Fuhh. Sekarang dah masuk ke fasa ke 2 semester satu. Kelihatan semakin mencabar. Setiap minggu ada saja program yg dijalankan dan semuanya melibatkan diri ini. Dengan kerja dan assignment yg semakin menggunung lagi, pergghhhh mmg sibuk larh. Teringat satu petikan dari mana tah tak ingat. Ayat tuh cakap lebih kurang macam nie larh " Orang yg paling sibuk sekali ialah Rasulullah setelah Baginda menerima wahyu dan Baginda masih lagi sempat beribadat kpd-Nya " . Jadi, kita harus ingat yg walaupun sesibuk mana pon kita, sentiasa ada orang lebih sibuk drpd kita. Walau seberat mana pon ujian yg dihadapi kita, sentiasa ada orang yg lebih berat ujiannya drpd kita. Sebab apa ? Sebab lain orang lain kemampuan dia. Allah sendiri dah kata yg "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya ..." [al-baqarah:286]".
Entry kali ni sebenarnya nak sambung pengisian drpd Ustaz Najmuddin Elias tentang pohon iman. Yg mula-mula punya ada dlm entry bulan Oktober. Sekali lagi, ustaz mulakan majlis dgn Talaqi surah Yasin ayat 1-10.
Yg lepas punya ustaz terang sampai pohon iman yg ketiga je iaitu pangkal iman yg berpohon pada HATI, LIDAH dan KAKI. Jadi, sambungannye ialah pangkal iman yg berpohon pada TANGAN, MATA, PERUT dan JIWA.
Pangkal yg keempat berpohon pada TANGAN dan buahnya ialah
sedekah dan derma. *boleh paham kot hehe.
Pangkal kelima berpohon pada MATA dan
buahnya menjadikan air mata sebagai tauladan. Air mata keluar mesti ada sebab
kan ?? Antaranya sebab menguap macam bapak singa hehe, habuk masuk mata,
menangis kegembiraan dan menangis kesedihan. Agak agak menangis yg macam mana
yg boleh dijadikan tauladan ?? cer teka cer teka . Haaa mestilah kesedihan tapi
bukan sedih sebab putus cinta, sedih sebab memikirkan dosa-dosa kita yg lalu.
Saat air mata menitis kerana bertaubat. Tanya diri kita sendiri ,pernahkah kita
menangis keranaNya ?? Bila kali terakhir kita mengadu kepadaNya ?? *sebak ..
Pangkal keenam berpohon pada PERUT dan
buahnya makanan yg halal dan meninggalkan yg syubhat. Perut pon ada nilai iman.
Masa nie ustaz ada selitkan pasal perkahwinan heeee. Betapa mudahnya kita nak
dapat pahala jika kita sudah berkahwin.
- Seorang suami yg membelikan barang dapur
dan isteri menggunakannya utk memasak lalu memakannya, setiap suapan isterinya
itu dikira 1 PAHALA SEDEKAH dan mendapat 1 POHON DALAM SYURGA utk suami.
- Untuk seorang isteri pulak, sekali
sediakan makanan utk suami , isteri mendapat PAHALA HAJI & UMRAH.
Mudahkan nak tambah pahala kalau sudah
berpasangan. Apa lagi ,awak !! Jom kahwin !! haha just kiddin.
Bila dah masuk bab kahwin nie, ustaz pon
sambung pulak dgn 3 perkara yg lelaki tak suka. 3 perkara ini telah dikatakan
oleh Rasulullah saw sendiri *jgn lupa selawat. Tips ini khas utk para
wanita yg telah berkahwin atau yg ingin berkahwin. Hiksss
1) Jaga mata suami
= Pastikan keadaan di rumah sentiasa
bersih dan kemas
= Berpakaian cantik di rumah
2) Jaga pendengaran suami
= Boleh berleter tapi jangan sampai
melebihi batas
Kalau boleh suami nie nak dengar baik baik
je kat rumah, yer larh kan dah penat bekerja , kat rumah larh nak rehatkan
badan dan minda.
3) Jaga hidung suami
= Pastikan bau dalam rumah sentiasa
menyenangkan
= Bukan setakat bau dalam rumah, bau badan
isteri pon kena jaga *pakai wangi-wangi utk suami hihi
Ustaz pon ada selitkan jugak cara nak
pujuk isteri yg sedang merajuk hehe. Kadang-kadang suami nie taktaw pon apa
salah dia hari itu sampai si isteri nie merajuk secara tiba-tiba. Tapi tips nie
utk pasangan yg dah ada anak larh. Camnie cara dia, si suami tuh tanya anak dia
"Kenapa dengan ibu tuh ? Masam je muka ayah tengok." Kalau si anak
tuh tahu sebabnya ok larh , tapi kalau tak tahu pon takpe. Cakap balik kat anak
tuh "Ayah baru cadang nak bawa adik dgn ibu keluar jalan-jalan cuti nie
tapi memandangkan ibu macam tuh tak jadi lah nampak gayanya." Secara
automatik si anak tuh akan terus memujuk ibunya dan si ibu pon tak jadi merajuk
sebab si ayah nie nak bawa keluar cuti tuh kan walaupun sebenarnya si ayah tuh
tak pernah pon merancang nak keluar minggu tuh. Baru terpikir masa tuh
jugak. Nie larh taktiknya . Tapi kalau dah janji tuh kena larh tunaikan, baru
isteri sayang *eh eh.
Pangkal yg ketujuh berpohon pada jiwa yg
buahnya meninggalkan hawa nafsu dan syahwat. Kekuatan jiwa kita melambangkan
diri kita sebenarnya. Sejauh mana kita mampu mengawal diri kita, mendidik diri
kita. Bagaimana kita menyelesaikan sesuatu masalah , cara kita mengatasinya .
Semuanya bermula dari jiwa kita sendiri.
Kesimpulannya setiap anggota badan kita
semuanya ada nilai iman. Jadi, jagalah mereka rapat-rapat, ketat-ketat,
erat-erat dan sebaik-baiknya. Moga kita sama-sama menjadi orang yg beriman yg
mempunyai ketujuh-tujuh pohon tersebut . Ameen .
Moga bermanfaat . Asif . Assalamulaikum