain di fikiran kita sebagai seorang mahasiswa/i. Betul tak course yg aku pilih nie sesuai dgn aku ? Ada ke kerja utk aku nanti bila dah grad ? Dari tahun pertama ada persoalan nie takpe lagi, nie yg dah masuk tahun akhir pon masih lagi berlegar-legar lagi persoalan ini kat kepala. Acano tuh ? Haaa kita kan juara. Setiap juara ada kelebihan masing-masing. Allah dah tetapkan semuanya utk kita. Allah dan tentukan kerjaya yg sesuai dengan minat, bakat dan kecenderungan kita. Jadi, kita sepatutnya yg berusaha mencari, mengorek, mengenal potensi, bakat yg ada dlm diri kita. Kembangkan potensi tuh. Secara semula jadinya kita akan dekat dgn kerjaya yg sesuai dgn diri kita.

Dalam dunia nie, tidak ada manusia bodoh, yg ada cuma org yg bijaksana. Cuma majoriti org yg bijaksana nie MALAS. Ya, malas. *sentap wooo. Ada org yg bijaksana, tahu dia bijak tapi tak pernah usaha mengembangkan dan gunakan kebijaksanaan tuh pada jalan yg betul. Ada yg bijak dan rajin tapi ingin jadi org lain pon takde guna juga. Maksud jadi org lain nie org yg masih tercari-cari kerjaya yg sesuai dgn dirinya. Org yg masih belum kenal potensi diri. Inilah yg dikatakan juara no.2. Dia cuba menjadi org lain dan menjadi klon. Bukan lagi menjadi juara no.1.

Kesimpulannya, kenalilah diri.  Kadang-kadang pilihan itu byk, kadang-kadang sikit, kadang-kadang tiada pilihan. Kita sebagai hamba Allah perlu yakin akan pilihan Dia utk kita lebih tepat drpd pilihan kita utk kita. Jadi diri sendiri. Cari ketenangan dlm setiap pekerjaan kita. Jika kita tenang dlm keputusan kita, maka tepat pilihan kita. Perlu diingat. Ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi.  :)

Bahagian 4 : Nota Hati Seorang Daie
Bahagian nie paling tebal dlm buku nie. Nampak tak bertapa pentingnya seorang lelaki itu menjadi seorang pendakwah. Kita pemimpin, kita ketua, kita pelindung, kita hero, kita kacak, kita awesome. Ehh lebih-lebih sudah. Kita mendidik org lain dgn ilmu-Nya, kita dididik dgn cabaran oleh-Nya.

Nota 35 : Kau Murabbi Bukan Selebriti
Apa itu murabbi ? Aku sendiri tidak pasti definisi yg sebetul-betulnya. Bagi aku, murabbi merupakan guru yg mendidik hati, bukan setakat mengajar dan memberi, dia seorang yg membuat kita menghayati dan cuba beramal dgn ilmu yg dicurahkan kpd kita khususnya ilmu agama. *Correct me if i'm wrong.

Ramai di antara kita yg lebih suka menjadi 'Keyboard Warrior'. Hanya berdakwah secara virtual. Tidak salah menjadi penyampai seperti itu tetapi harus diingat adakah kita sendiri sudah beramal dgn setiap perkara yg kita kongsikan itu. Kita tidak boleh berharap yg kita akan amalkan. Berusahalah utk beramal.

Orang yg bijaksana, menulis ttg ilmu. Orang cerdik menulis ttg peristiwa. Orang pandai menulis ttg orang lain. Hanya orang bodoh menulis ttg dirinya sendiri. *deep. Tidak salah berkongsi ttg diri sendiri cuma jgn keterlaluan. Kekuatan ilmu lebih ampuh drpd kekuatan peribadi. Biar pembaca bersandar pada kekuatan ilmu yg diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis itu sendiri. Jika kita lihat sekarang mmg ramai yg sudah ingin berdakwah tetapi personalitinya byk kekurangannya. Sekurang-kurangnya biarlah pendakwah lebih sempurna sikit drpd golongan yg diserunya. *headshot.

Kesimpulannya, pendakwah atau penulis haruslah mengutamakan prinsip dakwah, Islam dan tarbiah, bukan input peribadi atau personaliti. Kita nak bawa org dekat pada Islam, dekat dgn Allah, bukan dekat pada kita atau kumpulan kita.

