Tuesday 21 April 2015

Yakin

Bismillah. Assalamualaikum.

Lama sudah tak update blog nie. Alasan dia mudah je. Takde ilham. Macam yg dinukilkan dlm blog seorang sahabat sekolah ana. Ehh ana plak. Takpe larh kita berbahasa syurga sikit. Bole baca sini utk entry penuh "Bangkit sesudah sakit".

InshaAllah kali nie ana nak kongsikan apa yg ana dengar waktu majlis ghast kt surau tadi. Sebelum tuh nak bagi taw sikit maksud ghast tuh bagi yg pertama kali dengar. Ghast nie adalah satu usaha ziarah rumah ke rumah yg dilakukan oleh jemaah tabligh. Bukan saja-saja ziarah tapi ziarah atas dasar iman. Fikir dunia menjadi fikir agama. Yakin dunia menjadi yakin kepada Allah. Itu yg cuba disampaikan oleh para jemaah ini. Atas sebab itu larh juga ana cuba berkongsi dgn anda semua apa yg ana faham. Mungkin tidak sama, tapi yg penting disampaikan InshaAllah.

Yakin
Berapa ramai yg yakin dgn agama yg dia anuti ?
Berapa ramai yg yakin yg melalui agama segala masalah akan diselesaikan ?
Berapa ramai yg akan agama itu akan membawa kepada kejayaan ?

Islam, itu agama yg dimaksudkan.
Ramai umat islam sekarang ini yg meletakkan islam hanya pada kad pengenalan tapi tidak pada hati. Tidak yakin pada agama menyebabkan tiada iman dalam diri. Sebab apa, sebab tiada langsung usaha atas iman. Ibadat-ibadat seharian itu sebenarnya tidak cukup untuk menambah iman. Contoh paling mudah nak usaha atas iman ialah kita bercakap tentang agama terutamanya kebesaran Allah. "Allah yg Maha Berkuasa, makhluk tiada kuasa". Ungkapan ini yg sering diperkatakan lagi dan lagi.

Yakin bahawa Allah yg memberi rezeki,
Allah yg menyihatkan badan kita,
Allah yg mengilhamkan idea,
Allah yg menyelesaikan masalah.
Ya, semuanya dari Allah. Yakin ini lah yg sebenarnya perlu ada pada tiap-tiap individu muslim. Sejak kita lahir sebenarnya yakin kita sudah terpesong. Waktu kita bayi, kita yakin yg ibu kita yg bagi kita rezeki (susu). Kita yakin yg dengan susu tuh bagi kita kenyang. Waktu kanak-kanak pula kita yakin yg ayah kita bagi rezeki. Minta je apa-apa pon mesti ayah beli. Bila dah remaja, kita yakin yg ayah kita bagi duit belanja. Masuk universiti, yakin pulak yg kerajaan tanggung kita. Bila sakit, kita yakin yg ubat yg bagi sembuh. Banyak lagi sebenarnya contoh. Rasanya korang pon boleh fikir sendiri kot. Nampak tak, kurangkan yakin kita pada Allah.

Atas maksud itulah kita kena cakap lagi dan lagi tentang kebesaran Allah. Allah yg bagi kenyang bukan makanan, Allah yg hilangkan dahaga bukan air. Allah yg menyihatkan bukan ubat. Cuba ubah yakin kita dari yakin kepada makhluk kepada yakin kepada Allah.

Tapi
Tapi
Tapi pada siapa kita nak cakap? Kat diri sendiri ke ? Tidak. Cakap larh pada orang disekeliling kita. Bila kita yakin dengan apa yg kita cakapkan, InshaAllah hidayah Allah itu akan datang. Mungkin pada org yg kita sampaikan, mungkin org di sekeliling kita, mungkin org jauh dari kita tapi dengan usaha yg kita cuba buat ini, Allah datangkan hidayah-Nya pada seluruh umat islam yg lain di seluruh dunia. Allah kan suka hamba-Nya yg mengingati-Nya apatah lagi menyeru org lain utk turut sama mengingati dan membesarkan-Nya.

Ucaplah Alhamdulillah pada yg sudah bina yakin pada Allah. Moga-moga Allah kekalkan yakin itu sehinggalah kita kembali pada-Nya. Rasa macam ada lagi nak kongsi tapi tiba-tiba lupa. Mungkin sebab tesis tengah tunggu agaknya. Adoiii. Doa-doakan ana dapat siapkan tulis tesis ini sebelum rabu depan eyh. Nak kena hantar dah tapi tak siap lagi. Hukhuk

Jadikan setiap degupan jantung itu ibadat. Bagaimana? Zikrullah :)


Asif jiddan wa Assalamualaikum.
Desasiswa Tekun, USM
21 April 2015
11.31 pm