Friday 27 December 2013

Sumber dosa

Bismillah. Assalamualaikum.

27 Disember 2013. Lagi 4 hari dah kena tukar kalendar. Umur semakin meningkat. Dah semakin dekat dengan kubur. 70 kali taw setiap hari kubur panggil kita. Jadi kalau tiba-tiba tersedak tuh bukan larh ada orang rindu atau orang sebut nama kita tapi kubur yang panggil kita *tersembur biskut marie. Itu kata-kata Uztaz Dusuki dalam ceramah Ilmu, Cinta dan Kehidupan. Nak masuk umur 21 dah. Kenang balik apa kamu dah buat selama kamu hidup 20 tahun nie. Banyak memori kan ?? Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang tak boleh dilupakan, ada yang senang dilupakan, macam-macam jenis orang kita jumpa, kenal, jatuh cinta *ehhhh hihi. Tuh semua dunia, untuk akhirat ada tingkatkan saham tak ?? *tampaq sedaihh.

Benda-benda yang kita tak nampak ganjarannya di depan mata memang susah kita nak buat. Pahala, dosa, syurga, neraka, malaikat, jin semua tuh kita tak nampak. Bila tak nampak, takde semangat, takde keghairahan dalam membuat ibadah, iman pon jadi lemah. Sebab tuh larh ada Rukun Iman. Kita kena percaya dan yakin akan setiap rukun tuh walaupun kita tak pernah nampak, tahu, kenal. Yakin yang semua tuh wujud. Macam mana nak yakin ?? Senang je, pi baca Quran dengan terjemahannya sekali.

Dosa memang kita tak nampak tapi sumber dia kita boleh nampak. Apa dia sumber tuh ? Haaa meh sini teman nak kongsi sikit. Nie sebenarnya perkongsian dari Ustaz Kazim Elias dalam ceramah beliau kat masjid kat rumah bulan puasa lepas. Ada share dulu dalam FB tp saja nak refresh balik. Sumber dosa kita sebenarnya berdasarkan sifat kita sendiri. Mungkin ada dalam diri kita tanpa kita sedari.

Pertama, sifat rububiyyah iaitu bersifat ketuhanan. Sifat ini hanya ada pada Allah dan Dialah yang boleh bersifat ini kerana Allah lah yang mencipta kita semua. Contoh sifat rububiyyah ialah angkuh, sombong, merasa hebat dan suka menghukum orang. Zaman sekarang ini ramai yang suka menghukum orang dan melabel seseorang itu sebagai ahli neraka apabila seseorang itu banyak melakukan dosa lagi lagi dosa besar. Pahala dosa syurga neraka semua Allah yang tentukan, bukan kita. Kita sendiri pon belum tentu lagi masuk syurga. Semestinya ini adalah sifat Allah. Sekiranya kita ada sifat ini, sudah tentu kita akan dimurkai Allah kerana berasa sama taraf denganNya.

Kedua, sifat syaitaniyah iaitu sifat syaitan yang diguna pakai oleh manusia. Sifat ini banyak menpengaruhi kita untuk berbuat maksiat dan kejahatan. Contoh yang paling ketara, kita lihat sahaja pemuda pemudi di luar sana yang semakin liar dan tidak menjaga pergaulan dan akhirnya terjebak dalam kancah kemaksiatan. Anak luar nikah semakin ramai dilahirkan dan mati dibuang. Saudara-saudara Islam kita di Syria, Palestin, Egypt, Mesir dll banyak dibunuh secara zalim. Sifat apa nie kalau bukan sifat syaitan. Semuanya menyumbang kepada kejahatan dan mengundang murka Allah. Jom doa untuk sahabat-sahabat kita di sana supaya diberikan kekuatan dan kemenangan oleh Allah. Ameen.

Ketiga, sifat bahimiyyah atau kehaiwanan. Haiwan itu binatang dan binatang itu haiwan *ehh macam ulang je haha. Haiwan takde akal, mereka hanya mengejar dua benda iaitu perut dan di bawah perut. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan kedua-dua tuh walaupun terpaksa bersaing dan mati. Jika kita sebagai manusia dah ikut perangai haiwan, sudah tentu seseorang itu akan menghalalkan segala cara demi mendapatkan sesuatu yang dikehendaki tanpa rasa malu.


Keempat, sifat sabu'iyyah atau haiwan buas. Kalau sifat macam haiwan dah macam seperti dinyatakan di atas, agak-agak macam mana plak haiwan buas. Memang lagi teruk larh kan. Perumpamaannya ialah raja rimba. Raja rimba ni ada kuasa dalam mengawal binatang lain dalam hutan. Segala kemahuan dan keinginan semua disediakan dan diberikan. Dalam konteks manusia, lelaki terutamanya yang sudah bergelar suami atau bapa. Sebagai ketua keluarga, kita ada kuasa dalam rumahtangga. Jika seorang ketua keluarga itu bersifat sabu'iyyah nie, sudah pasti dia akan sewenang-wenangnya mendera isteri, pukul anak, tak bagi nafkah, tak pon kahwin 4 senyap-senyap hihi. Pendek kata sifat ini memang macam binatang buas yang takleh nak dikawal. Segala perbuatannya takde siapa boleh halang.

Akhir sekali, diharapkan kita semua dijauhkan dari keempat-empat sifat di atas. Jika ada, cepat-cepat buangkannya dari kamus hidup dan bertaubat. Jika takde, moga dikekalkan hidayah itu dalam diri dan terus istiqomah dalam mencari redhaNya.



Sekian.
Asif jiddan wa Assalamualaikum.
Salam Sayyidul Ayyam :D

Monday 23 December 2013

BTP

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari tuh ada cakap nak bagi pengenalan kan pasal Biologist Tarbiyyah Project (BTP) nie. Meh nak cerita sikit. Ermm tapi sebenarnya taktaw nak mula dari mana. Ermm camnie larh, BTP nie merupakan satu organisasi di bawah pimpinan exco kerohanian BioSociety. Ini kali pertama projek sebegini dirancang dan ditubuhkan. Barisan kepimpinan sidang lepas pon ada usaha nak buat projek sebegini cuma kurang mendapat sokongan dan hanya sekadar cadangan. Jadi, sebenarnya kami cuma menyambung amanat dan tanggungjawab yang tergantung itu dan cuba memperbaiki apa yang kurang. Hasilnya, terbentuk lah BTP nie.

Daripada sekadar idea dan cadangan, kami memperkukuhkan BTP nie dengan carta organisasi yang lengkap beserta misi, visi dan objektif.

Carta organisasi :

Penasihat : Saudari Nurul Husna Omar
Pengarah projek : Saudara Aiman Naziri
Setiausaha : Saudara Syed Shazri
Bendahari : Saudari Anisa Samad

Ada lagi penggerak yang lain yang turut sama membantu kami. 

  • Saudari Aida Athirah
  • Saudari Adawiyah
  • Saudari Syahira Najaa
  • Saudari Liyana Amirah
  • Para-para nuqoba'
Sebenarnya, kami semua saling membantu antara satu sama lain. Jawatan ini hanya dalam kertas. Tapi tetap kena ada pemimpin jugak kan. Baru teratur. Yee dakk. 


Objektif :

  1. Mewujudkan persekitaran Islam dalam Pusat Pengajian Sains Kajihayat.
  2. Merapatkan jurang antara pelajar-pelajar biologi.
  3. Memperkenalkan usrah kepada pelajar biologi.

Visi : Melahirkan ahli biologi muslim sebenar

Misi : Melahirkan ahli biologi sebenar yang mempunyai akidah, ibadah dan akhlak yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang :

  1. Kerja amal
  2. Kem
  3. Rehlah + Hiking
  4. Riadah Jamaei
  5. Tadarrus + Khatam al-Quran
  6. Street dakwah
  7. Mega usrah

Ini hanya larh perancangan kami. Jadi tak jadi semuanya atas izinNya. Kami hanya merancang, Allah yang menentukan dan Dia-lah sebaik-baik perancang.

Nie poster pertama kami untuk menarik lebih ramai peserta menyertai BTP
Slogan kami : "The True Muslim Biologist Created"
Antara projek yang telah dijalankan dengan jayanya :

Tautan Ukhuwah Kubra 1.0

Soul Garden Project 1.0
Alhamdulillah. Kedua-dua projek telah dilangsungkan dengan jayanya. Peryertaan yang memuaskan memberikan semangat kepada kami untuk terus mengadakan projek yang seterusnya. Pengisian dan perkongsian yang diberikan harap dapat membuka minda dan menyedarkan jiwa tentang pentingnya agama dalam kehidupan seharian. InshaAllah aktiviti seterusnya akan dijalankan pada semester hadapan. 

Dalam BTP nie, aku dilantik menjadi naqib. Sungguh berat rasanya tanggungjawab tuh. Aku masih baru dalam usaha agama ini. Aku tidak menuntut di mana-mana sekolah agama. Tiada guru agama persendirian yang mengajarku ilmu agama setiap minggu. Aku hanya bergantung harap pada sekolah harian biasa. Bila buka cari kat internet apa ciri-ciri yang perlu ada pada seorang naqib. Nie antaranya :
  • Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama
  • Iman yang mendalam
  • Bersifat amanah
  • Keikhlasan yang tinggi
  • Beramal dengan ilmu
  • Sahsiah yang terpuji
  • Mengenal jiwa
  • Pergaulan yang baik
  • Menjauhi segala muhlikat (perkara yg haram atau meragukan)
  • Muhasabah dan mujahadah
Tertanya-tanya, ada ke semua benda nie dalam diri ini. Terasa diri sangat tidak layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai naqib ini. Walaupun secara berpasangan tetap rasa sangat kerdil di sisi mereka. Tapi kepercayaan yang diberikan sangat tinggi terhadap diriku. 

Ku yakinkan diri. Ku percaya, setiap orang ialah pendakwah, yang membezakan cara kita menyampaikan dakwah tersebut. Ada sebab aku dipilih untuk berdakwah dengan cara sebegini. Mungkin ini larh jalan yang terbaik untukku. Peluang untukku menjadi lebih baik. Lebih rapat denganNya. Lebih mengenali agamaNya. Lebih mengenali RasulNya. InshaAllah.




Fastabiqul Khairat !!
Sekian. Asif jiddan wa assalamualaikum.

