Friday 27 December 2013

Sumber dosa

Bismillah. Assalamualaikum.

27 Disember 2013. Lagi 4 hari dah kena tukar kalendar. Umur semakin meningkat. Dah semakin dekat dengan kubur. 70 kali taw setiap hari kubur panggil kita. Jadi kalau tiba-tiba tersedak tuh bukan larh ada orang rindu atau orang sebut nama kita tapi kubur yang panggil kita *tersembur biskut marie. Itu kata-kata Uztaz Dusuki dalam ceramah Ilmu, Cinta dan Kehidupan. Nak masuk umur 21 dah. Kenang balik apa kamu dah buat selama kamu hidup 20 tahun nie. Banyak memori kan ?? Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang tak boleh dilupakan, ada yang senang dilupakan, macam-macam jenis orang kita jumpa, kenal, jatuh cinta *ehhhh hihi. Tuh semua dunia, untuk akhirat ada tingkatkan saham tak ?? *tampaq sedaihh.

Benda-benda yang kita tak nampak ganjarannya di depan mata memang susah kita nak buat. Pahala, dosa, syurga, neraka, malaikat, jin semua tuh kita tak nampak. Bila tak nampak, takde semangat, takde keghairahan dalam membuat ibadah, iman pon jadi lemah. Sebab tuh larh ada Rukun Iman. Kita kena percaya dan yakin akan setiap rukun tuh walaupun kita tak pernah nampak, tahu, kenal. Yakin yang semua tuh wujud. Macam mana nak yakin ?? Senang je, pi baca Quran dengan terjemahannya sekali.

Dosa memang kita tak nampak tapi sumber dia kita boleh nampak. Apa dia sumber tuh ? Haaa meh sini teman nak kongsi sikit. Nie sebenarnya perkongsian dari Ustaz Kazim Elias dalam ceramah beliau kat masjid kat rumah bulan puasa lepas. Ada share dulu dalam FB tp saja nak refresh balik. Sumber dosa kita sebenarnya berdasarkan sifat kita sendiri. Mungkin ada dalam diri kita tanpa kita sedari.

Pertama, sifat rububiyyah iaitu bersifat ketuhanan. Sifat ini hanya ada pada Allah dan Dialah yang boleh bersifat ini kerana Allah lah yang mencipta kita semua. Contoh sifat rububiyyah ialah angkuh, sombong, merasa hebat dan suka menghukum orang. Zaman sekarang ini ramai yang suka menghukum orang dan melabel seseorang itu sebagai ahli neraka apabila seseorang itu banyak melakukan dosa lagi lagi dosa besar. Pahala dosa syurga neraka semua Allah yang tentukan, bukan kita. Kita sendiri pon belum tentu lagi masuk syurga. Semestinya ini adalah sifat Allah. Sekiranya kita ada sifat ini, sudah tentu kita akan dimurkai Allah kerana berasa sama taraf denganNya.

Kedua, sifat syaitaniyah iaitu sifat syaitan yang diguna pakai oleh manusia. Sifat ini banyak menpengaruhi kita untuk berbuat maksiat dan kejahatan. Contoh yang paling ketara, kita lihat sahaja pemuda pemudi di luar sana yang semakin liar dan tidak menjaga pergaulan dan akhirnya terjebak dalam kancah kemaksiatan. Anak luar nikah semakin ramai dilahirkan dan mati dibuang. Saudara-saudara Islam kita di Syria, Palestin, Egypt, Mesir dll banyak dibunuh secara zalim. Sifat apa nie kalau bukan sifat syaitan. Semuanya menyumbang kepada kejahatan dan mengundang murka Allah. Jom doa untuk sahabat-sahabat kita di sana supaya diberikan kekuatan dan kemenangan oleh Allah. Ameen.

Ketiga, sifat bahimiyyah atau kehaiwanan. Haiwan itu binatang dan binatang itu haiwan *ehh macam ulang je haha. Haiwan takde akal, mereka hanya mengejar dua benda iaitu perut dan di bawah perut. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan kedua-dua tuh walaupun terpaksa bersaing dan mati. Jika kita sebagai manusia dah ikut perangai haiwan, sudah tentu seseorang itu akan menghalalkan segala cara demi mendapatkan sesuatu yang dikehendaki tanpa rasa malu.


