Sunday 13 April 2014

RWSJC

Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap makhluk yg bergelar manusia ingin berkahwin, berkeluarga, beranak-pinak utk meneruskan generasi. Sebelum kita lahir lagi Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, rezeki kita dan ajal maut kita. Tidak perlu kecewa jika kita masih lagi bujang. Jodoh pasti datang pada waktu dan masa yg tepat. Teruskan bersyukur atas segala nikmat yg telah diberikan oleh-Nya. Teruskan memperbaiki diri, iman dan taqwa. Kenali kelemahan diri yg ada, ubah jika perlu. Sekiranya kita mempersiapkan diri kita, pasti kita akan lebih berkeyakinan dlm mencari pasangan. Sekiranya kita sudah mempunyai calon, fikirkan dahulu ttg kemampuan kita. Sudah cukup ke ilmu, harta dan akhlak kita. Hal ini kerana hukum berkahwin ada 4 iaitu wajib, sunat, haram dan makruh.
1) Wajib kita berkahwin apabila kita sudah berkemampuan dan akan berlakunya perbuatan zina jika tidak berkahwin.
2) Sunat kita berkahwin apabila kita mampu walaupun kita masih mampu menahan diri dari perlakuan zina. Dalam kes ini, berkahwin itu afdal.
3) Haram pula utk kita berkahwin jika perkahwinan itu bertujuan utk menyakiti pasangan kita atau tidak mampu utk memberikan nafkah zahir dan batin.
4) Makruh kita berkahwin jika kita bimbang yg kita akan menyakiti pasangan kita dan mempunyai kelemahan fizikal.

Dah tahu kat mana kita ?? Kalau dah tahu, cepat-cepat bertindak ke langkah seterusnya. Hihi. Tapi malangnya hukum ini tidak lagi diberikan perhatian. Adat diutamakan. Buktinya, apabila seseorang lelaki itu sudah memenuhi syarat wajib berkahwin dan ingin berkahwin, hasratnya itu dihalang oleh orang tuanya atau orang tua pasangannya. Akibatnya pelbagai gejala sosial semakin berleluasa terutamanya zina. Sebab itulah penting bagi kita mempunyai ilmu agama yg baik dan mencari pasangan yg mempunyai keluarga berlatar belakangkan agama yg baik. Sudah tentu mereka akan faham akan hasrat kita seterusnya memberi sokongan yg diperlukan.

Tanggungjawab sebagai seorang anak harus dinitikberatkan terlebih dahulu sebelum kita mengambil keputusan utk berkahwin. Kebanyakan ibubapa yg tidak bersetuju anak mereka kahwin dlm usia muda ada alasannya. Mereka sebenarnya belum puas merasa kasih sayang anaknya, belum puas meluangkan masa dengan kita, belum puas berkongsi rezeki kita. Mana taknye, bila kita dah kerja je terus kumpul duit nak kahwin. Duit yg sepatutnya diberikan kpd mereka dikurangkan, masa yg diluangkankan bersama mereka juga dikurangkan. Lagi-lagi lepasan anak muda yg belajar di universiti.  Sejak dari sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti, masa yg diluangkan utk mereka sgt sikit. Bila habis belajar pula terus kerja dan berkahwin. Nampak tak betapa sikitnya masa kita bersama keluarga kita. Belum sempat mereka berkongsi kegembiraan atas kejayaan anaknya, anaknya sudah mencari kegembiraan mereka sendiri. Sebab itulah sesetengah ibubapa tidak mahu anak mereka berkahwin pada usia muda. Do remember that especially guy !!

Yg tadi tuh pengenalan je hihi. Ok skrg kita ke topik yg sebenar entri kali nie. Pengurusan wang sebelum dan selepas kahwin. Semua yg akan saya kongsikan kali nie hasil dri pembacaan saya dri buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Shamsuddin Kadir dan Ain Muhammad. Saya akan kongsikan yg saya rasa penting dan menarik utk dikongsi saja. Yang lain sila baca sendiri.

Buku nie byk menekankan persediaan sebelum berkahwin,penjimatan dlm berbelanja dan keberkatan dlm setiap perkara yg membawa kpd kebahagian rumah tangga. Satu perkara yg paling saya suka ialah penulis lebih menekankan fardu kifayah iaitu mengutamakan org Islam dlm perniagaan. Setiap urusniaga pastikan dibeli dari penjual muslim. Setiap barang yg dibeli pastikan halal dan selamat. Walaupun barang yg dibeli itu sekadar cekelat 10sen 2 biji, pastikan dibeli dari kedai org muslim. Ini bagi menaikkan  tahap ekonomi org Islam di Malaysia yg semakin jatuh dan dikawal oleh kaum dan agama lain. Selepas memgetahui hal ini, saya pon tersedar yg sememangnya penting utk kita sesama muslim membantu satu sama lain bagi menaikkan taraf kehidupan. Selama nie saya sendiri tidak terlalu kerap pergi ke kedai org muslim atas alasan servis yg tidak berkualiti dan barangan yg mahal. Alhamdulillah selepas membaca buku ini, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya tentang kepentingan fardu kifayah dlm perniagaan.

Pada fasa pertama buku ini iaitu fasa permulaan, penulis menerangkan ttg tujuan berkahwin, persediaan fizikal dan mental, ilmu berumah tangga dan sedikit kemungkinan yg bakal timbul apabila sudah mengambil keputusan utk berkahwin. Di mana tahap kesedaran kita dlm usaha ingin berumah tangga ? Sudah bersediakah kita dari segi mental dan fizikal ? Ke mana kita ingin bawa kehidupan berumah tangga itu nanti ? Semuanya diulas oleh penulis dgn cara yg mudah difahami.