Putera Rayyan

Bismillah. Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pada 18.12.2013 jam 9.51 malam lahir seorang cahaya mata bagi pasangan Abg Naim dan Kak Aien. Mabruk alaikum. Rasa macam baru lagi je aie jadi pengapit korang hari tuh. Tup tap tup tap dah dapat anak lelaki tuh. 3.8kg berat dia. Hmm agak berat. Dah jadi bapak saudara dah aku nie. Nie gambar dia.

Rayyan Hafiy Bin Mohd Naim
Sedap kan nama dia. Rayyan merupakan nama salah satu pintu syurga manakala Hafiy pula bermaksud yang memuliakan. Bila digabungkan menjadi yang memuliakan salah satu pintu syurga *memandai je aku nie haha. Sedap didengar, sedap disebut, makna pon baik. Moga akhlaknya juga seindah namanya. Moga diluaskan dan dimurahkan rezeki dengan lahirnya putera Rayyan nie. 

Kalau tengok nie agak-agak macam muka siapa ??

Rasanya mata n hidung ikot papanye.
Chubbynye ikot mamanye. Yee dakkk ?? hehe

Apa dia nak panggil aku nanti. Pak Long ? Pak Ngah ? Pak Lang ? Pak Teh ? Pak Su ? Ayah We ?  ... Mana yg sesuai agaknye yekk ? Excited plak kan haha

Pak Lang okey kot ? Ok tak awak ?? hihi tapi aku nie anak sulung, mana bole Pak Lang. Pak Long larh sesuai kan ? Argghhh nak pilih nama panggilan pon boleh dilema. 

Ok larh. Kena tanya ibu dulu mana yg sesuai. Mother's choice is always the best, right ?? 

Teringat satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Setiap anak yang dilahirkan itu umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi ... ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ini merupakan satu persoalan yang seharusnya dijawab oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Sebenarnya sebelum kahwin pon dah kena timbulkan persoalan nie dalam diri. Yee larh kan, sebelum dapat anak, kena cari umi nye dulu. Dah jumpa umi, baru boleh dapat anak. Nak didik anak, nak bentuk anak perlukan ilmu. Perlukan cara yang sebetulnya. Bukan main hentam je. Kalau tak anak pon jadi main hentam je. Nak dapat anak soleh kena solehkan diri dulu. Bangunkan diri dulu mengikut acuan agama. Bak kata pepatah bapak borek anak rintik. Apa yang kita buat, kita tunjukkan kat anak kita nanti pasti akan ditiru oleh anak kita. Jadi, walaupun masih bujang, dah kena mula solehkan diri sebab pembentukan anak soleh tuh bermula dari dalam diri setiap manusia yang ingin berkahwin.

Cakap nak bina generasi Ammar. Generasi Hassan al-Banna. Generasi Fateh. Generasi Abu Ayub al-Ansari. Takleh cakap kat mulut je. Kena larh usaha dari awal. *selfremindertoo

Betulkan niat. Betulkan wawasan. Betulkan perancangan. Betulkan diri. Betulkan iman. Betulkan amal.

InshaAllah :D

Sekian. Asif jiddan wa Assalamualaikum.

Monday 16 December 2013

Soal Hati

Bismillah. Assalamualaikum.

Hati !! Bila cakap pasal hati apa yang korang fikirkan ? Saiznya ? Bentuknya ? Warnanya ? Isinya ? Bukan semua tuh kan ? Mesti korang fikir pasal cinta dan perasaan. Yee dakk. Semua orang ada hati, semua orang ada perasaan. Semua orang nak ada pasangan hidup. Semua orang nak kahwin dan seterusnya nak masuk syurga lagi-lagi kalau masuk syurga dengan orang yang kita cintai.

Bermula dari hati, bermacam perkara boleh jadi. Bila hati dah berkenan kat seseorang, mula larh perasaan tuh timbul. Dah mula terbayang-bayang kat minda. Dah rasa terpaut. Dah rasa nak luah kat orang tuh tapi tak kesampaian pon. Memang setiap orang pon amat sukar baginya nak luahkan perasaan nie kat seseorang lagi-lagi kepada orang yang betul-betul dia suka. Bila dah plan nak luahkan, selalu je tak jadi. Tukar topik lain. Tapi bila dah luah, lagi susah nak jaga perasaan tuh. Yee, sangat-sangat susah nak jaga. Situasi kadang-kadang terlalu menekan. Galakan luar yang semakin kuat. Hati kadang-kadang mudah goyah. Semakin mencabar untuk menjaga perasaan tuh. Tapi sekuat mana pon cabaran tuh, menyesal tidak pernah terlintas di fikiran. Pilihan sudah dibuat. Yakin padaNya.

Cuma,
Satu yang ku harapkan.
Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap diriku.
Kerna diri ini takut.
Takut jika tidak dapat memenuhi harapan tersebut.
Takut akan melukai hati.
Tanggungjawab yang dipikul sangat berat.
Risau diri ini tidak mampu melaksanakannya dengan penuh amanah.
Situasi kadang-kadang membebankan diriku.
Membuatkan diri ini menjadi tertekan.
Terlalu banyak berfikir.
Terlalu banyak yang perlu dibuat.
Terlalu banyak yang perlu diselesaikan.
Aku menangis memohon padaNya.
Dengan harapan Dia mendengarnya.

Iman harus diasah menjadi benteng kepada nafsu. Bukan benteng plastik. Bukan kayu. Bukan juga batu. Bukan juga aluminium. Tapi benteng yang diperbuat daripada besi keluli, titanium. Yaa, benteng perlulah kukuh agar tidak mudah tergoda oleh hasutan syaitan. Menjadi penghalang daripada penyakit wahan. Penghalang dari mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling. Moga kekuatan itu hadir dalam membina dan mempertahankan benteng iman ini. Ameen.

KeredhaanNya yang kita cari. KeberkatanNya yang kita cari. Jadi, berusaha larh dalam usaha mencapai keredhaan dan keberkatan dariNya. InshaAllah urusan kita dipermudahkan.

Hati perlu kuat !! Starke !!
Yakin yang kalau niat kerana Allah, Allah akan bantu kita. Yakin !!!


Sekian.
Asif jiddan wa Assalamualaikum.
#np Afgan - Pesan Cinta




Saturday 14 December 2013

Redha & Ampun





Bismillah. Assalamualaikum.

Bila mana kita tidak ditarbiyyah untuk sekian lama, semangat akan kembali merudum. Jatuh. Lemah. Rebah. Molekul-molekul malas mula meresap dalam darah. Masa banyak diluangkan pada benda-benda yang tak berfaedah. *istighfar. Popppp terus Allah bagi nikmat lain iaitu nikmat sakit. Yaa, sakit jugak satu nikmat. Nikmat sebab itu satu bukti Allah sayangkan kita dan ingin hapuskan dosa-dosa kecil kita. Sakit kan kifarah dosa.. Alhamdulillah sekarang dah sihat. Terima kasih atas nasihat-nasihat dan doa-doa yang dikirimkan oleh insan-insan yang ku sayangi kerana Allah sekalian. Terima kasih ibu , terima kasih awak .. hihi

Hidayah !! Untuk mendapatkan hidayah dariNya memang susah tapi hendak mengekalkan hidayah yang ada tuh lagi bertambah-tambah susahnya. Sebab apa ?? Semakin kita berusaha untuk mencapai redhaNya, semakin besar ujian yang diberikan olehNya. Hidayah sangat penting kerana ianya merupakan petunjuk dari Allah dan seterusnya Allah akan menemani kita sampai tercapai hasrat kita akan sesuatu.

Renung balik. Sejauh manakah kita mampu menjaga dan mengekalkan hidayah tuh ?? Apa usaha kita untuk mengekalkan hidayah itu ? Selalukah kita berdoa kepadaNya agar dikekalkan hidayah itu ?? Betul ke ada hidayah tuh dalam diri kita ? *poomm poomm poomm ditembak bertalu-talu di hati kecilku ini...

Sumber kekuatan perlu diperbaharui. Cuba meletakkan Dia sebagai sumber kekuatan. Setiap orang, lain sumber kekuatannya. Cuba ambik sedikit masa, lihat cermin, pandang wajah anda, lihat dalam mata anda, selami minda anda, tanya diri anda. Apa sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup ini ? Apa usaha anda untuk mencapai keinginan tersebut ? Mampukah kita mencapai keinginan tersebut ? Apa pon yang kita lakukan, pastikan ada berkat mengiringi. Setinggi mana pon kejayaan kita jika tiada berkat, ianya tidak akan dipandang oleh Allah. Tetapi, kejayaan yang walaupun kecil yang ada keberkatan, pasti akan dipandang tinggi olehNya. Jadi, berusahalah untuk mendapat berkat dan keredhaan Allah dalam setiap perilaku kita dalam hidup ini. InshaAllah hidup kita akan lebih bahagia.


Semua orang pasti melakukan kesilapan tapi berapa orang yang memohon maaf sejurus sahaja kita melakukan dosa tuh. Diri ini sedang cuba membiasakan diri meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin akan sakit hati jika tersalah tutur kata dan gurau senda yang kasar. Maaf yerr. Kalau nak dihitung dosa kita, memang tak terkira kan, belum tambah lagi dosa yang kita buat tanpa sedar, dosa yang zaman dulu kala lagi. Dalam kalendar Islam, memang ada hari tertentu macam hari as-Syura yang menjanjikan kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan diampunkan segala dosanya setahun yang lalu. Tapi macam mana dengan dosa kita pada tahun-tahun yang sebelumnya ?? Haa sebab tuh larh kita kena sentiasa meminta keampunan dari Allah. Paling kurang pon 5 kali sehari, tuh pon dalam solat kita. Kalau tak solat macam mana ?? *tampaq sedaihh bagi sedaq sikit hihi. Nie ada doa tambahan yang dicadangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki dalam ceramah beliau semalam untuk memohon keampunan dariNya. Doa ini perlulah dihafal dan dibaca sejurus sahaja membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam. Moga sama-sama kita cuba mengamalkannya dalam setiap solat kita. 



Moga bermanfaat. 
Asif jiddan wa Assalamualaikum..


Thursday 12 December 2013

Knock knock !!



Bismillah wa assalamualaikum ..