Keempat, sifat sabu'iyyah atau haiwan buas. Kalau sifat macam haiwan dah macam seperti dinyatakan di atas, agak-agak macam mana plak haiwan buas. Memang lagi teruk larh kan. Perumpamaannya ialah raja rimba. Raja rimba ni ada kuasa dalam mengawal binatang lain dalam hutan. Segala kemahuan dan keinginan semua disediakan dan diberikan. Dalam konteks manusia, lelaki terutamanya yang sudah bergelar suami atau bapa. Sebagai ketua keluarga, kita ada kuasa dalam rumahtangga. Jika seorang ketua keluarga itu bersifat sabu'iyyah nie, sudah pasti dia akan sewenang-wenangnya mendera isteri, pukul anak, tak bagi nafkah, tak pon kahwin 4 senyap-senyap hihi. Pendek kata sifat ini memang macam binatang buas yang takleh nak dikawal. Segala perbuatannya takde siapa boleh halang.

Akhir sekali, diharapkan kita semua dijauhkan dari keempat-empat sifat di atas. Jika ada, cepat-cepat buangkannya dari kamus hidup dan bertaubat. Jika takde, moga dikekalkan hidayah itu dalam diri dan terus istiqomah dalam mencari redhaNya.



Sekian.
Asif jiddan wa Assalamualaikum.
Salam Sayyidul Ayyam :D

Monday 23 December 2013

BTP

Bismillah. Assalamualaikum.

Hari tuh ada cakap nak bagi pengenalan kan pasal Biologist Tarbiyyah Project (BTP) nie. Meh nak cerita sikit. Ermm tapi sebenarnya taktaw nak mula dari mana. Ermm camnie larh, BTP nie merupakan satu organisasi di bawah pimpinan exco kerohanian BioSociety. Ini kali pertama projek sebegini dirancang dan ditubuhkan. Barisan kepimpinan sidang lepas pon ada usaha nak buat projek sebegini cuma kurang mendapat sokongan dan hanya sekadar cadangan. Jadi, sebenarnya kami cuma menyambung amanat dan tanggungjawab yang tergantung itu dan cuba memperbaiki apa yang kurang. Hasilnya, terbentuk lah BTP nie.

Daripada sekadar idea dan cadangan, kami memperkukuhkan BTP nie dengan carta organisasi yang lengkap beserta misi, visi dan objektif.

Carta organisasi :

Penasihat : Saudari Nurul Husna Omar
Pengarah projek : Saudara Aiman Naziri
Setiausaha : Saudara Syed Shazri
Bendahari : Saudari Anisa Samad

Ada lagi penggerak yang lain yang turut sama membantu kami. 

  • Saudari Aida Athirah
  • Saudari Adawiyah
  • Saudari Syahira Najaa
  • Saudari Liyana Amirah
  • Para-para nuqoba'
Sebenarnya, kami semua saling membantu antara satu sama lain. Jawatan ini hanya dalam kertas. Tapi tetap kena ada pemimpin jugak kan. Baru teratur. Yee dakk. 


Objektif :

  1. Mewujudkan persekitaran Islam dalam Pusat Pengajian Sains Kajihayat.
  2. Merapatkan jurang antara pelajar-pelajar biologi.
  3. Memperkenalkan usrah kepada pelajar biologi.

Visi : Melahirkan ahli biologi muslim sebenar

Misi : Melahirkan ahli biologi sebenar yang mempunyai akidah, ibadah dan akhlak yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang :

  1. Kerja amal
  2. Kem
  3. Rehlah + Hiking
  4. Riadah Jamaei
  5. Tadarrus + Khatam al-Quran
  6. Street dakwah
  7. Mega usrah

Ini hanya larh perancangan kami. Jadi tak jadi semuanya atas izinNya. Kami hanya merancang, Allah yang menentukan dan Dia-lah sebaik-baik perancang.