Alhamdulillah. Setakat itu sahaja yg boleh saya kongsikan pada anda yg sudi membaca blog nie.
Banyak yg dapat saya belajar dri buku yg nampak biasa-biasa nie. Pesanan akhir saya, belajarlah dari universiti kehidupan. Kaitkan setiap perkara yg terjadi di sekeliling kita dgn kebesaran dan kekuasaan Allah. Saya sedang mencuba dan saya pasti anda juga sedang mencuba. Semoga kita dibukakan hati dan dipermudahkan segala urusan. Ameen :)

Moga bermanfaat.
Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
2 Mei 2014.

Sunday 13 April 2014

RWSJC

Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap makhluk yg bergelar manusia ingin berkahwin, berkeluarga, beranak-pinak utk meneruskan generasi. Sebelum kita lahir lagi Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, rezeki kita dan ajal maut kita. Tidak perlu kecewa jika kita masih lagi bujang. Jodoh pasti datang pada waktu dan masa yg tepat. Teruskan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan oleh-Nya. Teruskan memperbaiki diri, iman dan taqwa. Kenali kelemahan diri yg ada, ubah jika perlu. Sekiranya kita mempersiapkan diri kita, pasti kita akan lebih berkeyakinan dlm mencari pasangan. Sekiranya kita sudah mempunyai calon, fikirkan dahulu ttg kemampuan kita. Sudah cukup ke ilmu, harta dan akhlak kita. Hal ini kerana hukum berkahwin ada 4 iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.
1) Wajib kita berkahwin apabila kita sudah berkemampuan dan akan berlakunya perbuatan zina jika tidak berkahwin.
2) Sunat kita berkahwin apabila kita mampu walaupun kita masih mampu menahan diri dari perlakuan zina. Dalam kes ini, berkahwin itu afdal.
3) Haram pula utk kita berkahwin jika perkahwinan itu bertujuan utk menyakiti pasangan kita atau tidak mampu utk memberikan nafkah zahir dan batin.
4) Makruh kita berkahwin jika kita bimbang yg kita akan menyakiti pasangan kita dan mempunyai kelemahan fizikal.

Dah tahu kat mana kita ?? Kalau dah tahu, cepat-cepat bertindak ke langkah seterusnya. Hihi. Tapi malangnya hukum ini tidak lagi diberikan perhatian. Adat diutamakan. Buktinya, apabila seseorang lelaki itu sudah memenuhi syarat wajib berkahwin dan ingin berkahwin, hasratnya itu dihalang oleh orang tuanya atau orang tua pasangannya. Akibatnya pelbagai gejala sosial semakin berleluasa terutamanya zina. Sebab itulah penting bagi kita mempunyai ilmu agama yg baik dan mencari pasangan yg mempunyai keluarga berlatar belakangkan agama yg baik. Sudah tentu mereka akan faham akan hasrat kita seterusnya memberi sokongan yg diperlukan.

Tanggungjawab sebagai seorang anak harus dinitikberatkan terlebih dahulu sebelum kita mengambil keputusan utk berkahwin. Kebanyakan ibubapa yg tidak bersetuju anak mereka kahwin dlm usia muda ada alasannya. Mereka sebenarnya belum puas merasa kasih sayang anaknya, belum puas meluangkan masa dengan kita, belum puas berkongsi rezeki kita. Mana taknye, bila kita dah kerja je terus kumpul duit nak kahwin. Duit yg sepatutnya diberikan kpd mereka dikurangkan, masa yg diluangkankan bersama mereka juga dikurangkan. Lagi-lagi lepasan anak muda yg belajar di universiti.  Sejak dari sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti, masa yg diluangkan utk mereka sgt sikit. Bila habis belajar pula terus kerja dan berkahwin. Nampak tak betapa sikitnya masa kita bersama keluarga kita. Belum sempat mereka berkongsi kegembiraan atas kejayaan anaknya, anaknya sudah mencari kegembiraan mereka sendiri. Sebab itulah sesetengah ibubapa tidak mahu anak mereka berkahwin pada usia muda. Do remember that especially guy !!

Yg tadi tuh pengenalan je hihi. Ok skrg kita ke topik yg sebenar entri kali nie. Pengurusan wang sebelum dan selepas kahwin. Semua yg akan saya kongsikan kali nie hasil dri pembacaan saya dri buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Shamsuddin Kadir dan Ain Muhammad. Saya akan kongsikan yg saya rasa penting dan menarik utk dikongsi saja. Yang lain sila baca sendiri.