Hmmm agak lama tidak menulis di sini. Hampir sebulan jugak larh. Sebenarnya banyak benda yang boleh dikongsikan tapi bila difikirkan balik. Bermanfaat ke perkara yang nak dikongsikan tuh pada orang lain ? Apa pengajarannya pada orang lain ? Tak nak larh saja-saja je kongsikan sesuatu yang tak berfaedah dan syok sendiri je kan .. Kena ada simbiosis antara kedua-dua belah pihak di mana kedua-duanya dapat manfaatnya.. yeee dak ?? hehe

Alhamdulillah kebanyakkan ujian, lab dan perbentangan dah buat. Kerja yang perlu difikirkan sekarang nie cuma perbentangan SHE 101 dan Lab Report Plant Kingdom dan Lab Report Plant Anatomy. Selepas tuh dah boleh fokus pada Final Exam. Huhhh tarik nafas dalam-dalam. May Allah ease everything. Ameen. Senior botani cakap purata 3 per 4 pelajar botani sem 1 nie dapat Dean List (DL) . So, hopefully me and my friends can maintain or improve to get DL too for this semester. Ameen. Don't worry. I'll pray for you guys too. :D

Nak share sikit larh tentang Field Trip kat Cameron Highland(CH) pada 6,7 & 8 Disember 2013 yang lepas. Kesimpulannya, field trip nie bukan macam field trip sangat pon. Lebih kepada percutian untuk budak-budak Botanist *perasan budak lagi hihi. Boleh dikatakan pengalaman yang tak boleh dilupakan jugak larh. Terima kasih pada pensyarah-pensyarah dan staf-staf yang turut sama bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat juga pergi ke CH nie walaupun sebelum nie kami dicadangkan untuk pergi ke tempat lain. Me and my majormate really appreciate it *macam larh lecture & staf nak baca blog nie kann haha. So, just wanna wish through DOA that may Allah bless you all. :D



Sejujurnya, memang lawatan nie buatkan diri nie semakin sayang akan "The Family of Botanist",
semakin berasa kerdil dengan ciptaanNya yang terlalu meluas
sedangkan diri ini masih lagi banyak perkara yang belum dipelajari dan terokai,
semakin bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya,
semakin menghargai dan mengenali rakan-rakan, sahabat-sahabat di sekelilingku,
ada sebab mereka ditakdirkan untuk mengenali diri ini,
sama ada menggembirakan kita atau membuatkan kita menjadi lebih kuat dan tabah dalam hidup ini.
Serius, hilang terus sakit kepala lepas pergi CH nie. hehe

Nak cerita pasal pengalaman kami kat sana macam panjang sangat ,jadi jenguk-jenguk larh album teman kat FB. Nak upload sini macam banyak sangat. So, let the pictures shows every moment we capture there. Look at the every face in the picture. Happy right ?? hehe Cuaca yang sejuk dan permandangan yang penuh kehijauan membuatkan hati menjadi tenang. Hampir terlupa yang masih banyak masalah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Huhhh...  May Allah give me strengh to face every of that. Ameen.



Nak share sikit jugak pasal projek "Soul Garden" yang dianjurkan oleh "Biologist Tarbiyyah Project (BTP)". Hmm macam takda pengenalan pulak pasal BTP nie. InshaAllah akan cuba perkenalkannya di lain masa. Projek Soul Garden ini diadakan di Taman Botani Pulau Pinang. Nak cerita setiap benda yang berlaku macam panjang pulak. Bagi tentatif pon dah cukup kot. Mana tahu boleh jadi panduan untuk orang lain. Nahhh ni dia .......

Tentatif program
7.30 a.m : Berkumpul di Pdg Kawad
8.00 a.m : Bertolak ke TB
8.30 a.m : Tiba ke TB
8.45 a.m : LDK 1 (Bacaan mathurat berjemaah + solat sunat dhuha berjemaah)
9.15 a.m : LDK 2 (ice breaking) Permainan kotak taaruf
10.15 a.m :LDK 3 (Explore Walk *Lapan checkpoint *kalau berlari kalah) hehehe
11.45 a.m : Resolusi Soul Garden oleh Sdr Ziyad Rafiqi
12.15 p.m : Makan tengahari
1.00 p.m : Bertolak pulang ke USM


Nampak macam ringkas je kan tapi sebenarnya banyak pengisiannya terutamanya masa aktiviti "Explore Walk". Setiap 'Stop Centre' (checkpoint) ada pengisiannya. Ada yang tentang ukhuwah, usrah, akhlak, akidah, sirah, tajwid dan hafalan. Ada jugak soalan-soalan yang diri ini sendiri tak boleh nak jawab. Astaghfirullahalazim sedih dengan diri sendiri. Dipilih menjadi penggerak tapi ..... hmmm .. It's never too late to change right ? Learn learn and learn until you die. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w ada kata yang kalau esok nak kiamat pon, kalau hari ini ada biji benih, tanam jugak. Jadi kat sini kita dapat lihat yang tiada istilah terlambat dalam hidup ini. Yeahh, i have to keep learning and learning. Wanna join me ?? Jommmm Fastabiqul khairat :D hehe

Dalam projek ini jugak 1st time dalam hidup mengetuai bacaan mathurat beramai-ramai. Sejujurnya memang diri ini sangat cuak dan 'nervous' kalau diberikan tanggungjawab lagi-lagi dalam kerja agama nie. Diri ini lebih suka untuk hanya mencurahkan idea dan buah fikiran dari mengambil sesuatu tugas. Memang perasaan nie semulajadi. Tapi, kalau nak jadi Dai'e, kena buat semua tuh kan ?? Masih banyak kekurangan.
Mungkin belum cukup tinggi pengharapan diri ini terhadap yg Maha Esa...
Mungkin diri ini masih belum cukup penghayatan dalam membuat kerja agama ini...
Masih belum menberikan sepenuh tenaga dan jiwa raga untuk kerja dakwah ini...
Mungkin terlalu memikirkan yang diri ini belum cukup layak menjadi sebahagian daripada mereka yang sudah lama berada di jalan dakwah ini...
Namun, disekelilingku ada sahabat-sahabat yang senantiasa memberikan semangat, keyakinan dan kepercayaan terhadap diriku ..
Alhamdulillah .. sangat bersyukur dapat sahabat macam korang :')
Jazakallah awak, awak, awak dan awak ...



Maklumbalas jugak banyak yang positif dan membina dan peserta sangat 'enjoy' dengan program ini walaupun dari kami yang menganjurkan program ini sendiri tidak begitu berpuas hati atas beberapa kesilapan atau kecuaian sepanjang program ini dijalankan. Sangat seronok sebenarnya menjadi penyebab orang lain gembira, lagi-lagi kalau seseorang tuh gembira dalam mencari keredhaanNya. Tersenyum sendiri dibuatnya .. hehe

Yeahhh , dah tahu cara nak cari gambar smart smart dari pak cik Google . Hanya perlu menambah perkataan 'tumblr' di belakang setiap perkara yang kita nak cari. Seterusnya jumpa larh gambar yang style style dan ada qoute yang awesome awesome. hehe Thankzzzzzz awakkkk .. Nah bunga sekuntum ..

Hiksss

Kesimpulannya di sini *eh sejak bila ada pengenalan dan isi nie ?? haha , jangan buang masa. Exam nak dekat dah. Jaga hati, jaga iman, jaga kesihatan . Hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan dengan manusia pon kena jaga. Kalau rasa lemah, letih, cepat-cepat muhasabah diri. Selemah mana pon kita, sesusah mana pon kita, sentiasa ada yang lebih susah dari kita. Cari sumber kekuatan kita !! Starke towards Jannah !!! :D

Moga bermanfaat . Asif jiddan wa Assamualaikum :D

#np Lenka - Knock Knock :)

Tuesday 19 November 2013

Pohon Iman 2

Bismillah . Assalamualaikum .

Fuhh. Sekarang dah masuk ke fasa ke 2 semester satu. Kelihatan semakin mencabar. Setiap minggu ada saja program yg dijalankan dan semuanya melibatkan diri ini. Dengan kerja dan assignment yg semakin menggunung lagi, pergghhhh mmg sibuk larh. Teringat satu petikan dari mana tah tak ingat. Ayat tuh cakap lebih kurang macam nie larh " Orang yg paling sibuk sekali ialah Rasulullah setelah Baginda menerima wahyu dan Baginda masih lagi sempat beribadat kpd-Nya " . Jadi, kita harus ingat yg walaupun sesibuk mana pon kita, sentiasa ada orang lebih sibuk drpd kita. Walau seberat mana pon ujian yg dihadapi kita, sentiasa ada orang yg lebih berat ujiannya drpd kita. Sebab apa ? Sebab lain orang lain kemampuan dia. Allah sendiri dah kata yg "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya ..." [al-baqarah:286]".

Entry kali ni sebenarnya nak sambung pengisian drpd Ustaz Najmuddin Elias tentang pohon iman. Yg mula-mula punya ada dlm entry bulan Oktober. Sekali lagi, ustaz mulakan majlis dgn Talaqi surah Yasin ayat 1-10.

Yg lepas punya ustaz terang sampai pohon iman yg ketiga je iaitu pangkal iman yg berpohon pada HATI, LIDAH dan KAKI. Jadi, sambungannye ialah pangkal iman yg berpohon pada TANGAN, MATA, PERUT dan JIWA. 

Pangkal yg keempat berpohon pada TANGAN dan buahnya ialah sedekah dan derma. *boleh paham kot hehe. 

Pangkal kelima berpohon pada MATA dan buahnya menjadikan air mata sebagai tauladan. Air mata keluar mesti ada sebab kan ?? Antaranya sebab menguap macam bapak singa hehe, habuk masuk mata, menangis kegembiraan dan menangis kesedihan. Agak agak menangis yg macam mana yg boleh dijadikan tauladan ?? cer teka cer teka . Haaa mestilah kesedihan tapi bukan sedih sebab putus cinta, sedih sebab memikirkan dosa-dosa kita yg lalu. Saat air mata menitis kerana bertaubat. Tanya diri kita sendiri ,pernahkah kita menangis keranaNya ?? Bila kali terakhir kita mengadu kepadaNya ?? *sebak ..

Pangkal keenam berpohon pada PERUT dan buahnya makanan yg halal dan meninggalkan yg syubhat. Perut pon ada nilai iman. Masa nie ustaz ada selitkan pasal perkahwinan heeee. Betapa mudahnya kita nak dapat pahala jika kita sudah berkahwin. 
- Seorang suami yg membelikan barang dapur dan isteri menggunakannya utk memasak lalu memakannya, setiap suapan isterinya itu dikira 1 PAHALA SEDEKAH dan mendapat 1 POHON DALAM SYURGA utk suami. 
- Untuk seorang isteri pulak, sekali sediakan makanan utk suami , isteri mendapat PAHALA HAJI & UMRAH. 
Mudahkan nak tambah pahala kalau sudah berpasangan. Apa lagi ,awak !! Jom kahwin !! haha just kiddin. 