Nie poster pertama kami untuk menarik lebih ramai peserta menyertai BTP
Slogan kami : "The True Muslim Biologist Created"
Antara projek yang telah dijalankan dengan jayanya :

Tautan Ukhuwah Kubra 1.0

Soul Garden Project 1.0
Alhamdulillah. Kedua-dua projek telah dilangsungkan dengan jayanya. Peryertaan yang memuaskan memberikan semangat kepada kami untuk terus mengadakan projek yang seterusnya. Pengisian dan perkongsian yang diberikan harap dapat membuka minda dan menyedarkan jiwa tentang pentingnya agama dalam kehidupan seharian. InshaAllah aktiviti seterusnya akan dijalankan pada semester hadapan. 

Dalam BTP nie, aku dilantik menjadi naqib. Sungguh berat rasanya tanggungjawab tuh. Aku masih baru dalam usaha agama ini. Aku tidak menuntut di mana-mana sekolah agama. Tiada guru agama persendirian yang mengajarku ilmu agama setiap minggu. Aku hanya bergantung harap pada sekolah harian biasa. Bila buka cari kat internet apa ciri-ciri yang perlu ada pada seorang naqib. Nie antaranya :
  • Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama
  • Iman yang mendalam
  • Bersifat amanah
  • Keikhlasan yang tinggi
  • Beramal dengan ilmu
  • Sahsiah yang terpuji
  • Mengenal jiwa
  • Pergaulan yang baik
  • Menjauhi segala muhlikat (perkara yg haram atau meragukan)
  • Muhasabah dan mujahadah
Tertanya-tanya, ada ke semua benda nie dalam diri ini. Terasa diri sangat tidak layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai naqib ini. Walaupun secara berpasangan tetap rasa sangat kerdil di sisi mereka. Tapi kepercayaan yang diberikan sangat tinggi terhadap diriku. 

Ku yakinkan diri. Ku percaya, setiap orang ialah pendakwah, yang membezakan cara kita menyampaikan dakwah tersebut. Ada sebab aku dipilih untuk berdakwah dengan cara sebegini. Mungkin ini larh jalan yang terbaik untukku. Peluang untukku menjadi lebih baik. Lebih rapat denganNya. Lebih mengenali agamaNya. Lebih mengenali RasulNya. InshaAllah.




Fastabiqul Khairat !!
Sekian. Asif jiddan wa assalamualaikum.

Putera Rayyan

Bismillah. Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pada 18.12.2013 jam 9.51 malam lahir seorang cahaya mata bagi pasangan Abg Naim dan Kak Aien. Mabruk alaikum. Rasa macam baru lagi je aie jadi pengapit korang hari tuh. Tup tap tup tap dah dapat anak lelaki tuh. 3.8kg berat dia. Hmm agak berat. Dah jadi bapak saudara dah aku nie. Nie gambar dia.

Rayyan Hafiy Bin Mohd Naim
Sedap kan nama dia. Rayyan merupakan nama salah satu pintu syurga manakala Hafiy pula bermaksud yang memuliakan. Bila digabungkan menjadi yang memuliakan salah satu pintu syurga *memandai je aku nie haha. Sedap didengar, sedap disebut, makna pon baik. Moga akhlaknya juga seindah namanya. Moga diluaskan dan dimurahkan rezeki dengan lahirnya putera Rayyan nie. 

Kalau tengok nie agak-agak macam muka siapa ??

Rasanya mata n hidung ikot papanye.
Chubbynye ikot mamanye. Yee dakkk ?? hehe

Apa dia nak panggil aku nanti. Pak Long ? Pak Ngah ? Pak Lang ? Pak Teh ? Pak Su ? Ayah We ?  ... Mana yg sesuai agaknye yekk ? Excited plak kan haha

Pak Lang okey kot ? Ok tak awak ?? hihi tapi aku nie anak sulung, mana bole Pak Lang. Pak Long larh sesuai kan ? Argghhh nak pilih nama panggilan pon boleh dilema. 

Ok larh. Kena tanya ibu dulu mana yg sesuai. Mother's choice is always the best, right ?? 