Buku nie byk menekankan persediaan sebelum berkahwin,penjimatan dlm berbelanja dan keberkatan dlm setiap perkara yg membawa kpd kebahagian rumah tangga. Satu perkara yg paling saya suka ialah penulis lebih menekankan fardu kifayah iaitu mengutamakan org Islam dlm perniagaan. Setiap urusniaga pastikan dibeli dari penjual muslim. Setiap barang yg dibeli pastikan halal dan selamat. Walaupun barang yg dibeli itu sekadar cekelat 10sen 2 biji, pastikan dibeli dari kedai org muslim. Ini bagi menaikkan  tahap ekonomi org Islam di Malaysia yg semakin jatuh dan dikawal oleh kaum dan agama lain. Selepas memgetahui hal ini, saya pon tersedar yg sememangnya penting utk kita sesama muslim membantu satu sama lain bagi menaikkan taraf kehidupan. Selama nie saya sendiri tidak terlalu kerap pergi ke kedai org muslim atas alasan servis yg tidak berkualiti dan barangan yg mahal. Alhamdulillah selepas membaca buku ini, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya tentang kepentingan fardu kifayah dlm perniagaan.

Pada fasa pertama buku ini iaitu fasa permulaan, penulis menerangkan ttg tujuan berkahwin, persediaan fizikal dan mental, ilmu berumah tangga dan sedikit kemungkinan yg bakal timbul apabila sudah mengambil keputusan utk berkahwin. Di mana tahap kesedaran kita dlm usaha ingin berumah tangga ? Sudah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal ? Ke mana kita ingin bawa kehidupan berumah tangga itu nanti ? Semuanya diulas oleh penulis dgn cara yg mudah difahami.

Fasa kedua ialah fasa persediaan sebelum kahwin. Fasa ini menitikberatkan perancangan dan pembelanjaan yg diperlukan. Apa yg perlu dan apa yg tidak perlu daripada majlis akad nikah sampailah ke walimatulurus. Penulis memberikan tips yg sgt berguna dan sgt terperinci dlm menjana duit sebelum berkahwin dan cara melakukan penjimatan ke tahap maksimum. Saya sendiri terkejut dgn kaedah yg penulis kongsikan. Nampak macam tidak relevan tapi sgt berkesan dan byk hikmahnya. 'Raja sepanjang hayat' lebih penting drpda 'Raja sehari'. Oleh itu, pembelanjaan utk kenduri kahwin tidak perlu dibesarkan. Cukup sekadar memuaskan hati tetamu dan mendapat keredhaan-Nya. Elakkan daripada berhutang dgn mana-mana pihak.

Fasa ketiga ialah fasa kahwin. Fasa di mana semua perancangan telah disusun dan akan dilaksanakan. Proses yg bermula dari merisik, bertunang dan seterusnya bernikah. Setiap proses ini memerlukan belanja yg tertentu. Penulis byk memberi tips dan cara penjimatan dlm setiap pembelanjaan. Cincin tunang, cincin kahwin, mas kahwin, wang hantaran, majlis perkahwinan semuanya diterangkan secara terperinci bagaimana hendak berjimat dlm perbelanjaan ini. Kita sememangnya menginginkan rumah tangga yg halal dan bahagia tanpa hutang. Sekiranya pembelanjaan kita lebih dari kemampuan kita, sudah pasti kita akan meminjam daripada bank utk menampung pembelanjaan tersebut. Keadaan ini akan menyusahkan kita pada masa hadapan yg akan berhutang selama beberapa tahun malah ada yg sudah mempunyai anak tetapi masih lagi berhutang. Kita harus ingat bahawa kos sara hidup skrg semakin meningkat.  Tanpa ada perancangan kewangan yg rapi sejak dari sebelum kahwin sehingga larh sudah bergelar suami, kita mungkin akan menghadapi masalah di kemudian hari yg akan menyusahkan kita sekeluarga. Jadi, pengurusan kewangan sgt penting dlm rumah tangga terutamanya selepas kahwin.