Bila dah masuk bab kahwin nie, ustaz pon sambung pulak dgn 3 perkara yg lelaki tak suka. 3 perkara ini telah dikatakan oleh Rasulullah saw sendiri *jgn lupa selawat. Tips ini khas utk para wanita yg telah berkahwin atau yg ingin berkahwin. Hiksss

1) Jaga mata suami
= Pastikan keadaan di rumah sentiasa bersih dan kemas 
= Berpakaian cantik di rumah

2) Jaga pendengaran suami
= Boleh berleter tapi jangan sampai melebihi batas
Kalau boleh suami nie nak dengar baik baik je kat rumah, yer larh kan dah penat bekerja , kat rumah larh nak rehatkan badan dan minda.

3) Jaga hidung suami
= Pastikan bau dalam rumah sentiasa menyenangkan
= Bukan setakat bau dalam rumah, bau badan isteri pon kena jaga *pakai wangi-wangi utk suami hihi

Ustaz pon ada selitkan jugak cara nak pujuk isteri yg sedang merajuk hehe. Kadang-kadang suami nie taktaw pon apa salah dia hari itu sampai si isteri nie merajuk secara tiba-tiba. Tapi tips nie utk pasangan yg dah ada anak larh. Camnie cara dia, si suami tuh tanya anak dia "Kenapa dengan ibu tuh ? Masam je muka ayah tengok." Kalau si anak tuh tahu sebabnya ok larh , tapi kalau tak tahu pon takpe. Cakap balik kat anak tuh "Ayah baru cadang nak bawa adik dgn ibu keluar jalan-jalan cuti nie tapi memandangkan ibu macam tuh tak jadi lah nampak gayanya." Secara automatik si anak tuh akan terus memujuk ibunya dan si ibu pon tak jadi merajuk sebab si ayah nie nak bawa keluar cuti tuh kan walaupun sebenarnya si ayah tuh tak pernah pon merancang nak keluar minggu tuh. Baru terpikir masa tuh jugak. Nie larh taktiknya . Tapi kalau dah janji tuh kena larh tunaikan, baru isteri sayang *eh eh.

Pangkal yg ketujuh berpohon pada jiwa yg buahnya meninggalkan hawa nafsu dan syahwat. Kekuatan jiwa kita melambangkan diri kita sebenarnya. Sejauh mana kita mampu mengawal diri kita, mendidik diri kita. Bagaimana kita menyelesaikan sesuatu masalah , cara kita mengatasinya . Semuanya bermula dari jiwa kita sendiri. 

Kesimpulannya setiap anggota badan kita semuanya ada nilai iman. Jadi, jagalah mereka rapat-rapat, ketat-ketat, erat-erat dan sebaik-baiknya. Moga kita sama-sama menjadi orang yg beriman yg mempunyai ketujuh-tujuh pohon tersebut . Ameen . 

Moga bermanfaat . Asif . Assalamulaikum


Thursday 14 November 2013

Your Mercy ....

Raef’s cover of Maroon 5′s “Won’t Go Home Without You”

They warned him before but he wouldn’t listen
He left this world and had no chance to stay
The time that we spent… it seems so frozen…
But now it’s far too late you’ve passed away :(
Every night you cry yourself to sleep
Thinking: “Why does this happen to me?”
“Why does every moment have to be so hard?”
Hard to believe it !
Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy !
Through every test, I’ll never get over
My actions and my thoughts kept me awake
The weight of the things that remained unspoken
Built up so much it crushed me everyday
Every night you cry yourself to sleep
Thinking: “Why does this happen to me?”
“Why does every moment have to be so hard?”
Hard to believe it !
Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy !
Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy !
Of all the things I felt but never really shown
Perhaps the worst is that I ever let it go
I should have never let it go !
Down on my knees tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy !
It’s not over tonight,
Ya Rabbee (My Lord) one more chance to make it right!
I may not make it through the night
I won’t give up on Your mercy !
I won’t give up on Your mercy !
I won’t give up on Your mercy !
No, I won’t give up on Your mercy !

http://www.youtube.com/watch?v=xCkIz1D6p-8#t=179

Wednesday 30 October 2013

Twenty

Bismillah . Assalamualaikum .

Zikir dulu hehe . Subhanallah walhamdulillah wa Lailahaillallah Allahu Akbar. Alhamdulillah dah genap aku berumur 20 tahun tapi badan dan muka tak menunjukkan aku nie 20 tahun pon. Kan kan kan ?? hihi InshaAllah sedang mematangkan lagi pemikiran nie. Mematangkan lagi iman. Mematangkan lagi taqwa. Mematangkan lagi setiap langkah. Yeahh that is my mission hohoho.

Orang pertama wish macam selalu larh. Abang Maxis dan Kakak Celcom. Hadiah pon diorang bagi sekali. Abang Maxis bagi call free satu hari. Kakak Celcom bagi call n mesej free seminggu *utk no yg aktif je. Hadiah utk diri sendiri ?? haa nie dia.

1st time kot beli online. Delivery pon agak lambat. Takut pon ada kot kot kena tipu tapi Alhamdulillah barang  sampai dengan selamat n takde cacat celanya. Puas hati wooo. So,lepas nie boleh larh gunakan fungsi android dgn sepenuh dan sebaiknya :D.

Hadiah seterusnya ialah kejutan yang memang mendebarkan dari coursemate. Seharian takut fikir pasal apa larh diorang nak wat kat aku malam nie. Dalam kol 12.10 cemtu tetiba diorang nie serbu bilik aku. Torkojut den. Yang diorang bawak hanya lah snek yg cukup utk memaniskan mulut. Lepas habis makan tuh diorang pon suruh larh aku p basuh pinggan n cawan. Sedang aku khusyuk membasuh pinggan cawan ,dengan tak semene-menenya pommmm sebaldi air sabun dicurahkan right on my top of my head. Hmmm redha je larh kan. Takkan nak marah kot *macam boleh marah je aku nie haha. Nie larh 1st time dalam hidupku selama 20 tahun aku diprank #newrecord.  Dalam kol 1.15 camtuh kami proceed dgn on-the-spot-plan  iaitu makan burger kat Bukit Gedung *Ask Me Burger. Macam-macam jenis daging ada. Kasauwari , rusa, arnab, kambing, ayam semua ada. Harga berpatutan , sedap pon sedap, puas pon puas, kenyang pon kenyang. Memang berbaloi lah makan dekat sini.Nie larh hasilnya. Kami je yg ada kat situ. The last customer of the day gituhh.


Perkara yg paling menyentuh hati n terharu bagi diriku di ulang tahun hari kelahiran ini ialah IBU. Nie ayat ibu.

“ Selamat menyambut hari lahir yg ke 20 tahun. Ibu bersyukur pada Allah kerna melahirkan anak sebaik dan sesoleh kamu, yg sentiasa ada semasa ibu dlm kesusahan, kamu byk mengajar ibu dalam soal agama dan erti sabar. Hanya kamu harapan kami, ibu doakan impian dan cita-cita kamu akan jadi kenyataan, seorang Pensyarah .. Cikgu.. Jadilah anak yg boleh kami bangga dan harapkan, inshaAllah kalau panjang umur, ada anak yg boleh menjaga kami. 20 tahun yg lalu,10 jam ibu menahan sakit waktu melahirkan kamu. Tak sangka dah 20 tahun ianya berlalu, hilang rasa sakit dapat anak macam kamu.. “

:’) Menangis aku baca mesej nie. Aie sayang ibu ketat ketat :D



Terima kasih jugak pada awak , yer awak . Cantik sgt poster nie.  Rajin awak buat. Walaupun byk test minggu nie sempat jugak awak buat kan. Ingat nak wat cover photo je tapi obvious sgt plak. Entry awak pon sgt memberi makna pada saya. Hanya mampu tersenyum dan meng'Ameen'kan je :D

Terima kasih jugak pada Su *Seindah Suri bagi baju nie. Cantik sgt. Kain pon lembut. 

Tuh je hadiah utk hari nie. Eh ada lg ke org nak bagi hadiah esok. Mengharap je lebih haha. 

Kepada yg ucap selamat hari lahir, sanah helwah, happy birthday n seiring sejalan dgnnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sayang n kasih kpd diri ini hehe. InshaAllah segala kekurangan yg boleh diubah dlm diri ini, akan ku ubah sebaik mungkin. Ameen . 

#Najwa Latif - Sahabat
Asif jiddan wa Assalamualaikum

Monday 28 October 2013

Kadang-kadang ..

Bismillah. Assalamualaikum.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Aku masih lagi boleh menggerakkan setiap anggota tubuhku, masih boleh berbicara, masih boleh melihat, masih boleh menghirup udara segar USM bebas tembakau *ehh. Huh banyak benda yg terjadi kat aku semenjak duamenjak tigamenjak masuk sem 3 nie . Memang tak seperti yg dibayangkan pada awal sem dulu. Kerja berlungguk tertangguh. Tanggungjawab semakin mencabar. Sampaikan masa utk diri sendiri pon tak ada langsung. Tak ada masa nak main game, tak ada masa nak tengok movie. Tak ada masa nak menggatai kaco anak dara orang *ehh haha just kidding.  Tak ada masa nak tulis blog *nie pon byk kerja lain yg lagi penting nak kena buat tapiiii nak juga tulis blog (ayat gedik) haha.

Hmmm kadang-kadang aku mengeluh sendirian. Macam-macam persoalan timbul. Mampukah aku buat semua nie ? Mampukah aku memberikan sepenuh komitmen dlm setiap tanggungjawab yg telah diberikan ? Mampukah aku bertahan ? Hati kecilku menjawab. Ya , engkau mampu dgn adanya kawan-kawan yg sentiasa memberikan sokongan, galakan ,nasihat dan prihatin terhadap diri ini. Terima kasih awak, awak dan awak :D

Dalam kesibukan juga kadang-kadang aku terasa sangat sunyi. Mungkin aku banyak menyendirikan diri dan banyak terfikir dgn masalah yg ada. Innallaha ma’ana . Sesungguhnya Allah bersama kita. Mungkin aku belum mencapai tahap dimana aku bergantung harap kpd Allah lebih dari makhluk. Allah :’( Jiwa ini masih lagi dalam proses mentarbiyyahkan diri. Masih dalam proses menjadi individu muslim InshaAllah.