Teringat satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Setiap anak yang dilahirkan itu umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi ... ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ini merupakan satu persoalan yang seharusnya dijawab oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Sebenarnya sebelum kahwin pon dah kena timbulkan persoalan nie dalam diri. Yee larh kan, sebelum dapat anak, kena cari umi nye dulu. Dah jumpa umi, baru boleh dapat anak. Nak didik anak, nak bentuk anak perlukan ilmu. Perlukan cara yang sebetulnya. Bukan main hentam je. Kalau tak anak pon jadi main hentam je. Nak dapat anak soleh kena solehkan diri dulu. Bangunkan diri dulu mengikut acuan agama. Bak kata pepatah bapak borek anak rintik. Apa yang kita buat, kita tunjukkan kat anak kita nanti pasti akan ditiru oleh anak kita. Jadi, walaupun masih bujang, dah kena mula solehkan diri sebab pembentukan anak soleh tuh bermula dari dalam diri setiap manusia yang ingin berkahwin.

Cakap nak bina generasi Ammar. Generasi Hassan al-Banna. Generasi Fateh. Generasi Abu Ayub al-Ansari. Takleh cakap kat mulut je. Kena larh usaha dari awal. *selfremindertoo

Betulkan niat. Betulkan wawasan. Betulkan perancangan. Betulkan diri. Betulkan iman. Betulkan amal.

InshaAllah :D

Sekian. Asif jiddan wa Assalamualaikum.

Monday 16 December 2013

Soal Hati

Bismillah. Assalamualaikum.

Hati !! Bila cakap pasal hati apa yang korang fikirkan ? Saiznya ? Bentuknya ? Warnanya ? Isinya ? Bukan semua tuh kan ? Mesti korang fikir pasal cinta dan perasaan. Yee dakk. Semua orang ada hati, semua orang ada perasaan. Semua orang nak ada pasangan hidup. Semua orang nak kahwin dan seterusnya nak masuk syurga lagi-lagi kalau masuk syurga dengan orang yang kita cintai.

Bermula dari hati, bermacam perkara boleh jadi. Bila hati dah berkenan kat seseorang, mula larh perasaan tuh timbul. Dah mula terbayang-bayang kat minda. Dah rasa terpaut. Dah rasa nak luah kat orang tuh tapi tak kesampaian pon. Memang setiap orang pon amat sukar baginya nak luahkan perasaan nie kat seseorang lagi-lagi kepada orang yang betul-betul dia suka. Bila dah plan nak luahkan, selalu je tak jadi. Tukar topik lain. Tapi bila dah luah, lagi susah nak jaga perasaan tuh. Yee, sangat-sangat susah nak jaga. Situasi kadang-kadang terlalu menekan. Galakan luar yang semakin kuat. Hati kadang-kadang mudah goyah. Semakin mencabar untuk menjaga perasaan tuh. Tapi sekuat mana pon cabaran tuh, menyesal tidak pernah terlintas di fikiran. Pilihan sudah dibuat. Yakin padaNya.

Cuma,
Satu yang ku harapkan.
Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap diriku.
Kerna diri ini takut.
Takut jika tidak dapat memenuhi harapan tersebut.
Takut akan melukai hati.
Tanggungjawab yang dipikul sangat berat.
Risau diri ini tidak mampu melaksanakannya dengan penuh amanah.
Situasi kadang-kadang membebankan diriku.
Membuatkan diri ini menjadi tertekan.
Terlalu banyak berfikir.
Terlalu banyak yang perlu dibuat.
Terlalu banyak yang perlu diselesaikan.
Aku menangis memohon padaNya.
Dengan harapan Dia mendengarnya.

Iman harus diasah menjadi benteng kepada nafsu. Bukan benteng plastik. Bukan kayu. Bukan juga batu. Bukan juga aluminium. Tapi benteng yang diperbuat daripada besi keluli, titanium. Yaa, benteng perlulah kukuh agar tidak mudah tergoda oleh hasutan syaitan. Menjadi penghalang daripada penyakit wahan. Penghalang dari mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling. Moga kekuatan itu hadir dalam membina dan mempertahankan benteng iman ini. Ameen.

KeredhaanNya yang kita cari. KeberkatanNya yang kita cari. Jadi, berusaha larh dalam usaha mencapai keredhaan dan keberkatan dariNya. InshaAllah urusan kita dipermudahkan.