Fasa yg terakhir ialah fasa selepas kahwin. Penulis membuka mata kita supaya sedar betapa pentingnya kita mengurus keluarga dari segi hubungan antara keluarga, ekonomi keluarga dan cara menyelesaikan konflik dlm keluarga. Penulis menggalakkan berbulan madu tempatan yg lebih bermanfaat dan lebih kekeluargaan. Bulan madu secara barat tidak menjanjikan kebahagiaan kecuali menjanjikan pembaziran. Jadikan setiap hari bersama pasangan kita itu bermakna sudah cukup membahagiakan pasangan drpda berbelanja utk berbulan madu. Pengurusan kewangan dlm rumah amat penting. Penulis mencadangkan sistem sampul surat dlm mengurus kewangan dan keperluan dlm rumah tangga. Yg tidak disangka-sangka ialah sistem sampul surat nie sudah saya praktikkan skrg. Mungkin anda yg sedang membaca ini juga sudah mempraktikkannya. Bagus, teruskan demi masa depan anda :) Perancangan sgt penting dlm berkeluarga, bukan saja merancang kewangan, bilangan anak pon harus dirancang. Ini bagi memastikan tahap ekonomi kita selaras dgn bilangan anak yg kita ada. Memang setiap anak itu ialah rezeki tetapi kita tetap perlu sedar akan keadaan semasa. Lebihkan usaha dlm mencari rezeki. Setelah ekonomi keluarga stabil, isteri sewajarnya berhenti bekerja dan menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa bagi memastikan anak dpt dididik dgn baik dan terkawal. Paling tidak pon membuat bisnes hanya dari dlm rumah. Tak pon buat nursery bagi ibu-ibu yg sangat fanatik dgn bayi hihi.

Kesimpulannya buku ini byk mengajar kita cara berjimat pada tahap maksimum dan pada masa yg sama dapat memastikan kebahagiaan dlm rumah tangga. Perancangan sgt penting dlm tiap-tiap sesuatu. Walau apa-apa pun, Allah sebaik-baik perancang. Jika keredhaan Allah yg kita cari, maka Allah akan permudahkan segala urusan. Yakin pada ini !! Oleh itu, jika anda sudah mula jatuh cinta, rancanglah masa depan anda terutamanya soal kewangan. Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Kalau tak tahu macam mana nak rancang, meh beli buku nie. Kalo takde duit, meh pinjam kat teman hihi.

P/s : Buku ini dibaca sekadar menambah ilmu. Tak semestinya org yg dah ada calon je boleh baca buku ni. Kepada yg belum ada calon pon boleh baca. Ilmu tuh kan utk semua. Teringat satu ayat, " jika kita ingin diluaskan rezeki, luaskan ilmu kita ttg rezeki ". InshaAllah jodoh tuh dtg. Jodoh pon rezeki kan hehe.

Nie cover book bukunya :)

Moga bermanfaat.
Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
10/4/2014

Tuesday 25 February 2014

Ayam Tambatan



Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap insan yg bergelar anak ada tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa mereka. Tak kisah larh dia anak sulung ke anak kedua ke ketiga ke bongsu ke, semua ada tanggungjawab yg sama tapi yg membezakan ialah cara kita membahagiakan kedua ibu bapa kita. Dalam diri kita, ada kuat dan lemahnya. Bilamana kita kuat, semua perkara menjadi mudah. Bilamana kita lemah, semua perkara umpama beban yg menjatuhkan kita. Iman seharusnya menjadi pendinding dalam diri untuk terus kuat dan sabar seharusnya menjadi benteng utk tidak mudah lemah.

Dalam sebuah keluarga, walaupun tinggal di dalam atap yg sama tetap ada perbezaan dari segi sifat dan sikap antara adik beradik. Walaupun didikan yg diberikan sama, kasih sayang yg dicurahkan sama, tetap akan ada kelainan sifat dan sikap. Urutan kelahiran sememangnya menjadi faktor dlm membentuk sikap anak-anak. Anak sulung diibaratkan pusat perhatian utama ayah dan ibu. Ibu bapa sering bercerita dan berkongsi pengalaman dengan anak sulung. Perhatian ini secara tidak langsung menjadikan anak sulung itu sentiasa inginkan kesempurnaan. Ingin mendapatkan sesuatu yg terbaik dari segalanya. Ingin mencapai nilai tertinggi dari pelbagai perkara. Untuk mencapai semua itu, pengorbanan diperlukan. Anak sulung sering kali tidak mengendahkan tentang dirinya. Dia sentiasa ingin menjadi kebanggaan dalam keluarganya. Ingin menunjukkan kepada ibu bapanya yg dia kuat dan boleh diharap. Dia ingin menjadi contoh utk adik-adiknya tetapi dia kurang mempedulikan dirinya sendiri.