“La Hawla Wa La Quwwata illa Billah”
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah S.W.T"
(There is no power and strength except with Allah S.W.T)

Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwatailla billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit"

Semua perkara yg kita buat dlm dunia nie kalau Allah tak izinkan, tak akan berjaya. Nak klik pon guna kekuatan, nak taip pon guna kekuatan, nak sendawa pon guna kekuatan, nak kentot pon guna kekuatan, nak buat tu buat ini semuanya perlukan kekuatan. Inikan lagi proses mentarbiyyahkan diri, lagi banyak guna kekuatan hati, mental dan fizikal. 

Wahai hati, 
Andai engkau tertaut lagi pada cinta manusia,
Jangan engkau rapuh ditelan rasa bahagia.

Wahai iman,
Sinarkan cahayamu dalam kalbuku,
Bimbingku utk terus istiqomah.

Ya Allah,
Peliharalah hatiku,
Peliharalah imanku,
Peliharalah diriku dalam mencapai redhaMu.


Sekian.

Moga bermanfaat.
#np Opick-Rapuh

Asif Jiddan wa Assalamualaikum .

Friday 18 October 2013

Pohon iman

Bismillah . Assalamualaikum .

Kini aku berada di rumah , setelah lebih kurang sebulan tak balik rumah . Ipoh Penang mmg tak jauh mana , paling cepat pon sejam setengah dah boleh sampai tapi tuh larh . Kehidupan aku sebagai seorang pelajar tahun dua kini menjadi lebih sibuk dari yg dibayangkan.

Mental perlu lebih kental
Fizikal perlu lebih bertenaga
Jiwa perlu lebih bersemangat
Iman perlu lebih dikukuhkan
Nafsu perlu lebih dijinakkan

Aku bertolak dari USM dalam jam 10.20 pagi dgn menaiki kereta abg Shafrul. Bersama-sama kami ada seorang lagi pelajar USM iaitu Nazir. Dia merupakan senior di sekolah menengahku dulu. Di USM tuh cuma aku dan dia je yg berasal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Said. Wakil terunggul larh dikatakan hehe *buat gaya bangga. Sepanjang perjalanan mmg mataku kuyu je. Malam sebelumnya ada meeting pastu hari khamis mmg seharian ada kelas. Memang memenatkan. Tapi bila adanya kawan-kawan dan sahabat-sahabat yg selalu menyayangi dan mengingati diri ini, penat tuh tak rasa dah. Maniskan ukhuwah tuh lagi lagi kalau kita berkawan kerana Allah. Saaayang korang .

Sampai rumah jam 11.50 pagi. Sejam setengah je , laju kan. Biasalah orang muda bawa kereta. Pastu dok risau kena saman ke tak haha. Sendiri Mau Ingat larh hehe. Tak sempat nak rehat terus je pi amek adik kat sekolah. Lepas tuh terus siap-siap utk ke masjid. Balik terus buat rutin hari Jumaat *al-Kahfi :D.  Sejurus lepas solat Jumaat tdi ustaz tuh buat pengumuman yg malam tuh ada ceramah agama yg akan disampaikan oleh Ustaz Najmuddin *abg kpd Ustaz Kazim Elias. Last sekali dgr beliau ceramah masa khutbah raya aidilfitri lepas *menangis wooo hehe. Malam tuh dia ceramah berdasarkan buku beliau “Mutiara Perjalanan Hidup Insan”.  Beliau ada buat salinan buku tuh utk semua yg dtg malam tuh tapi malangnya aku tak dapat sebab salinannya tak banyak dan yg datang pon semua orang tua. Kena larh beralah kan. Lagi pon aku dah bawak pen dan kertas , so boleh terus catat je hehe. Tapi nasib baik ada pakcik yg sudi berkongsi buku tuh. Jazakallah pakcik :D.

Ustaz mulakan ceramah dia dgn Talaqi (Ustaz membaca, pelajar ikut) 10 ayat terawal surah Yasin. Ustaz ada bagi pesanan, setiap kali nak bermusafir baca ayat ke-9 surah Yasin nie. InshaAllah perjalanan kita selamat. Pastu baru Ustaz mulakan pengisiannya. Tajuk pertama soal Iman . Iman nie ada 7 dahan .
Setiap dahan ini pangkalnya :

Pangkal yg pertama berpohon pada HATI dan buahnya ialah kemahuan yg benar dan sihat.
Pangkal yg kedua berpohon pada LIDAH dan buahnya pada kata-kata yg benar dan jujur.
Pangkal yg ketiga berpohon pada KAKI dan buahnya ialah solat berjemaah.
Pangkal yg keempat berpohon pada TANGAN dan buahnya ialah sedekah dan derma.
Pangkal kelima berpohon pada MATA dan buahnya menjadikan air mata sebagai tauladan.
Pangkal keenam berpohon pada PERUT dan buahnya makanan yg halal dan meninggalkan yg shubahat.
Pangkal yg terakhir berpohon pada JIWA dan buahnya meninggalkan nafsu syahwat.  



Dalam ceramah , Ustaz hanya sempat huraikan 3 pangkal pertama. Lagi 4 pangkal aku salin dari buku.
Dalam huraiannya , Ustaz ada berikan satu doa yg diamalkan oleh Rasulullah saw yg berbunyi camnie .

“Allahumma janibni mungkarotil akhlaki wal aqmali wal ahwa’i wal adwa’i “

Maksudnya : “ Ya Allah  , jauhkan aku drpd keburukan akhlak, keburukan amal, keburukan nafsu dan jauhkan aku dari penyakit yg pelik-pelik”

InshaAllah akan ku hafal doa nie dan selitkkannya di setiap doa selepas solatku. Korang pon amalkan larh yek *senyum comel hehe. Lepas tuh Ustaz terus kepada tajuk penawar segala penyakit. InshaAllah amalan nie boleh sembuhkan semua jenis penyakit . Ini cara-caranya :

1) Pastikan anda berwuduk
 2) Pakaian mestilah bersih dan menutup aurat
 3)  Sediakan air . Air yg paling mujarab ialah air hujan yg ditadah pada malam Jumaat . Jika tiada , boleh juga menggunakan air yg sudah dimasak, air mineral, air telaga atau apa-apa air yg bersih dan suci dan tidak tercemar.
 4) Mengadap kiblat
 5) Bacaan al-Fatihah
 6) Selawat Syifa
 7) Hembus pada air
 8) Selawat 3 kali
 9) Sapu pada anggota yg sakit. Sebaiknya disapu arah berlawanan dgn bulu roma supaya air lebih mudah meresap dalam kulit.

InshaAllah sakit-sakit atau penyakit yg ada boleh sembuh. Kalau tak sembuh tuh jgn salahkan sesiapa , mungkin Allah nak uji kita lagi. Tak pon byk sgt dosa tuh hihi *jgn terasa plak.
Esoknya ada lagi satu ceramah yg membincangkan hadis-hadis yg berkaitan Hari Raya Korban. Mungkin akan dikongsikan utk entry seterusnya inshaAllah.
Sekian saja dari saya , moga bermanfaat . 
Asif jiddan wa assalamualaikum .

Sabtu, 12 Oktober 2013


Saturday 21 September 2013

Nikah Khitbah !!

Waaaa tajuk macam best je . Bab kahwin memang semua orang suka yee dakk hehe . Sebenarnya ini adalah perkara yg akan saya bentangkan utk ujian lisan bagi kursus LKM 400 (Bahasa Melayu). Saya , Ezzudin , Qasimie , Azriani dan Atheeqah telah ditakdirkan utk menjadi satu kumpulan utk berbincang ttg perbentangan lisan yg akan dtg .

Tajuk yg kami pilih adalah "Kahwin Muda" khususnya dari golongan pelajar . Berdasarkan tajuk , setiap seorang drpd kami diberikan topik kecil masing-masing iaitu pendapat , faktor-faktor , permasalahan , kebaikan dan solusi . Semua dah chupp awal-awal nak yg mana dan tinggal larh bahagian solusi utk saya . Apa nak buat , redho je larh .

Dalam perbincangan , solusi yg dicadangkan ialah NIKAH KHITBAH . Ada yg tak pernah dgr ,ada yg dah dengar dan ada yg dah berniat *ehhhhh haha . Jadi , saya mengambil keputusan utk menerangkan apa langkah-langkah yg harus diambil dan apa itu nikah khitbah .

Bismillah .

Nikah khitbah ataupun dlm bahasa mudah, nikah gantung nie sebenarnya

sama je macam nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yg

ada 5 rukunnya iaitu :

# Suami
# Isteri
# Wali
# Saksi
# Akad [ Ijab Qabul ]

Yang membezakannya ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dlm tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan . Contoh :

# Masih menuntut di kolej atau universiti
# Tidak berkemampuan menyewa rumah
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Faham tak ?? Kalau tak faham jugak ketuk kepala dgn straw sekarang hihi . Kiranya buat tempoh tertentu , pasangan itu tinggal berasingan atas persetujuan bersama kedua-dua pihak sehinggalah mereka merasakan betul-betul bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yg sebenar .

Sebenarnya Nikah Khitbah nie pernah dilakukan dlm masyarakat Arab . Masa majlis bertunang , ia dilangsungkan sekali dgn majlis akad nikah tetapi mempelai tidak tinggal serumah sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan . Boleh jadi tempoh dia bertahun-tahun jugak larh .Menurut hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ,

"Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun ". 

Hadis ini menjadi dalil yg membuktikan selepas akad nikah , bukan menjadi kewajipan bagi mempelai utk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak utk beberapa tempoh yg dipersetujui .

Nafkah zahir mcm mana pulak ?? Nafkah batin ?? Haaa nie jawabnye .
Menurut pandangan Jumhur Ulama' , nafkah zahir wajib apabila isteri menyerahkan diri kpd suami iaitu berpindah ke rumah suami , boleh melakukan istimta' *search google kalau tak tahu , jima' , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Kesimpulannya , bebanan nafkah itu tak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Boleh ke nak keluar dating ? Makan bersama ? Study bersama ? Dan kalau terlanjur macam mana ? Hamil pulak tuh ?

Eh eh , over nampak hehe . Jawapannye TIDAK SALAH dan TIDAK HARAM . Dah lafaz akad nikah kottt . Dah sah suami isteri . Kalau hamil sekalipun anak tuh anak yg sah nasab . Jangan panik tapi sambutlah kedatangan bayi tuh dgn penuh bangga dan bermaruah *cekak pinggang , tengok atas n cakap "aku ado , mu ado ko ?" haha .