Fasa kedua ialah fasa persediaan sebelum kahwin. Fasa ini menitikberatkan perancangan dan pembelanjaan yg diperlukan. Apa yg perlu dan apa yg tidak perlu daripada majlis akad nikah sampailah ke walimatulurus. Penulis memberikan tips yg sgt berguna dan sgt terperinci dlm menjana duit sebelum berkahwin dan cara melakukan penjimatan ke tahap maksimum. Saya sendiri terkejut dgn kaedah yg penulis kongsikan. Nampak macam tidak relevan tapi sgt berkesan dan byk hikmahnya. 'Raja sepanjang hayat' lebih penting drpda 'Raja sehari'. Oleh itu, pembelanjaan utk kenduri kahwin tidak perlu dibesarkan. Cukup sekadar memuaskan hati tetamu dan mendapat keredhaan-Nya. Elakkan daripada berhutang dgn mana-mana pihak.

Fasa ketiga ialah fasa kahwin. Fasa di mana semua perancangan telah disusun dan akan dilaksanakan. Proses yg bermula dari merisik, bertunang dan seterusnya bernikah. Setiap proses ini memerlukan belanja yg tertentu. Penulis byk memberi tips dan cara penjimatan dlm setiap pembelanjaan. Cincin tunang, cincin kahwin, mas kahwin, wang hantaran, majlis perkahwinan semuanya diterangkan secara terperinci bagaimana hendak berjimat dlm perbelanjaan ini. Kita sememangnya menginginkan rumah tangga yg halal dan bahagia tanpa hutang. Sekiranya pembelanjaan kita lebih dari kemampuan kita, sudah pasti kita akan meminjam daripada bank utk menampung pembelanjaan tersebut. Keadaan ini akan menyusahkan kita pada masa hadapan yg akan berhutang selama beberapa tahun malah ada yg sudah mempunyai anak tetapi masih lagi berhutang. Kita harus ingat bahawa kos sara hidup skrg semakin meningkat.  Tanpa ada perancangan kewangan yg rapi sejak dari sebelum kahwin sehingga larh sudah bergelar suami, kita mungkin akan menghadapi masalah di kemudian hari yg akan menyusahkan kita sekeluarga. Jadi, pengurusan kewangan sgt penting dlm rumah tangga terutamanya selepas kahwin.

Fasa yg terakhir ialah fasa selepas kahwin. Penulis membuka mata kita supaya sedar betapa pentingnya kita mengurus keluarga dari segi hubungan antara keluarga, ekonomi keluarga dan cara menyelesaikan konflik dlm keluarga. Penulis menggalakkan berbulan madu tempatan yg lebih bermanfaat dan lebih kekeluargaan. Bulan madu secara barat tidak menjanjikan kebahagiaan kecuali menjanjikan pembaziran. Jadikan setiap hari bersama pasangan kita itu bermakna sudah cukup membahagiakan pasangan drpda berbelanja utk berbulan madu. Pengurusan kewangan dlm rumah amat penting. Penulis mencadangkan sistem sampul surat dlm mengurus kewangan dan keperluan dlm rumah tangga. Yg tidak disangka-sangka ialah sistem sampul surat nie sudah saya praktikkan skrg. Mungkin anda yg sedang membaca ini juga sudah mempraktikkannya. Bagus, teruskan demi masa depan anda :) Perancangan sgt penting dlm berkeluarga, bukan saja merancang kewangan, bilangan anak pon harus dirancang. Ini bagi memastikan tahap ekonomi kita selaras dgn bilangan anak yg kita ada. Memang setiap anak itu ialah rezeki tetapi kita tetap perlu sedar akan keadaan semasa. Lebihkan usaha dlm mencari rezeki. Setelah ekonomi keluarga stabil, isteri sewajarnya berhenti bekerja dan menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa bagi memastikan anak dpt dididik dgn baik dan terkawal. Paling tidak pon membuat bisnes hanya dari dlm rumah. Tak pon buat nursery bagi ibu-ibu yg sangat fanatik dgn bayi hihi.

Kesimpulannya buku ini byk mengajar kita cara berjimat pada tahap maksimum dan pada masa yg sama dapat memastikan kebahagiaan dlm rumah tangga. Perancangan sgt penting dlm tiap-tiap sesuatu. Walau apa-apa pun, Allah sebaik-baik perancang. Jika keredhaan Allah yg kita cari, maka Allah akan permudahkan segala urusan. Yakin pada ini !! Oleh itu, jika anda sudah mula jatuh cinta, rancanglah masa depan anda terutamanya soal kewangan. Manusia bijak tidak akan pernah gagal merancang, walaupun perancangan mereka itu belum tentu berjaya. Kalau tak tahu macam mana nak rancang, meh beli buku nie. Kalo takde duit, meh pinjam kat teman hihi.

P/s : Buku ini dibaca sekadar menambah ilmu. Tak semestinya org yg dah ada calon je boleh baca buku ni. Kepada yg belum ada calon pon boleh baca. Ilmu tuh kan utk semua. Teringat satu ayat, " jika kita ingin diluaskan rezeki, luaskan ilmu kita ttg rezeki ". InshaAllah jodoh tuh dtg. Jodoh pon rezeki kan hehe.

Nie cover book bukunya :)

Moga bermanfaat.
Asif Jiddan wa Assalamualaikum.
10/4/2014