Di atas bahu anak sulung larh terletaknya harapan keluarga. Di atas bahu anak sulung larh terletaknya kepercayaan ibu bapanya utk mengubah nasib keluarga. Anak sulung sering digelar 'ayam tambatan' keluarga. Mereka tidak memahami bahawa di atas bahu anak sulung larh terletaknya juga segala beban keluarga yg kadang-kadang melemahkan dirinya. Di atas bahu anak sulung larh terletaknya juga tanggungjawab yg sangat besar sehinggakan mereka berasa sangat tertekan dengan situasi tersebut. Anak sulung biasanya takut utk melakukan kesalahan atau mengalami kegagalan. Mereka tak mahu menghampakan kedua ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dipandang rendah. Mereka tidak mahu dilabel lemah. Atas sebab inilah anak sulung lebih gemar menyimpan segala masalah dan perasaan dlm dirinya sendiri. Dia cuba utk tidak berkongsi selagi dia rasa dia mampu utk menanggungnya. Dia cuba utk menyelesaikannya sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Dia cuba membuktikan dirinya itu kuat, tabah menghadapi segala rintangan. Hakikatnya, dia sebenarnya tidak mampu tanpa ada sokongan yg berterusan. Kadangkala dia juga terkandas. Kalah dengan situasi. Dengan sendirinya, dia bangun semula. Walau sakit itu dalam, lemah itu jelas kelihatan tetapi dia tetap bangun. Bangun utk terus menjalankan tanggungjawabnya. Bangun kerana dialah kekuatan keluarga. Dialah nadi dlm keluarga.

Segala masalah keluarga dilemparkan. Segala luahan perasaan dicurahkan. Tanpa disedari tekanan semakin membuak-buak. Fikiran menjadi celaru memikirkan apa yg lebih penting. Seringkali isu keluarga diberi keutamaan. Diri sendiri diabaikan. Sehingga sampai satu tahap, dia tidak lagi merasakan masalah diri sendiri itu bebanan pada dirinya. Apa kesudahan atas perkara yg dilakukannya tidak lagi penting. Apa yg difikirkan hanya perkara yg boleh memberi kesan kepada keluarganya.

Apabila hadirnya seorang insan yg bergelar sahabat dlm hidupnya, yg mengambil berat akan dirinya, yg sentiasa memberikan sokongan kpd dirinya, yg sentiasa yakin dgn keupayaannya, percayalah bahawa dialah sumber kekuatannya. Kehadirannya sangat memberi kesan dlm hidupnya. Dia merasakan sahabat itulah penyelamat bagi dirinya yg boleh terus mentarbiyyah dirinya utk terus kuat.  

Inilah pengorbanan seorang anak sulung. Cubaan, dugaan dan beban yg dirasainya. Ya, cubaan dan ujian itu satu kepastian yg telah dijanjikan oleh Allah sendiri. Kita tidak akan dibiarkan hidup di alam ciptaanNya ini hanya sekadar utk berseronok. Kita ialah hambaNya. Kita tidak boleh hanya sekadar mengaku beriman kpdNya tanpa ada dugaan yg datang menguji. Cubaan itu adalah ukuran bagi tahap kesempurnaan iman kita terhadapNya. Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah itu berada bersama-sama orang yg sabar.

Asif jiddan wa assalamualaikum.

Jom tadabbur !!
1) Surah Al-Anfal, ayat 66
2) Surah Al-Ankabut, ayat 2-3

Monday 13 January 2014

Mereka punya cerita .....



Bismillah. Assalamualaikum.

Isnin (MULA2 BERKENALAN di Stesen KTM)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pak cik & Mak cik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : Waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (Dalam hati : Ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait and see minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…

Mamat : Terima kasih pak cik mak cik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : So what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (Sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

>Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (Dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

>Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite bertunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (Cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)


Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN

Monday 6 January 2014

Sentiasa ada yang lebih bawah

Bismillah. Assalamualaikum.