Nampak tak betapa indahnya Islam nie . Kalau nak buat benda baik ada je jalannya . Nak tak nak je . Perkahwinan mmg digalakkan dlm Islam . Jadi , kenapa tak permudahkan je  prosesnya . Barulah generasi muda negara kita nie tak liar dan terlalu ikutkan nafsu seterusnya terjebak dlm kancah seks bebas .

Why not goverment :

# Memberi peruntukan kpd pasangan muda yg nak berkahwin
# Memberi insentif sbg galakan berkahwin
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
# Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yg menjimatkan
# Mendidik masyarakat dgn budaya sederhana dlm majlis perkahwinan
# Merendahkan hantaran perkahwinan

Kan bagus kalau pihak berwajib buat macam nie . Mesti ramai anak-anak muda kita sokong yee dakkk .

Islam adalah agama yg penuh dgn rahmat dan barakah . Ia diutuskan oleh Allah swt bukan utk menghalang atau menidakkan keperluan manusia sebaliknya Islam dtg utk membetulkan dan memandu manusia agar melunaskan keinginannya secara betul , benar dan baik .

* Hari nie rekod utk kali ke-3 dlm hidup , hidung berdarah . Mungkin terlalu letih atau terlalu panas atau tak cukup tidur sepanjang 2 minggu di USM nie.
* Sangat berharap duit JPA masuk sebelum convex habis . Ameen
* Semoga urusan ibu berjalan lancar . Miss n luv u mom
* Doakan sekali yek , terima kasih :D

Asif jiddan wa assalamulaikum :D

Tuesday 10 September 2013

A new beginning !!

Bismillah . Assalamualaikum .
New semester , new room , new roomate , new courses , new lecturer , new responsibility , new project , new plan , new timetable and more important new student* junior and new target haha . I am sophomore now hehe . Nie first time aku dgr word "sophomore" . Allister larh guna word nie tukar nama group kpd "We Are Biologist ( USM Sophomore Year Pure Biology Students 2013/2014 )" . Lepas tgk word nie terus tanya encik Google , encik Google pulak tanya encik Wikipedia , encik wikipedia jawab

" Sophomore is a term particularly used in US English to describe a student in the second year of study at high school or university " . 

Haaa nie larh maksud dia , terima kasih encik berdua sekalian . Yeah , aku dah masuk tahun kedua di USM . Dah jadi senior tapi muka still macam bebudak lagi kan ? Kalau tak percaya bole bandingkan muka teman yg skrg dgn muka dlm IC time darjah 6 dulu , masih sama taw . hehe Takpe , muka atau umur bukan pengukur kematangan seseorang . Ilmu di dada dan pengalaman lg penting kan .

Alhamdulillah , setakat nie kelas semua ok , lecturer pon ok . Satu pesanan dri lecturer Dr Asyraf Mansor yg aku ingat . "Dah masuk second year nie test or kuiz bukan yg soalan yg senang dah , bukan yg ada jawapan dlm nota , soalan semua yg kena yg memerlukan pemikiran kritis ( critical thinking) ." Perghh after this i'm gonna be a critical thinker . Masa sem 1 dulu pon ada ikut BHEPP buat kursus pasal pemikiran kritis nie tapi tak nampak sgt kesannya pada diri nie . Takpe takpe , boleh polish lagi skill nie inshaAllah . Projek pon dah ada . Kena cari sehelai daun dan describe pasal daun tuh . Minggu depan dia nak tgk . Huhhhh

Jadual pon dah pack . BioSoc punya meeting malam nie , esok meeting usrah , lusa dan jumaat interview utk junior yg nak join BioSoc , sabtu Dry Run kat Taman Negara , Ahad ada Bengkel Asas Kesedaran Alam Sekitar kat Taiping , isnin ada orang ajak dating *meeting , selasa dah start jualan utk minggu convex . Hujung minggu depan plak Tropical Nature Camp . Pergghh mmg sgt sibuk larh permulaan sem 3 nie . Moga-moga semua urusan berjalan dgn lancar . Innama'al usriyusraa . Ameen .

Yang paling sedih, duit JPA tak masuk lagi . Nie mmg sgt mengganggu pemikiran den . Awal-awal sem nie mmg pokai larh aku . Orang selalu ingat budak dpt JPA nie boleh dikatakan takda masalah larh pasal duit tapi korang salah . Duit JPA selalu masuk lambat tak macam duit PTPTN dah dpt sebelum sem baru bermula . Plus , duit JPA aku sem 2 harituh dah habis sbb bayar hutang PTPTN . Dgn yuran pastu duit makan lagi . Mmg pokai larh aku awal sem nie . Siap sedia yek sepupu kesayanganku , kalau ada mesej tuh paham-paham je larh yek hehe .

For sure , i have to get through all of this with full of patience and spirit . This is the new beginning for me to become a better person inshaAllah . Pray for me keyh .


Asif jiddan wa assalamualaikum .

Monday 9 September 2013

Bila Allah Menduga Kita

Bismillah . Assalamualaikum .

4 September 2012 , ketika sedang asyik berlatih utk pertandingan sorakan antara desasiswa , aku mendapat tahu bahawa atok ku telah dimasukkan ke hospital akibat strok dan tidak sedarkan diri . Rebah . Aku nak balik ! Aku nak balik ! Aku nak jumpa tok ! Itu saja yg bermain di fikiranku . Malam itu menjadi malam yg tidak tenteram bagiku . Pelbagai persoalan bermain di minda ku . Apa keadaan tok sekarang ? Apa perkembangannya ? Dah sedarkan diri ke ? Boleh ke aku balik ? Kalau aku balik macam mana  pula dgn minggu orientasi nie ? Dgn siapa nak mintak izin nak balik ? Siapa nak hantar aku balik ? Kebetulan pakcik saudaraku juga ingin pulang ke ipoh keesokan harinya . Jadi ,aku pon ikot .

5 September 2012 ,aku tiba di perkarangan rumah kira-kira jam 12.30 dan terus dibawa ke hospital oleh sepupuku . Setibanya di hospital , aku diberitahu bahawa atokku sudah tiada harapan lagi dan hanya bergantung kpd alat bantuan pernafasan utk hidup . Sebak . Lantas aku membacakan surah yasin utknya . Beberapa minit selepas habis membaca surah yasin, denyutan jantung dan nadinya semakin lemah . Kami sekeluarga mulai risau . Seorang demi seorang membacakan dua kalimah syahadah di telinganya .

 Tepat jam 1.50pm , atokku pergi meninggalkan kami semua . Innalillahi wainnalillahi roji'un . Air mata mula mengalir dgn derasnya . Aku mengucup pipi dan dahinya . Alhamdulillah ,dlm sedihku aku bersyukur kerana arwah pergi dlm keadaan yg tenang dan mudah . Urusan mandikan jenazah diuruskan oleh anak bongsu arwah yg bekerja di hospital ini . Kami yg lain menunggu jenazah di rumah utk disembahyangkan .

Setibanya van jenazah di rumah , aku mengangkat keranda arwah bersama saudara yg lain ke dlm rumah . Keesakan tangisanku bertambah berlagu apabila aku melihat wajah arwah yg begitu pucat dan mulutnya yg senget . Ketika solat jenazah aku masih lagi tak dpt menahan perasaanku . Urusan pengkebumian akan diuruskan selepas asar di tempat perkuburan di mana tempat perkuburan arwah nenek .Malangnya aku dan beberapa orang sepupu tidak sempat melihat arwah dikebumikan kerana kereta yg kami naiki rosak sebelum sampai ke tempat perkuburan . Bila kami sampai , kami hanya mengaminkan doa . Aku bersyukur dan gembira apabila diberitahu yg arwah tersenyum ketika berada di liang lahad sebelum dikebumikan .
Alhamdulillah .

Perjalanan pulangku dan sepupu bertambah malang apabila kereta yg kami naiki itu rosak kembali dan kami terpaksa menolak kereta itu hingga ke rumah . Dah larh pakai baju melayu , kena tolak pulak kereta hampir 3 kilometer . Dah sampai rumah baru perasan telefon bimbit aku hilang . Aku syak mesti sebab terjatuh semasa menolak kereta . Hampir 1 jam aku mencari rupa-rupanya sepupu aku dah jumpa tapi sengaja sorokkan drpd aku . Hampeh betul . Penat je aku ke hulur ke hilir dgn motor cari sepanjang jalan . Di hari yg sayu nie pon masih lagi sempat bergurau . That's why i really love my cousin  where they can cheer me when i'm sad . Selepas hari itu , setiap kali aku solat , air mata ku akan mengalir mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana . Setiap malam aku mengenangkan arwah . Semakin lama rasa sedih itu berkurang. Let bygone be bygone . Just take the lessons and keep praying for the best for him .

Sepanjang hidupku , ini larh dugaan hidup aku yg paling terasa dan juga pengalaman pertama aku terasa kehilangan seorang yg betul-betul aku sayangi . Semuanya berlaku dlm satu hari sahaja . Kadang-kadang diri nie bagaikan tak percaya yg arwah yg nampak sihat dan kuat , tiba-tiba jadi macam nie . Takdir . Ya , semuanya telah ditentukan Allah . Tidak cepat atau lambat sesaat jika kita ditakdirkan berjumpa dgn-Nya dan Dialah sebaik-baik perancang .

Tok , aie betul-betul rindukan tok . Moga tok bahagia di sana . Kami di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan tok di sana . Al-Fatihah . Genap setahun hari ini arwah meninggalkan kami semua . Kami disini menghadiahkan bacaan yasin utk arwah dan juga sempena adik tunggalku , Sharifah Shazleen yg akan menduduki UPSR pada minggu hadapan dan adik-adik saudaraku yg akan menduduki PMR dan SPM . Semoga segala urusan dipermudah dan diberikan ketenangan dan kefahaman ketika menjawab soalan . Ameen .
Gambar terakhir arwah

" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kpd orang-orang yg sabar. Orang-orang yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'un." Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. " [al-Baqarah : 155-157]

Allah sendiri dah janji akan berikan ujian pada hamba-hambaNya . Jadi , kita kena larh anggap masalah nie macam kawan karib kita yg selalu ada dgn kita . Dari saat kita lahir sampailah saat akhir nyawa kita . Masalah hanya akan berpisah dgn kita bila kita ada di syurga tapi persoalannya adakah kita nie layak masuk syurga ?? Hmm muhasabah diri .. Kadang-kadang diri nie ada jugak terfikir ada tak orang lain yg ada masalah yg sama dgn kita ? Mungkin puncanya sama tapi jalan utk menempuh dugaan tuh berbeza yee dakk . Yee larh kan , setiap orang ada pegangan dan prinsip hidup tersendiri . Takdir hidup kita pon berbeza tapi yg pasti semua orang pernah menghadapi dugaan hidup .