Hati perlu kuat !! Starke !!
Yakin yang kalau niat kerana Allah, Allah akan bantu kita. Yakin !!!


Sekian.
Asif jiddan wa Assalamualaikum.
#np Afgan - Pesan Cinta




Saturday 14 December 2013

Redha & Ampun





Bismillah. Assalamualaikum.

Bila mana kita tidak ditarbiyyah untuk sekian lama, semangat akan kembali merudum. Jatuh. Lemah. Rebah. Molekul-molekul malas mula meresap dalam darah. Masa banyak diluangkan pada benda-benda yang tak berfaedah. *istighfar. Popppp terus Allah bagi nikmat lain iaitu nikmat sakit. Yaa, sakit jugak satu nikmat. Nikmat sebab itu satu bukti Allah sayangkan kita dan ingin hapuskan dosa-dosa kecil kita. Sakit kan kifarah dosa.. Alhamdulillah sekarang dah sihat. Terima kasih atas nasihat-nasihat dan doa-doa yang dikirimkan oleh insan-insan yang ku sayangi kerana Allah sekalian. Terima kasih ibu , terima kasih awak .. hihi

Hidayah !! Untuk mendapatkan hidayah dariNya memang susah tapi hendak mengekalkan hidayah yang ada tuh lagi bertambah-tambah susahnya. Sebab apa ?? Semakin kita berusaha untuk mencapai redhaNya, semakin besar ujian yang diberikan olehNya. Hidayah sangat penting kerana ianya merupakan petunjuk dari Allah dan seterusnya Allah akan menemani kita sampai tercapai hasrat kita akan sesuatu.

Renung balik. Sejauh manakah kita mampu menjaga dan mengekalkan hidayah tuh ?? Apa usaha kita untuk mengekalkan hidayah itu ? Selalukah kita berdoa kepadaNya agar dikekalkan hidayah itu ?? Betul ke ada hidayah tuh dalam diri kita ? *poomm poomm poomm ditembak bertalu-talu di hati kecilku ini...

Sumber kekuatan perlu diperbaharui. Cuba meletakkan Dia sebagai sumber kekuatan. Setiap orang, lain sumber kekuatannya. Cuba ambik sedikit masa, lihat cermin, pandang wajah anda, lihat dalam mata anda, selami minda anda, tanya diri anda. Apa sebenarnya yang anda inginkan dalam hidup ini ? Apa usaha anda untuk mencapai keinginan tersebut ? Mampukah kita mencapai keinginan tersebut ? Apa pon yang kita lakukan, pastikan ada berkat mengiringi. Setinggi mana pon kejayaan kita jika tiada berkat, ianya tidak akan dipandang oleh Allah. Tetapi, kejayaan yang walaupun kecil yang ada keberkatan, pasti akan dipandang tinggi olehNya. Jadi, berusahalah untuk mendapat berkat dan keredhaan Allah dalam setiap perilaku kita dalam hidup ini. InshaAllah hidup kita akan lebih bahagia.


Semua orang pasti melakukan kesilapan tapi berapa orang yang memohon maaf sejurus sahaja kita melakukan dosa tuh. Diri ini sedang cuba membiasakan diri meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin akan sakit hati jika tersalah tutur kata dan gurau senda yang kasar. Maaf yerr. Kalau nak dihitung dosa kita, memang tak terkira kan, belum tambah lagi dosa yang kita buat tanpa sedar, dosa yang zaman dulu kala lagi. Dalam kalendar Islam, memang ada hari tertentu macam hari as-Syura yang menjanjikan kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut akan diampunkan segala dosanya setahun yang lalu. Tapi macam mana dengan dosa kita pada tahun-tahun yang sebelumnya ?? Haa sebab tuh larh kita kena sentiasa meminta keampunan dari Allah. Paling kurang pon 5 kali sehari, tuh pon dalam solat kita. Kalau tak solat macam mana ?? *tampaq sedaihh bagi sedaq sikit hihi. Nie ada doa tambahan yang dicadangkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki dalam ceramah beliau semalam untuk memohon keampunan dariNya. Doa ini perlulah dihafal dan dibaca sejurus sahaja membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam. Moga sama-sama kita cuba mengamalkannya dalam setiap solat kita. 