4/1/2014 - Usai saja solat isyak di masjid USM, terjumpa seorang pakcik nie, Zulkarnain namanya. Aku pernah berjumpa dengannya seminggu yang lalu. Pada hari sabtu juga. Pada hari itu, kami terserempak dengannya di perhentian bas depan masjid. Ketika itu, dia nak melawat anaknya di hospital. Patah kaki akibat merempit. Aku bersama Zul dan Hariz pada masa itu. Pakcik itu menceritakan masalah yang dihadapinya dan mencurahkan segala isi hatinya terhadap sikap anaknya itu. Kami hanya mendengar dan meng'iya'kan sahaja. Kerana sudah terlewat untuk solat maghrib kami meminta untuk mengundurkan diri.

Kali ini kami dipertemukan lagi. Dia mengajak kami berdua untuk duduk bersamanya di anjung masjid. Aku dapat lihat dari mata dan bahasa badan Zul seperti tidak menyukai pertemuan ini. Mungkin ada sesuatu yang aku tak tahu. Lalu aku pon mengajaknya untuk bersembang sekejap sahaja dengan pakcik tuh. Pakcik itu benar-benar bersyukur dan gembira kerana berjumpa dengan Zul khususnya. Aku tahu yang Zul pernah tolong pakcik tuh tapi aku tidak pula bertanya dengan lebih lanjut. Pakcik itu menceritakan sedikit sebanyak tentang kehidupannya. Dia tidak ada rumah, tiada pekerjaan, tiada duit. Yang dia ada cuma anak lelaki dua orang tetapi kedua-duanya tidak pernah mengendahkannya. Tidak pernah bertanya khabar, tidak pernah cuba mencarinya ketika dia keluar dari rumah. Sudah hampir 2 bulan katanya dia berada di masjid USM.

Duit makan minum dia, sepenuhnya dia mengharap pada orang yang datang ke masjid terutamanya pelajar-pelajar USM. Ada antara nama-nama yang disebut oleh pakcik tuh yang aku kenal dan sumbangan mereka terhadap pakcik itu agak besar sehinggakan ada yang memberi tabung simpanannya. Ada yang sanggup memberikan wang sakunya sehingga sanggup berlapar. Ada yang telah membeli tiket ke KL dan menghantarnya ke Stesen Bas Sg. Nibong. Tapi kenapa pakcik tuh masih ada di sini ??? Haaa nie ceritanya. Pakcik tuh cakap yang tiket bas tuh jam 12.30(tak ingat ptg ke mlm) tapi dia dihantar ke Sg.Nibong jam 10.30 cemtuh. Dia pergi larh makan dekat kedai seberang jalan sambil tengok cerita hindustan sampai tak sedar yang hujan dah turun. Dalam jam 12.00 tuh pon hujan masih lebat dan dia tetap bergegas meredah hujan untuk ke stesen bas. Dalam perjalanan tuh dia terjatuh dan belakang dia sakit sampai tak mampu nak angkat beg. Jadi, dia tidak mampu untuk ke KL dalam keadaan sebegitu dan mengambil keputusan untuk tidak ke sana. Jadi, sebab itulah pakcik tuh masih di sini.

Pakcik nie sebenarnya ada gastrik, sebab tuh larh kalau dia lapar dia akan cari mana-mana pelajar yang boleh belanja dia makan atau bagi duit untuk makan. Sebab tuh larh dah ramai pelajar yang pernah bantu dia sampai ada post pasal pakcik nie kat  FB.


Aku tak tahu betul ke pakcik yang diperkatakan ini sama dengan pakcik yang aku jumpa tuh. Berdasarkan komen-komen kat bawahnya, banyak cerita yang sama, jadi aku assume memang post ini tuju kat pakcik nie. Post nie aku tahu pon sebab cubemate aku bagi tahu dan dia sendiri dah kena dan ceritanya memang sama.

Dari sudut pandangan aku sendiri, aku sebenarnya 70% percaya pada pakcik ini. Aku nie sebenarnya susah jugak nak percaya cerita-cerita macam nie tapi dari segi jalan penceritaan, pengalaman yang dilalui, bukti-bukti yang ada padanya, aku mula mempercayainya sehinggakan aku berjanji ingin membantunya. Bantu apa ?? haa tunggu jap, nak cita larh nie.