Aku , lelaki , belasan tahun *belum 20 lagi yek, anak sulung , harapan keluarga *dan keluarga akan datang hehe , pelajar sekolah , pelajar matrikulasi , pelajar yg memegang segulung ijazah inshaAllah 2 tahun lagi , masih lagi berasa diri ini tak cukup kuat lagi dlm menghadapi dugaan hidup .
Masih lagi terkapai-kapai bila ujian datang melanda .
Masih lagi mengharapkan orang lain dpt menyelesaikan masalah diri sendiri .
Masih lagi ingin lari dari masalah .
Masih lagi belum dpt berfikir seluruhnya secara matang .
Masih lagi mudah hanyut dgn arus dunia .
Masih lagi belum layak menjadi sahabat .
Masih lagi berharap semua benda menjadi mudah .
Masih lagi tidak memberi sepenuh komitmen dlm sesuatu perkara .
Masih lagi banyak kekurangan yg belum diperbaiki .
Banyakkan masih lagi .. Selagi tak diperbaiki selagi tuwh larh diri menjadi lemah dlm menghadapi ujian hidup . Setiap ujian akan menjadi semakin berat bebanannya . So , do not pray for easy lives , pray to be stronger.
Seperti yg dinyatakan dlm firman Allah SWT di atas ,kunci kpd segala kesusahan dlm hidup kita hanyalah SABAR !!! Korang pon tahukan apa pentingnya sabar , apa kesannya pada kita , apa kebaikannya . Tapi... sabar pon ada hadnya yee dakk . Kita tahu ke had kesabaran kita ? Macam mana nak ukur had kesabaran kita ? Camnie caranya , kita tengok sejauh mana kemampuan kita dalam menanggung suatu beban dugaan dan kesusahan . Itulah had kesabaran kita .

Firman Allah SWT ada menyatakan ,"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya...." [al-Baqarah : 286] .

 So, don't worry too much . Just believe that every problem that we faced in our life is still in our patience limit . Just keep patience and believe ..... Sabar sabar sabar pon tak guna jugak kalau kita sabar tapi takda daya saing , lemah dan cepat mengalah . Nie yg selalu terjadi kat diri ini *korang jugak kot , bila kita dah buntu , kita sabar dan harapkan suatu perkara tuh lama kelamaan akan pulih macam biasa .

Kita salah sebenarnya ,orang yg sabar tuh bukan orang yg bersifat pasif . Bukan yg selalu mengalah pada keadaan . Orang yg sabar ialah orang yg memiliki kekuatan utk kembalikan keadaan yg lemah menjadi kekuatan utk mendorong kita terus berusaha mengeluarkan diri dari suatu musibah . Moga-moga kita tergolong dari golongan orang yg sentiasa sabar dan sebenar-benar sabar . Ameen :D

Asif jiddan wa assalamualaikum .

Khamis , 5 September 2013

Wednesday 28 August 2013

Catering !!

" Syed , 18 Ogos nie free tak ? "
" Free , kenapa adhwa ? "
" Ada catering , nak join tak ? "
" Oh yeke , bole je . Aku book tarikh tuh . "

Lebih kurang camtulah aku dpt info tentang kerja catering nie . Last sekali aku join catering nie rase-rasenye masa form 5 tapi adhwa cakap masa form 3 dulu . Sape yg betol nie ?? Takpe takpe kita ikot cakap adhwa hehe . Mesti korang tertanya-tanya sape adhwa nie kan . Adhwa nie kawan baik aku time sekolah menengah dulu . Dari form 1 sampai larh form 5 , kami tetap satu kelas , sama-sama jadi pengawas pusat sumber , sama-sama pakai songkok kat sekolah , sama-sama berlumba sape dapat ranking teratas bila exam *selalu adhwa yg menang tapi sekarang aku habis degree dulu hehe . Dia belajar kat UIA dan baru je sambung degree kat sana lepas habis asasi . Lepas nie kita lumba plak sape kawin dulu . Amacam adhwa ?? hahahahaha just kidding . Kalau nak kenal dia bole larh jenguk jenguk blog dia nie adwa . Eh eh promote kawan plak . Ok ok back to business . Masa raya ketiga lepas, geng sekolah ada ajak  gi beraye . Rasenye masa nie larh adhwa bagi tahu aku pasal catering nie ke sebelum tuh lagi ?? Ish ish ish cepat betul aku lupe .. Raya ketiga jugak larh hujan lebat turun bersama ribut petir sampai atap rumah tok pon tercabut dan melambung . Nasib baik larh ketua kampung seorang yg betul-betul jaga kebajikan orang kampung . Esoknye jugak atap nie diganti . Alhamdulillah .

Bila tiba hari yg ditunggu-tunggu *mcm nk keluar result plak , lepas solat subuh rasa segar je . Tak macam selalu . Selalu lepas subuh tuh mesti banyak je setan dok bertenggek atas mata nie suruh tido balik . Aku rasa mmg diriku camnie , kalau ada sesuatu kerja atau benda yg penting pada hari tuh , mmg aku akan rasa excited dan tak sabar-sabar nak wat kerja tuh . Kalau larh setiap hari kat u ada perasaan camnie kan best , mesti setiap hari segar je nak gi kelas . InshaAllah akan ku cuba terapkan perasaan tuh bermula sem depan . Ameen . Lepas mandi siap semua ayah pon hantar aku ke rumah adhwa.

" Mane yg lain, adhwa ?"
"Ramai yg tak dapat join hari ni . Semua ada hal plak ."
"Bpe org je yg ada hari nie ? "
"Tak ramai pon , mungkin dalam 5 ,6 orang je "
" Eh , cukup ke nak serve utk 800 orang camnie ? "
" Tak tawu larh , takpe , pak ngah pon ada cari org jugak . "
" Nie kita tunggu sape nie ? " sambil mengeluarkan 2 keping cekelat kitkat dari poket .
" Nazrin , kenal tak ? Dia budak sekolah kita dulu tapi dia berhenti sekolah masa form 3 . Dia keje sekali dgn aku kat kedai makan . "
" Ermm tak ingat plak , maybe lepas jumpa dia karang aku bole cam kot . "

Tunggu punya tunggu punya tunggu tak sampai lagi si nazrin nie padahal bukan jauh mana pon rumah adhwa dengan rumah dia . Takpe , sabar kan sebahagian daripada iman *bukan separuh . Last-last aku pon pegi ke rumah pak mat utk memulakan kerja . Tak lama lepas tuh baru si nazrin nie sampai . Rupa-rupanye aku kenal si nazrin nie . Dulu family dia berniaga kat kedai seberang rumah aku . Haa lupe nak bagi tawu . Nama catering nie Pak Mat Catering . Sebelum memulakan kerja , kami akan bersarapan terlebih dahulu . Ini salah satu sebab aku suka bercatering dgn diorang sbb makanan disediakan hehe . Lepas sarapan tuh barulah kerja sebenar bermula . Lori dibawa masuk ke perkarangan rumah . Pinggan mangkuk gelas nasi lauk-pauk semua barang-barang yg diperlukan diangkat naik ke atas lori . Semua tuh berat wooo .  3 kali jugak larh lori ulang-alik angkut barang ke tempat kenduri dan ketiga-tiga kali tuh larh aku yg dipertanggungjawabkan utk mengangkat dan membawa turun barang . Tempat kenduri tuh pon dekat je dgn rumah aku . Kalau naik moto tak sampai seminit pon dah sampai *nampak tak betapa dekatnye kenduri tuh dgn rumah aku . Agak letih larh sebub orang kan ada 5 orang je . Pak ngah punya anak buah pon tak datang so dia tanya kitaorang sape ada kawan yg boleh tolong . Semua cakap takde tapi aku teringat 2 orang sepupu aku kat rumah . Aku pon call diorang suruh siap cepat . Dalam 15 minit lepas tuh aku pinjam motor adhwa utk balik rumah ambik diorang . Bila aku balik semula ke tapak kenduri , pak ngah pon ada bawak 2 orang . So, sekarang dah ada 9 orang . Cukup larh nak layan 800 orang .

Tema kenduri nie warna hijau *warna feberet den nie hehe . Pengantinnye plak nampak serasi bagai pinang dibelah dua . Pengantin lelaki muka dia dah macam Safee Sali  *pemain bolasepak Malaysia . Pengantin perempuan plak macam muka yg sesuai dgn pengantin lelaki hehe . Lepas barang-barang dah letak kat tempat yg disediakan , kami siapkan plak meja pengantin dah tempat hidangan . Hidangan yg dihidangkan hari tuh nasi minyak , nasi putih , kari daging , ayam goreng , daging kisar *ala-ala rendang tok , ulam , sambal belacan , buah tembikai dan oren , bubur jagung , dan air sirap *kenduri aku nanti camnie jugak kot hehe . Dalam jam 12 dah ada tetamu yg datang . Pengantin plak sampai lebih kurang kol 1.30 camtuh . Pak ngah cakap aku kena serve pengantin sebub aku orang lama dan cari lagi seorang . Sape lagi aku nak pilih kalau bukan adhwa hihi . Bila semua rombongan pengantin dah duduk kat meja pengantin , kami pon bukak larh balutan plastik kat hidangan , tolong bubuh nasi utk pengantin *sepatutnye kena buat tapi kami tak buat hehe , tambah apa yg kurang kat meja dan yg paling penting kekalkan senyuman *mana taw ada yg terpikat dgn senyuman i yg manis nie haha .

DJ yg ditugaskan pon agak menarik . Bukan sahaja pandai memainkan lagu , dia juga pandai berteka-teki dan memberi info yg berguna ttg perkahwinan dalam islam . Ada satu ayat yg aku ingat . Bunyinye lebih kurang macam nie

" Jikalau seorang lelaki itu baik akhlaknye , kukuh pegangan agamanye ,haruslah pihak perempuan melamar lelaki tersebut . Tak perlu pegang kpd peribahasa perigi mencari timba . "

Haaa mmg aku setuju larh haha cuma aku tak pasti samada abang DJ tuh ckp harus , wajib , sunat atau sunat muakkad hehe . Teka-teki yg aku ingat plak camnie bunyinye .

1) Benda apa yg tak rosak dan boleh digunakan walaupun dah lepas tarikh luput ? *boleh diselak-selak
2) Benda apa ikan di dalam ayam di luar ?