Moga bermanfaat. 
Asif jiddan wa Assalamualaikum..


Thursday 12 December 2013

Knock knock !!



Bismillah wa assalamualaikum ..

Hmmm agak lama tidak menulis di sini. Hampir sebulan jugak larh. Sebenarnya banyak benda yang boleh dikongsikan tapi bila difikirkan balik. Bermanfaat ke perkara yang nak dikongsikan tuh pada orang lain ? Apa pengajarannya pada orang lain ? Tak nak larh saja-saja je kongsikan sesuatu yang tak berfaedah dan syok sendiri je kan .. Kena ada simbiosis antara kedua-dua belah pihak di mana kedua-duanya dapat manfaatnya.. yeee dak ?? hehe

Alhamdulillah kebanyakkan ujian, lab dan perbentangan dah buat. Kerja yang perlu difikirkan sekarang nie cuma perbentangan SHE 101 dan Lab Report Plant Kingdom dan Lab Report Plant Anatomy. Selepas tuh dah boleh fokus pada Final Exam. Huhhh tarik nafas dalam-dalam. May Allah ease everything. Ameen. Senior botani cakap purata 3 per 4 pelajar botani sem 1 nie dapat Dean List (DL) . So, hopefully me and my friends can maintain or improve to get DL too for this semester. Ameen. Don't worry. I'll pray for you guys too. :D

Nak share sikit larh tentang Field Trip kat Cameron Highland(CH) pada 6,7 & 8 Disember 2013 yang lepas. Kesimpulannya, field trip nie bukan macam field trip sangat pon. Lebih kepada percutian untuk budak-budak Botanist *perasan budak lagi hihi. Boleh dikatakan pengalaman yang tak boleh dilupakan jugak larh. Terima kasih pada pensyarah-pensyarah dan staf-staf yang turut sama bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat juga pergi ke CH nie walaupun sebelum nie kami dicadangkan untuk pergi ke tempat lain. Me and my majormate really appreciate it *macam larh lecture & staf nak baca blog nie kann haha. So, just wanna wish through DOA that may Allah bless you all. :D



Sejujurnya, memang lawatan nie buatkan diri nie semakin sayang akan "The Family of Botanist",
semakin berasa kerdil dengan ciptaanNya yang terlalu meluas
sedangkan diri ini masih lagi banyak perkara yang belum dipelajari dan terokai,
semakin bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya,
semakin menghargai dan mengenali rakan-rakan, sahabat-sahabat di sekelilingku,
ada sebab mereka ditakdirkan untuk mengenali diri ini,
sama ada menggembirakan kita atau membuatkan kita menjadi lebih kuat dan tabah dalam hidup ini.
Serius, hilang terus sakit kepala lepas pergi CH nie. hehe

Nak cerita pasal pengalaman kami kat sana macam panjang sangat ,jadi jenguk-jenguk larh album teman kat FB. Nak upload sini macam banyak sangat. So, let the pictures shows every moment we capture there. Look at the every face in the picture. Happy right ?? hehe Cuaca yang sejuk dan permandangan yang penuh kehijauan membuatkan hati menjadi tenang. Hampir terlupa yang masih banyak masalah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Huhhh...  May Allah give me strengh to face every of that. Ameen.



Nak share sikit jugak pasal projek "Soul Garden" yang dianjurkan oleh "Biologist Tarbiyyah Project (BTP)". Hmm macam takda pengenalan pulak pasal BTP nie. InshaAllah akan cuba perkenalkannya di lain masa. Projek Soul Garden ini diadakan di Taman Botani Pulau Pinang. Nak cerita setiap benda yang berlaku macam panjang pulak. Bagi tentatif pon dah cukup kot. Mana tahu boleh jadi panduan untuk orang lain. Nahhh ni dia .......

