Tuesday 25 February 2014

Ayam Tambatan



Bismillah. Assalamualaikum.

Setiap insan yg bergelar anak ada tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa mereka. Tak kisah larh dia anak sulung ke anak kedua ke ketiga ke bongsu ke, semua ada tanggungjawab yg sama tapi yg membezakan ialah cara kita membahagiakan kedua ibu bapa kita. Dalam diri kita, ada kuat dan lemahnya. Bilamana kita kuat, semua perkara menjadi mudah. Bilamana kita lemah, semua perkara umpama beban yg menjatuhkan kita. Iman seharusnya menjadi pendinding dalam diri untuk terus kuat dan sabar seharusnya menjadi benteng utk tidak mudah lemah.

Dalam sebuah keluarga, walaupun tinggal di dalam atap yg sama tetap ada perbezaan dari segi sifat dan sikap antara adik beradik. Walaupun didikan yg diberikan sama, kasih sayang yg dicurahkan sama, tetap akan ada kelainan sifat dan sikap. Urutan kelahiran sememangnya menjadi faktor dlm membentuk sikap anak-anak. Anak sulung diibaratkan pusat perhatian utama ayah dan ibu. Ibu bapa sering bercerita dan berkongsi pengalaman dengan anak sulung. Perhatian ini secara tidak langsung menjadikan anak sulung itu sentiasa inginkan kesempurnaan. Ingin mendapatkan sesuatu yg terbaik dari segalanya. Ingin mencapai nilai tertinggi dari pelbagai perkara. Untuk mencapai semua itu, pengorbanan diperlukan. Anak sulung sering kali tidak mengendahkan tentang dirinya. Dia sentiasa ingin menjadi kebanggaan dalam keluarganya. Ingin menunjukkan kepada ibu bapanya yg dia kuat dan boleh diharap. Dia ingin menjadi contoh utk adik-adiknya tetapi dia kurang mempedulikan dirinya sendiri.

Di atas bahu anak sulung larh terletaknya harapan keluarga. Di atas bahu anak sulung larh terletaknya kepercayaan ibu bapanya utk mengubah nasib keluarga. Anak sulung sering digelar 'ayam tambatan' keluarga. Mereka tidak memahami bahawa di atas bahu anak sulung larh terletaknya juga segala beban keluarga yg kadang-kadang melemahkan dirinya. Di atas bahu anak sulung larh terletaknya juga tanggungjawab yg sangat besar sehinggakan mereka berasa sangat tertekan dengan situasi tersebut. Anak sulung biasanya takut utk melakukan kesalahan atau mengalami kegagalan. Mereka tak mahu menghampakan kedua ibu bapa mereka. Mereka tidak mahu dipandang rendah. Mereka tidak mahu dilabel lemah. Atas sebab inilah anak sulung lebih gemar menyimpan segala masalah dan perasaan dlm dirinya sendiri. Dia cuba utk tidak berkongsi selagi dia rasa dia mampu utk menanggungnya. Dia cuba utk menyelesaikannya sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Dia cuba membuktikan dirinya itu kuat, tabah menghadapi segala rintangan. Hakikatnya, dia sebenarnya tidak mampu tanpa ada sokongan yg berterusan. Kadangkala dia juga terkandas. Kalah dengan situasi. Dengan sendirinya, dia bangun semula. Walau sakit itu dalam, lemah itu jelas kelihatan tetapi dia tetap bangun. Bangun utk terus menjalankan tanggungjawabnya. Bangun kerana dialah kekuatan keluarga. Dialah nadi dlm keluarga.

Segala masalah keluarga dilemparkan. Segala luahan perasaan dicurahkan. Tanpa disedari tekanan semakin membuak-buak. Fikiran menjadi celaru memikirkan apa yg lebih penting. Seringkali isu keluarga diberi keutamaan. Diri sendiri diabaikan. Sehingga sampai satu tahap, dia tidak lagi merasakan masalah diri sendiri itu bebanan pada dirinya. Apa kesudahan atas perkara yg dilakukannya tidak lagi penting. Apa yg difikirkan hanya perkara yg boleh memberi kesan kepada keluarganya.

Apabila hadirnya seorang insan yg bergelar sahabat dlm hidupnya, yg mengambil berat akan dirinya, yg sentiasa memberikan sokongan kpd dirinya, yg sentiasa yakin dgn keupayaannya, percayalah bahawa dialah sumber kekuatannya. Kehadirannya sangat memberi kesan dlm hidupnya. Dia merasakan sahabat itulah penyelamat bagi dirinya yg boleh terus mentarbiyyah dirinya utk terus kuat.  

Inilah pengorbanan seorang anak sulung. Cubaan, dugaan dan beban yg dirasainya. Ya, cubaan dan ujian itu satu kepastian yg telah dijanjikan oleh Allah sendiri. Kita tidak akan dibiarkan hidup di alam ciptaanNya ini hanya sekadar utk berseronok. Kita ialah hambaNya. Kita tidak boleh hanya sekadar mengaku beriman kpdNya tanpa ada dugaan yg datang menguji. Cubaan itu adalah ukuran bagi tahap kesempurnaan iman kita terhadapNya. Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah itu berada bersama-sama orang yg sabar.

Asif jiddan wa assalamualaikum.

Jom tadabbur !!
1) Surah Al-Anfal, ayat 66
2) Surah Al-Ankabut, ayat 2-3