Haa jawab jawab . Sape jawab betul nanti claim hadiah hihi . Ada lagi sebenarnye tapi tak ingat yg lain sebub ralik buat kerja . Lepas orang dah berkurang , barulah kami diizinkan makan . Bukan sekaligus tapi bergilir-gilir . Solat zuhur pon bergilir-gilir . Mujur surau dekat tapi berkunci plak . Nasib baik ada makcik-makcik yg bersembang di kawasan berdekatan mengizinkan kami bersolat di rumahnye . Teringat satu ayat dlm al-Quran yg bermaksud

" Dan org yg berjihad utk (mencari keredhaan) Kami , Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami . Dan sesungguhnya Allah beserta orang yg berbuat baik . "  Al-Ankabut -Ayat 69

Bila kita dah niat nak buat baik , inshaAllah Allah akan tunjukkan jalannye walaupun ada halangannye . Majlis berakhir dalam lebih kurang jam 4 petang .  Kami berkemas utk pulang . Semua barang-barang yg dibawa dari pagi tadi diangkut ke atas lori tap kali nie hanya satu trip . Mmg penuh lori tuh . Kawan-kawan lain semua naik motor tapi aku naik lori sbub dah tak muat . Di dalam kesempitan barang-barang yg ada atas lori tuh , aku berjaya cari ruang utk selesakan diriku *nasib baik aku nie kurus orangnye , tak macam kome hehe just kidding . Alhamdulillah semuanye bereh . Sepatutnye lepas turunkan barang dari lori kami akan membasuh pinggan mangkuk gelas yg kotor tapi kali nie semua pinggan mangkuk gelas dah dibasuh kat rumah kenduri tadi . So , dah berkurang kerja kami . Lepas turun barang kami dibenarkan pulang bersama-sama nasi dan lauk kenduri tadi . Eh , dan juga gaji sehari kami . Alhamdulillah dapat jugak duit raya hehe .

Seharian bekerja mestilah penat kan tapi bagiku , penat tuh tak rasa sangat sebab aku rasa seronok dlm melakukan kerja nie . Sepanjang aku kerja hari tuh aku senyum , ketawa dan bergurau senda dgn rakan-rakan yg lain . Mungkin beginilah perasaan ibubapa kita bila diorang dah letih bekerja utk mencari rezeki , bila diorang balik rumah , tgk kita gembira sambut diorang balik mesti hilang semua rasa penat diorang kan . Kalau ibu plak , dah letih-letih masak , bila anak makan sampai licin , kata sedap , berterima kasih plak kat ibu mesti hilang semua rasa letih ibu kan . Tapi ada ke kita buat macam tu ?? hmmm muhasabah diri balik ..

Rasanya tuh saja kot utk entry kali nie . Yg baik ambik iktibar yg buruk tegur-tegurlah .
Asif jiddan wa assalamualaikum .

Selasa , 27 Ogos 2013

Mendung Syawal

Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dgn rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
bla bla bla bla bla .......

Bismillah . Assalamualaikum . Nie lah antara lagu raya yg berkumandang di radio bila syawal dtg menjelma tapi .... ada ke kita fikir balik apa yg kita dpt sepanjang kita menjadi graduan ramadhan selama sebulan yg telah kita lalui tu . Apa pengajarannya ? Apa kesannya ? Apa kebaikannya ? Kebaikannya mungkin nampak pada fizikal je . Yer lah kan , mungkin yg gemuk *opsss perkataan sensitif nie bagi seorang perempuan , maaf maaf maaf* dah jadi lebih slim . Yg kurus jd lg kurus *macam awok larh nie , bulan puasa tolong orang berniaga , angkat gas ,sup . Rasenye lg tough kot , bkn lg kurus hehe* Yg tuh dari segi fizikal , mcm mne plak dari segi mental dan sikap kita ? Adakah kita dah jadi lebih disiplin ? Lebih hormati masa ? Lebih mementingkan ibadah kita ? Lebih banyak bersedekah ? hmmmmmmmm mengeluh panjang .. Cepat-cepat muhasabah diri balik . Sebenarnye ada banyak lagi yg disebut oleh abang kpd Ust Kazim Elias dlm khutbah raya hari tuh tapi disebabkan benda tuh dah lama berlalu , ingatan tuh dah kabur . Maklumlah manusia kan mudah lupe . Yg paling ingat pasal khutbah tuh ialah bila ustaz tuh cakap pasal yg ibu bapa . Macam mana hubungan kita dgn mereka ? Macam mana layanan kita terhadap mereka ? Kalau mereka dah meninggalkan kita di dunia nie ,apa sumbangan dan jasa kita kpd mereka ? Sempat ke kita minta maaf kat mereka ? Dalam kotak fikiranku , ku hanya memikirkan arwah atok ku sehingga mengalir air mata jantan ku hehe . Tapi bukan diriku seorang sahaja yg menangis , majoriti yg ada dalam masjid ar-rahman tuh semua mata merah je lpas hbis khutbah .

Sambutan Syawal , apa definisinya ?? Bagi diriku , sambutan syawal yg bermakna ialah bilamana semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama terutamanya pada syawal pertama . Raya tahun nie agak menyedihkan dan memilukan . Ada beberapa sebab dan musababnye . Sebab yg pertama ialah arwah tok dah takda . Selalunya setiap kali lepas balik solat sunat raya , semua akan berkumpul di rumah tok *rumah awok juge . Lepas tuh arwah tok akan bagi ucapan dan harapan arwah kepada kesemua 7 anak dan 27 orang cucunye *besar tak keluarga awok hehe . Lepas tuh barulah bermula sesi bermaaf-maafan dan berduitrayaan . Bermula dgn anak diikuti dgn menantu dan kemudian barulah cucu tapi tahun nie tiada lagi ucapan tersebut . Walaupun sesi bermaafan tetap berlansung tapi hati nie rasa majlis nie tak lengkap tanpa arwah atok . Sebak sekejap .

Kedua , tak semua ahli keluarga dpt berkumpul . Keluarga anak pertama beraya di rumah mertuanya , keluarga anak kedua cukup kuotanye , keluarga anak ketiga kurang seorang , keluarga anak keempat *keluarga awok konfem cukup , keluarga anak kelima kurang 2 orang , keluarga anak keenam cukup dan keluarga anak ketujuh cukup . Yg tak cukup tuh ada cucu yg dah kawin dan raya rumah mertuanya di johor , ada yg dah jadi askar melayu kat sarawak , ada yg terpaksa bekerja pagi syawal dan errr yg tuh je larh ..

Ketiga , kereta dah jual . Memang raya tahun nie tak nyongket ke mana pon . Dok umah tunggu orang datang beraye je lah . Ada kereta sedare pon muat utk ayah , bapa sedare,  ibu , mak sedare dan cucu-cucu yg kecik je . Yg cucu-cucu yg dah beso nie dok umah je main PS2 hehe .

Keempat , duit raya tak dapat hehe . Tahu lah dah beso tapi awok tak kawin dan tak keje lagi hehe . Ada juga cakap sorang-sorang , " Kalau lah diorang tahu yg hidup kat uni nie susah sebenarnye . Kalau senang pon awal dan pertengahan sem je , hujung sem mangko kome oii "  Betol kan kengkawan ?? Amboi dia ... bukan main setuju lagi hehehe ..

Kelima , mesej raya dari kawan-kawan semakin berkurang . Ada pon dari geng kuikuikui dan sikit dari kawan-kawan sekolah . Kebanyakkannye semua ucap kat facebook dan twitter . Kalau dulu masa matrik , hampir semua clazmate mesej ucap selamat hari raya . Masa zaman sekolah pon sama , hampir semua clazmate mesej . Bermacam-macam ayat ada tp sekarang bape kerat je yg mesej . Nak wat mesej raya sendiri pon dah malas , so sesape yg mesej raya tuh aku copy paste je pastu edit sikit send balik . Kreatif tak ?? hahaha maaf yer sesape yg terkena tuh .

Dalam rangkap kedua lirik lagu di atas sepatutnya kita kena rayakan syawal nie dengan rasa gembira . Walau pon ada beberapa perkara yg memilukan kita di bulan syawal nie , kita tetap kena bergembirakan . Setelah 4 hari beraya di ipoh , ibuku mengambil keputusan utk ikot kakaknye pulang ke kedah dan sambung beraya di sana . Kat kedah barulah dpt rasa suasana raya sikit . Keluar rumah dari pagi , malam baru balik . Letih woooo . Hari ketiga kt sana , kami 2 keluarga pergi padang besar pulak . Berholiday sekejap . Bagi aku , padang besar nie takda larh best sangat . Cuma awek-awek dari sempadan thailand nie byk jugak larh yg cun . Tergugat jugak iman kalau dok lama-lama kat sini hehe . Kebanyakan barang dia pon harga standard gerbang malam or pasar malam je . Yg murah pon jersi dan barang dapur . Hari keempat kat sana still lagi beraya cuma malam tuh kami main badminton . Maklumlah , keluarga kakak ibu nie keluarga badminton . Bapa jurulatih , mak join kelab badminton , anak wakil kedah , aku ?? Aku pon hebat jugak larh main badminton . Kalau korang nak tawu , aie penah jadi juara perseorangan masa form 5 dulu huhu . Tapi tuh dulu larh , sekarang dah jarang main sejak masuk matrik dan usm . Dah lama tak main dalam gelanggang dia tiba-tiba terus main . Dah larh tak buat warm up . Terus je lawan single dgn kawan sepupu nie . Menang straight set bhaiii hehe . Masa main mmg larh tak rasa sakit tapi lepas tuh habis urat-urat semua kejang . Paling seksa kat ponggong . Asal nak duduk je sakit sebelah hahahaha . Bak kata zizan "Ni makan dia " hehe . Hari kelima kat sana still lagi beraya . Hari keenam aku pulang ke ipoh . Kalau ikotkan hati mmg nak stay lagi kat kedah tapi sebab esoknye aku ada catering , terpaksa larh balik . Nak cite pengalaman aku bercatering ke ?? hmmm dah banyak sangat nie , tak perlu sambung kot . InshaAllah next entry . Tuh pon kalau rajin hehe .

Nie ada santapan mata sikit . Gambar-gambar raya awok tahun nie .

Nie larh family awok :D

Adam n Nazim . 2 sepupu kesayangan awok :D

Raya kedua

Kakak ibu dan ibuku . *saya suka tgk perempuan pkai jubah hitam hihi

My daddy . Sape lagi nsem ?? hehe

Raya di kedah 

Ahad , 25 Ogos 2013