Tentatif program
7.30 a.m : Berkumpul di Pdg Kawad
8.00 a.m : Bertolak ke TB
8.30 a.m : Tiba ke TB
8.45 a.m : LDK 1 (Bacaan mathurat berjemaah + solat sunat dhuha berjemaah)
9.15 a.m : LDK 2 (ice breaking) Permainan kotak taaruf
10.15 a.m :LDK 3 (Explore Walk *Lapan checkpoint *kalau berlari kalah) hehehe
11.45 a.m : Resolusi Soul Garden oleh Sdr Ziyad Rafiqi
12.15 p.m : Makan tengahari
1.00 p.m : Bertolak pulang ke USM


Nampak macam ringkas je kan tapi sebenarnya banyak pengisiannya terutamanya masa aktiviti "Explore Walk". Setiap 'Stop Centre' (checkpoint) ada pengisiannya. Ada yang tentang ukhuwah, usrah, akhlak, akidah, sirah, tajwid dan hafalan. Ada jugak soalan-soalan yang diri ini sendiri tak boleh nak jawab. Astaghfirullahalazim sedih dengan diri sendiri. Dipilih menjadi penggerak tapi ..... hmmm .. It's never too late to change right ? Learn learn and learn until you die. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w ada kata yang kalau esok nak kiamat pon, kalau hari ini ada biji benih, tanam jugak. Jadi kat sini kita dapat lihat yang tiada istilah terlambat dalam hidup ini. Yeahh, i have to keep learning and learning. Wanna join me ?? Jommmm Fastabiqul khairat :D hehe

Dalam projek ini jugak 1st time dalam hidup mengetuai bacaan mathurat beramai-ramai. Sejujurnya memang diri ini sangat cuak dan 'nervous' kalau diberikan tanggungjawab lagi-lagi dalam kerja agama nie. Diri ini lebih suka untuk hanya mencurahkan idea dan buah fikiran dari mengambil sesuatu tugas. Memang perasaan nie semulajadi. Tapi, kalau nak jadi Dai'e, kena buat semua tuh kan ?? Masih banyak kekurangan.
Mungkin belum cukup tinggi pengharapan diri ini terhadap yg Maha Esa...
Mungkin diri ini masih belum cukup penghayatan dalam membuat kerja agama ini...
Masih belum menberikan sepenuh tenaga dan jiwa raga untuk kerja dakwah ini...
Mungkin terlalu memikirkan yang diri ini belum cukup layak menjadi sebahagian daripada mereka yang sudah lama berada di jalan dakwah ini...
Namun, disekelilingku ada sahabat-sahabat yang senantiasa memberikan semangat, keyakinan dan kepercayaan terhadap diriku ..
Alhamdulillah .. sangat bersyukur dapat sahabat macam korang :')
Jazakallah awak, awak, awak dan awak ...



Maklumbalas jugak banyak yang positif dan membina dan peserta sangat 'enjoy' dengan program ini walaupun dari kami yang menganjurkan program ini sendiri tidak begitu berpuas hati atas beberapa kesilapan atau kecuaian sepanjang program ini dijalankan. Sangat seronok sebenarnya menjadi penyebab orang lain gembira, lagi-lagi kalau seseorang tuh gembira dalam mencari keredhaanNya. Tersenyum sendiri dibuatnya .. hehe

Yeahhh , dah tahu cara nak cari gambar smart smart dari pak cik Google . Hanya perlu menambah perkataan 'tumblr' di belakang setiap perkara yang kita nak cari. Seterusnya jumpa larh gambar yang style style dan ada qoute yang awesome awesome. hehe Thankzzzzzz awakkkk .. Nah bunga sekuntum ..

Hiksss

Kesimpulannya di sini *eh sejak bila ada pengenalan dan isi nie ?? haha , jangan buang masa. Exam nak dekat dah. Jaga hati, jaga iman, jaga kesihatan . Hubungan dengan Allah kena jaga, hubungan dengan manusia pon kena jaga. Kalau rasa lemah, letih, cepat-cepat muhasabah diri. Selemah mana pon kita, sesusah mana pon kita, sentiasa ada yang lebih susah dari kita. Cari sumber kekuatan kita !! Starke towards Jannah !!! :D

Moga bermanfaat . Asif jiddan wa Assamualaikum :D

#np Lenka - Knock Knock :)