Pakcik nie ada jumpa saudara tabligh aku dulu. Dia ajak pakcik nie berdakwah. Pakcik nie pon ikot larh tapi lama-kelamaan pakcik nie rasa tertekan. Dia sedar yang dia masih ada tangan kaki mata telinga hidung yang masih boleh digunakan tapi kenapa dia nak harapkan orang je. Dia pon masih ada tanggungjawab sebagai seorang bapa. Hari sabtu tuh saudara tabligh aku tuh balik perak. Sebelum dia balik, dia bagi seplastik roti arab untuk pakcik nie dan duit belanja sikit. Dia suruh pakcik nie stay kat masjid sampai dia balik hari selasa nie dan janji yang dia akan gaji pakcik nie asalkan pakcik nie ikot dia berdakwah tapi pakcik nie rasa bersalah. Dia takda duit dan memang terlalu mengharapkan orang untuk hidup *ala-ala holoparasites (only botanist know hehe) Jadi, dia bercadang untuk tunaikan hajatnya sebelum nie untuk ke KL dan kerja sebagai pegawai keselamatan di sana.

Tapi tapi tapi tapi tapi tapi dia takda modal untuk ke sana dan dia mintak aku dan Zul untuk tolong dia. Dari lepas isyak sampai jam 12.00 tgh malam, ini larh sebenarnya tujuan dia nak jumpa kami berdua. Aku ada tanya kenapa minta kerja dekat KL, kat Penang nie takde peluang pekerjaan ke ?? Pakcik tuh jawab yang kat KL tuh ada sediakan rumah penginapan dan dia mengambil pekerja sehingga umur 58 tahun dan pakcik nie menyangka yang dia akan jumpa geng-geng orang lama dan bukan orang muda yang sememangnya di KL tuh tahu je larh perangai orang muda macam mana tapi bukan semua macam tuh.

Oleh itu, dia hanya minta sumbangan cukup untuk tambang dia ke KL dan sedikit belanja dia di sana untuk ke tempat bekerja yang telah dirancangnya. Dalam minda aku, tambang ke KL saja dah hampir RM40 kott, pastu makan lagi, tambang teksi lagi. Taraf hidup kat sana bukan murah. Memang aku nak tolong tapi dengan keadaan aku yang juga ada masalah kewangan nie aku tidak mampu nak tolong. Secara tidak sengaja aku berjanji pada pakcik tuh yang esoknya aku akan cuba cari sumbangan dan serahkan padanya selepas asar di masjid USM. Malam tuh aku hanya boleh bagi sedikit sumbangan dan ditambah pula dengan sumbangan Zul. Lepas larh nak beli tiket bas tapi memang tak lepas nak belanja. Takpe, itu je yang termampu.

Esoknya, sejurus sahaja selepas asar, aku mengumpul sedikit sumbangan dari rakan-rakan dan terus pergi ke restu untuk meminjam motor kawan di sana. Zul tak dapat ikot jadi aku pergi seorang diri sebab aku yang berjanji nak tolong. Pergi pergi masjid, jenuh aku pusing satu masjid. Dalam masjid aku cari, luar kawasan masjid aku cari tak jumpa pon pakcik tuh. Dalam 10 minit lepas tuh aku pon terpaksa balik sebab dah janji nak makan dengan geng.

Dalam hati aku, ada jugak rasa kecewa sebab tak dapat nak bantu pakcik tuh. Aku terfikir, aku dah berjanji tapi pakcik tuh takde, jadi adakah janji aku itu dikotakan ?? Hmmm rasa bersalah dibuatnya. Benda dah jadi. Final lagi nak kena fikir. Tapi seriyez, sejak malam tuh aku asyik terfikir pasal pakcik tuh. Apa dah jadi kat pakcik tuh sekarang nie ?? Dah sampai KL ke ?? Hmmm i hope he just fine. Hanya mampu doakan kesejahteraan dan keselamatannya walau dimana pon dia berada.

Ingatlah, seteruk mana pon ujian yang Allah bagi kat kita, sedarlah yang ada lagi yang terima ujian yang lagi berat dari kita. Sesiapa yang kita jumpa di atas bumi nie pasti ada hikmah disebaliknya sama ada memberi kesan positif pada diri kita atau sebaliknya.

Nabi ada bersabda yang "Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan yang di atas adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta" 

Yakin yang kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. InshaAllah :D

 *Pesan untuk diri sendiri jugak



Sekian.
Asif jiddan wa assalamualaikum..